Breaking

Friday, 10 August 2018

AZREL ISMAIL SUKAR TERIMA KRITIKAN - PANDANG RENDAH PADA ORANG ASLI

Minggu lepas FINAS mendedahkan kutipan Filem Pulang mencecah 1 juta selepas seminggu ditayang kan. Ramai yang beri maklum balas tentang filem ni. Rata-ratanya cukup puas hati dan banyak review di twitter dan Instagram yang turut memuji Filem arahan Kabir Bhatia ni.

Walaupun filem ni mendapat pujian ramai tapi dah tentu lah pasti ada kritikan tentang lakonan setiap pelakon.  Terpulang pada pelakon tersebut sama ada nak terima atau tidak kritikan -kritikan yang dilemparkan.


Tapi apa yang membuatkan ramai marah dan kecewa apabila Azrel Ismail , yang memegang watak Omar membalas kritikan yang mempertikaikan kemampuan nya dalam PULANG dengan kata-kata yang seolah-oleh memandang rendah pada Orang Asli.



"Thank you bro 👍 just for ur info this is the negative 👎🏻 comment ive received & you relate with my biceps & jambang? 🤣🤣🤣 ok maybe ur education is from orang asli. Please support more local movie next ya😁 wishing u good luck bhai 👏🏻"


Memang tak sepatutnya Azrel membalas kritikan dengan cara tersebut. Orang Asli adalah penduduk asal tanah melayu sejak dahulu lagi dan tidak ada salahnya jika menjadi orang asli. Mengapa perlu memandang rendah dengan tahap pendidikan Orang Asli?

Mungkin Azrel tidak tahu ramai orang asli yang sudah berjaya dan seharusnya Azrel membuang sikap memandang rendah pada orang asli dan mula belajar untuk menerima kritikan.

Sebagai pelakon perlu ada sikap merendah diri  dan sedia menerima kritikan jika mahu diterima oleh peminat. Lagipun kritikan-kritikan tersebut boleh dijadikan cabaran untuk melakukan yang terbaik di masa depan.

sekian.



3 comments:

  1. Ya... Tidak sepatutnya kita memandang rendah kepada orang asli.

    Kita sendiri tak pasti asal dari mana...

    ReplyDelete
  2. pulak dah.... baru terkenal skit mcm dh lupa diri lak....

    dia tak tau agaknya ramai dh anak2 org asli yg belajar u, ramai yg berjaya n ramai yg skrg dh jd org senang... sedap2 je kata org asli gitu ek

    ReplyDelete
  3. mengguris hati ni.. ni payah jadi artis.. silap sikit mesti kene. hehe

    ReplyDelete

sila tinggalkan komen anda...:)

Adbox