REVIEW SKINCARE PRODUCT : DARI 1 AKAN JADI 10

Assalamualaikum..

Hi semua..




REVIEW SKINCARE  PRODUCT : DARI 1 AKAN JADI 10 Masa saya buat review untuk skincare dulu memang rasa seronok sangat sebab dapat duit dan dapat produk..

Dapat buat paid review ni memang best,.Terutamanya untuk produk kosmetik dan skincare.Sekali je kita review, esok lusa mesti dapat offer buat paid review lagi untuk produk skincare lain pulak.

Benda tu tak putus-putus..ada je yang akan cari kita.

Best ke tidak kalau macam tu??Best la..dapat duit dapat produk.kan??tapi bila makin lama , saya rasa makin tak seronok.Tak bebas nak menulis sebab job dah bertindih-tindah.Kau tolak yang tu datang yang ni.Tolak pun tetap tak habis-habis selagi ada yang kau masih terima..


Apa yang hati kau nak tulis terpaksa kau letak tepi dulu sebab nak bagi laluan kat post berbayar.kalau dah kerap sangat letak tepi , hilang mood dan  lupa la apa personal post yang kau nak tulis dulu.

Masa banyak habis depan komputer.Nak berjalan pun kena tengok ada lagi ke post yang masih pending.Serabut kot.Rasa macam kerja masuk office pulak.

Payment masuk macam air tapi hati tak seronok.ayat "pergi la..ibu tak ikut" tu dah biasa sangat padahal dulu pergi kedai depan tu pun habis semua nya nak ikut.


Jadi adik-adik sekalian..nak bagi tau..Bila kita buat paid review ni besar tanggungjawab nya.Untuk adik2 yang masih bersekolah tu , yang ada hati nak buat paid review , hati kau kena kuat dan kau kena bijak bahagi masa.

Kau tak kan mampu fokus pada pelajaran kau kalau paid review berlambak-lambak sampai seminggu 5-6 post.

Memang la kau akan rasa kalau pandai bahagi masa boleh je fokus pada pelajaran.Percaya lah, tak ramai orang boleh buat tu.

Kau akan hilang rasa seronok nak berbual dengan orang , kau akan berada dalam dunia kau je. Bayang kan lah..habis waktu belajar  dan  ulangkaji kau sibuk dah pegang phone, buka laptop sebab nak siapkan paid review.Lepas tu kau kena fikir idea cemana nak bagi ramai nampak post kau.

Saya tak tahu kot ada blogger yang lepas post dan share artikel terus Offline dan bergumbira.Tapi yang saya kenal rata-ratanya akan sibuk cari cara untuk posting mereka di lihat lebih ramai orang.

Kemudian tak habis kat situ ke..Sekali sekala kena buat video, baca komen, semua tu tak kan kau mampu buat dalam setengah jam.Belum campur lagi dengan buka facebook , Ig twitter , youtube.

Kebanyakan instafamous dan blogger yang rajin buat review tu , kehidupan diaorang memang sibuk dan diaorang tak de masa untuk berbual-bual kosong bergelak ketawa lama2 .Diaorang keluar rumah berjalan pun kena ambik gambar, kena fikir apa benda yang boleh jadi bahan untuk tulisan diaorang.

Kalau kau nak duit banyak kau boleh buat paid review, tapi kalau kau nak kan ketenangan dan kebebasan baik kau fikir benda tu habis-habis. Lain la kalau kau ambik paid review 1 je seminggu. yang tu mesti tak de pening-pening kepala.Tapi percaya lah, dari 1 tu je akan jadi 10.hahahah

Tu belum masuk lagi bab muka kau kejap ok kejap tak ok sebab kena test pakai produk yang kau dapat.Tu tak payah la cerita.Panjang pulak nanti..

ok bye
REVIEW SKINCARE PRODUCT : DARI 1 AKAN JADI 10 REVIEW SKINCARE  PRODUCT : DARI 1 AKAN JADI 10 Reviewed by Diana Rashid on 16:14:00 Rating: 5

2 comments:

  1. TERINGIN NK CUBA TAPI TAKUT XMAMPU BUAT

    ReplyDelete
  2. payoh jugak kan..
    better kalau nk buat pon mulakan dgn sdikit dulu dri amik job bnyk2 tapi tak terhandle, dri sdri yg susah.

    ReplyDelete

sila tinggalkan komen anda...:)

Powered by Blogger.