Breaking

Monday, 6 August 2018

DI TANGKAP SEDANG BERLAKU CURANG , WANITA GIGIT ZA**R SUAMI HINGGA PUTUS



VELLORE , INDIA: Polis Vellore pada Rabu lalu  menahan  seorang wanita berusia 45 tahun
 kerana menggigit  zakar suaminya sehingga putus selepas dia ditangkap berlaku curang  dengan seorang lelaki lain di kampung Thuraimoolai dekat Gudiyatham di daerah Vellore.

Menurut pegawai Polis yang menyiasat kes itu wanita tersebut yang dikenali sebagai  Jayanthi, telah didakwa dengan cubaan membunuh.

Kejadian itu berlaku pada awal pagi hari Isnin lalu .  Penduduk kampung bergegas membawa suami wanita terbabit yang mengalami pendarahan akibat dari bahagian alat sulitnya yang sudah  terputus ke Hospital Kerajaan Vellore . Dia kemudiannya di rujuk ke Rajiv Gandhi College Medical Hospital dan Hospital di Chennai untuk mendapatkan rawatan segera.

Suami wanita tersebut yang dikenali sebagai Senthamarai, 55, adalah seorang petani. Pada hari tersebut Jayanthi telah mengambil bahagian dalam festival kuil di kampung



Selepas acara di kuil kira-kira jam 1:30 pagi , Jayanthi beredar dari festival. Selepas 1 jam menghilang , Senthamarai yang bimbang  mula mencari isterinya . Dia kemudian menemui isterinya dalam keadaan yang memalukan bersama dengan seorang lelaki lain yang dikenali sebagai  Dhatchanamoorthi.

Marah dengan apa yang berlaku , Senthamarai mengugut  untuk mendedahkan hubungan mereka kepada orang ramai. Mereka mula bertengkar dan bergelut.

Dalam pergelutan yang berlaku, dhoti Senthamarai jatuh. Jayanthi yang ketika itu takut perbuatan mereka  diketahui ramai  terus menggigit zakar suaminya dan terus melarikan diri
bersama Dhatchanamoorthi

Senthamarai masih menerima rawatan dan keadaan nya dikatakan stabil.

**Lain kali pakai la seluar dalam..


1 comment:

sila tinggalkan komen anda...:)

Adbox