Breaking

Monday, 6 August 2018

ENTRY PERTAMA PUN DAH MARAH-MARAH..


TAK DE GAMBAR!!

Dah masuk 6/8/2018 .. Ni entry pertama di bulan Ogos.Dasyat betul saya punya sibuk ni sampaikan nak update blog pun tak sempat. Ha..Gitu la bila dah jadi mak2 ni..Anak nak exam pun dengan mak2 nya sekali kena pegang buku..Hahhaha..

Minggu lepas Maisara ada Ujian UPKK. Minggu ni ujian bertulis.Minggu lepas ujian lisan. Peperiksaan percubaan je..Kalau peperiksaan yang yang betul tu entah lagi sibuk agaknya.

Minggu lepas ujian lisan tu saya tak risau sangat.Minggu ni je risau sebab biasanya kalau Kelas KAFA pemandu Van tu selalu hantar lambat . KAFA start jam 3 tapi jam 3 tu dia sibuk nak ambik anak dia kat tuisyen dulu.

Bayangkan lah kita sebagai mak ni apa perasaan sedangkan patutnya dia hantar la anak kita yang start kelas ni dulu..Bukan nya sibuk nak ambik budak2 yang dah balik sekolah. Budak yang balik sekolah tu boleh tunggu kot. Anak dia tak ambik KAFA jadi apa dia kisah agaknya..kan?

Bila dia buat gitu dah tentu la anak kita ni masuk kelas lambat. Hari ni kalau dia buat macam tu sah2 la orang dah start ujian, Maisara baru sampai ke KAFA.

Rasa macam nak nak minta je kerjasama kat ustaz dia di KAFA tu untuk selesaikan benda ni.Mana tahu kalau ada teguran dari pihak sekolah driver van tu sedar apa yang dia buat tak betul.

Kita sebagai mak2 ni rasa tak syok pulak nak tegur sebab takut driver van tu terasa. kadang2 rasa macam kita pulak nak kena jaga hati driver van.Padahal kita yang bayar bulan2 kat dia...

Memang hampeh punya driver van...Nampak je bertutup semua nampak biji mata tapi bab tanggungjawab dan amanah tak de.

Marah pulak kita..

Ok..lah ..Nak mencarut dalam hati ni..bye

2 comments:

  1. Erm.. Wajar juga nak marah.. kite yg baca ni pun rasa geram.. apatah lg mak yg mengalami.. hihi

    ReplyDelete

sila tinggalkan komen anda...:)

Adbox