SYUKUR ALHAMDULILLAH HARI-HARI DAPAT MAKAN DURIAN..

Assalamualaikum...


Musim durian tahun 2018 ni di sambut gembira rakyat Malaysia yang rata-rata nya memang suka kan raja buah ni. Kesian pada yang tak suka makan durian sebab terpaksa tutup hidung .Hahha,.

Pagi ni saya buka pintu rumah pun terbau cucur durian . Selalunya bau asap lori.. Bila terbau durian terus rasa bersyukur sebab masih berpeluang merasai salah satu nikmat dunia.Wah!!sampai gitu sekali...

Setelah bertahun-tahun harga durian macam nak beli sebentuk cincin belah rotan akhirnya tahun ni harga durian jatuh dan ianya disambut gembira ramai peminat-peminat buah durian.

Tahun-tahun sebelum ni memang harga durian macam makanan untuk orang kaya-kaya saja.Untung besar la siapa yang ada dusun durian tu. Boleh makan sendiri dan boleh buat jualan jugak.


Yang tambah best nya tahun ni juga selain musim durian , menjadi juga musim buah-buahan lain..Manggis dan rambutan pun bukan main berlumba-lumba pasang badan nak bagi orang nampak depa..hahhaha..

Alhamdulillah..Tahun 2018 murah rezeki kita semua..kan?






Dengar-dengar nya cempedak dan buah Dokong pun tengah tunggu masa nak pintas durian dan manggis ni.Sabar jap ye..Satu2 la...

Tapi nak pesan sikit la pada penggemar buah-buahan tempatan ni. Makan tu berpada-pada la..Buah-buahan malaysia ni kebanyakan nya ada gula yang tinggi.




Tu pasal la bila makan ada yang sakit tekak, darah naik, gula naik, pening kepala nak pitam , macam-macam lagi..Buah tu tak salah pun.


Yang salah nya cara kita makan tu. Dah makan buah berlambak-lambak boleh pulak minum teh Ais, kopi Ais, makan bubur durian roti jala bagai..Cemana tak sakit..



sekian..




SYUKUR ALHAMDULILLAH HARI-HARI DAPAT MAKAN DURIAN.. SYUKUR ALHAMDULILLAH HARI-HARI DAPAT MAKAN DURIAN.. Reviewed by Diana Rashid on 13:09:00 Rating: 5

8 comments:

  1. terbaek.. kat sini harga masih mahal.. ermm

    ReplyDelete
  2. mggu ni sy trn penang jd tlg simpankn sebiji utk sy ya ;-)

    ReplyDelete
  3. betul...minggu ni puas dpt makan durian...murah giler skrg...

    ReplyDelete
  4. Kalt sini musim durian dan nak habis.
    Rambutan, manggis dan cempedak dah menyusul

    ReplyDelete
  5. skrang keluar KL/selangor dah murah, wekend lepas kat melaka de rm5/kg

    ReplyDelete
  6. SEDAPNYA DURIAN ..MEMANG RAJA BUAH

    ReplyDelete
  7. Sedapnya dpt makan durian.. Kita kali ni kene cober sikit xleh balun byk2.. Takut.. Hehehe

    ReplyDelete
  8. Ye durian tengah murah.. Alhamdulillah dapat makan lebih sikit.. tak boleh lupa tahun lepas punya. Mahalnya. Dapat beli sebiji pun gembira kemain Ros!

    ReplyDelete

sila tinggalkan komen anda...:)

Powered by Blogger.