Tapi baru-baru ni pergi bakery shop nampak la macaron mat ni.Harganya pun tak mahal.Cuma rm12 je saiz kecil. Lepas beli baru la rasa semangat nak buat brownies cookies.
Last2 nampak satu resepi di twitter dari NanaJerk.. Nampak mudah dan senang faham resepi yang dia ajar.Saya memang suka ambil resepi-resepi dari beliau ni.Semua resepi yang saya ambil dari dia semuanya sedap2 dan menjadi. kalau korang tak nak buat pun korang boleh beli je kek dan biskut kat dia..sedap dan murah ..
Ini brownies cookies yang saya buat menggunakan resepi dari nanajerk. Brownies cookies ni leceh sikit nak membuatnya.Ada pantang larang nya tau.
Yang pertama adunan nya ni tak boleh terdedah kena angin.Maknanya lepas bancuh terus kena piping atas macaron mat dan bakar. kalau ada lebihan dalam piping bag atau bekas lain korang kena tutup rapat supaya angin tak masuk.
kalau tidak tak kan dapat kedutan kat atas brownies cookies ni. Contohnya macam gambar kat atas sekali tu, ianya adalah adunan yang kali kedua di bakar.Bayangkan yang kali ke 3 dan ke 4 cemana rupanya..kan??memang langsung tak de kedut nya dah.
Tapi bakar yang memula sekali jadi cantik kedut nya.Memang sempurna sangat.Bermakna kalau oven korang kecik macam oven saya baik la korang bancuh sikit2 je.lepas tu bakar.Nak bakar yang kali kedua , korang bancuh lain..Baru la jadi cantik macam gambar kat bawah ni.
Tapi kalau oven korang besar dan boleh pakai macaron mat yang besar sekali bakar dah boleh dapat 100 keping memang cantik la brownies nya.
Ni yang buat tak sabar2 nak beli oven besar ni.Kalau saya beli oven besar nanti boleh la buka order.heheh.
Biskut ni kalau korang nak simpan kena susun cantik2 tau.Jangan terhentak-hentak sebab kedutnya tu mudah tanggal.Tapi rasanya tetap sedap.
Satu lagi yang korang kena ingat , selepas keluarkan dari oven kena sejuk kan dulu brownies cookis ni.jangan gatal2 nak alihkan dia dari macaron mat tu.Biar dia sejuk atas macaron mat tu je.Bila dah sejuk baru lah dia jadi keras dan rangup
Nampak tak betapa cerewetnya brownies cookies ni.jadi korang kalau malas nak buat baik beli je la.hahahha.. Jangan merungut tau dengan harganya yang memang sedikit mahal sebab nak membuatnya pun banyak pantang larang.
Ok lah..cerita panjang2 tapi tak kongsi resepi tak guna jugak.Tapi awal2 nak pesan biskut ni kalau korang nak buat kena pakai mixer. kalau tidak kerasa kejung la tangan nak pukul telur sampai kembang..
Jom kita tengok resepi membuat brownies cookies yang sedap dan rangup.Adunan ni untuk 140 biji brownies cookies. Sukatan kena tepat dan kalau rasa bahan tak cukup jangan buat Ok..tunggu bahan dah ada semua baru buat..
Ok..Jom tengok resepi..Nak buat biskut ni kena buat cepat2 tau..tak boleh lambat-lambat Termenung main fb, ambik gambar masuk insta...Tak boleh..tak boleh..kena cepat. Kita tak nak chocolate tu ada dalam room temperature lama sangat..Kata nana..
SO SEBELUM MULA SILA TIMBANG BAHAN-BAHAN DI BAWAH SIAP-SIAP.
Bahan A
200g dark chocolate
125g butter
Bahan B
130g tepung gandum
1 sudu kecil Baking powder
3 sudu besar serbuk Coco
Bahan c
2 biji Telur saiz A
150g gula castor
100g brown sugar
Cara-Caranya:
Panaskan Oven dulu.
Ambik satu bekas lain , kita ayak bahan B..ketepikan..
Ambik bekas lain jugak , pukul bahan c selama 5 minit.Jangan kurang jangan lebih.
Cukup 5 minit matikan mixer dan terus masuk kan coklat yang dah cair tadi.kacau sikit bagi sebati..bagi sebati je tau..tak payah guna mixer pun..kacau guna senduk.
Kermudian masuk kan bahan B yang dha dia ayak tadi.kacau sebati guna senduk je.
kemudian cepat2 masuk kan dalam piping bag. dan ikat bahagian atas,supaya angin tak masuk.
Kalau ada lebih dalam mangkuk tu, tutup rapat adunan ni ye.Jangan bagi kena angin.
lepas tu potong hujung paiping bag dan mula picit adunan atas macaron mat. Picit sampai bulatan kecik tengah tu je.
sebab nanti dia nak mengembang sampai bulatan besar tu.
Kemudian dah habis piping terus bakar selama 15 minit .suhu 170-180. Yang ni aikut oven saya.Oven korang saya tak tahu la.Guna api atas bawah.
Bila dah siap boleh la keluarkan.Tunggu sejuk ye baru alihkan dari macaron mat.
lepas tu masuk kan dalam balang.Dah siap boleh jual.
Kalau ada apa masalah sila tanya.. Saya dah buat banyak kali biskut ni jadi tahu la sikit2 peranagi dia cemana..hahaha.
selamat mencuba...
sekian..
19 Ulasan
Favorite nih brownies. Kalau makan ni, dah tak ingat tengah diet ke apa haha
BalasPadamoh! serius belum pernah rasa lagi yg cookies sebab sblm ni biasa makan brownies biasa je kan..hahaha...kira tekstur dia akan sama macam macaroons jugak la kan kak?
BalasPadamWahhh ada sekut brownies lah..na ti boleh lah try ..mmg suka sekut brownies ni ranggup dan penuh coklat hihi
BalasPadamPandai akk buat.. Rasa nak belajar jugak buat biskut2 mcm ni..resepi pun simpe dan penyediaan bahan pun senang
BalasPadamPehh brownies cookies.. Lama gila xmakan.. Sllu mkn yg kek brownies je.. Tp nmpk cm menarik lak buat guna bks macaron..msti comel2 je cookies ni kan..tq bg resepi..nnti de mse nk try la..
BalasPadamWow looks so sedap its loaded with chocolate and nak cuba la.
BalasPadamBestnya pandai buat cookies.. ni kalau makan time tengok tv mau licin sebalang.. huhuhu
BalasPadamtak rasa lagi brownies cookies ni..kalau pandai buat memang best..leh buat banyak2..makan sendiri ..hahaha..jimat..kita tak reti nak buatla walaupun ada resepi..hahaha
BalasPadamKalau jumpa brownies memang x bleh nak diet da coz brownies are my fav 👍👍
BalasPadamCik en suka makan tp x reti buat.. hahahah..lps ni DR boleh bukak cafe sndri la.m hahaha
BalasPadamCookies coklat memang makanan favourite saya. Boleh saya makan dengan tak henti2.
BalasPadamJust Unique
sedap ni!
BalasPadamaida tak pandai buat.
kakak yg buat ari tu time raya.
tak sempat nak merasa byk.
abis di makan oleh anak-anak.
tetamu pun tak merasa! ha ha ha ha :)
Salam..nak tanya pukul tu kelajuan slow, sederhana atau tinggi?
BalasPadamkelajuan tinggi..sebab tu kena guna mixer..kalau pukul guna whisk je memang tercabut tangan..kalau guna whisk pukul lama sikit la..baru kembang cantik.
PadamSalam sis. Kenapa saya buat tak menjadi ye. Dia berkedut seribu. Tak berkilat mcm sis buat tu. Huhuhuhu
BalasPadamBaca post ni dari mula sampai habis. Saya ada bagi tips dan sebab kenapa kedut tak jadi.
Padamsalam kenapa saya buat xberkedut pun dan dia berlubang2. Knpa ye. Tq
BalasPadamAdunan terdedah dan masuk angin. Baca tak post atas ni dari mula.saya dah tulis sebab kenapa tak jadi kedut
Padamsalam boleh sy thu tdi sy dh cuba pstu bile selepas disejukan knp biskut sy tetap lembut ye? tk keras mcm biskut hmm
BalasPadamsila tinggalkan komen anda...:)