PERSEDIAAN MIKHAIL UNTUK MASUK KE DARJAH 1



Tahun depan anak saya ni akan masuk ke sekolah kebangsaan. Sekolah yang sama dengan kakak nya. Tapi budak ni tak habis-habis cakap yang dia nak duduk 1 kelas dengan kakak dia.Padahal kakak dia tu dah darjah 5.

Apa pun persediaan tetap kena buat terutamanya penguasaan untuk membaca, mengira dan menulis tu saya dah terapkan sejak tahun lepas lagi. Alhamdulillah dia boleh membaca, mengira dan menulis.Cuma bab mengira tu memang lambat sikit tapi masih sempat kalau nak mahirkan dia..



Semalam sempat la ke Kedai Buku Hasani Group dan beli beberapa buah buku kerja dan buku kemahiran untuk tambahkan lagi kemahiran budak ni.Sebelum ni ada beli beberapa buah buku kerja lain di Hasani Group dan Alhamdulillah dia dah habiskan semuanya.So kali ni kita tambah lagi untuk pastikan dia tak lupa.

Maklum je la budak2 ni kalau lama2 tinggal mula la lupa macam-macam..kan?Ni lah 3 buku yang saya pilih semalam.Harga setiap 1 rm2.50 je. Saya beli buku matematik tambah dan tolak dan juga bahasa malaysia.


Setakat ni bab tambah dan tolak memang tak de masalah. Saya pun ajar sekali sekala je.Bukan hari-hari belajar pun.Tapi Alhamdulillah dia boleh faham apa kita ajar.

Cuma banyak  main-main sangat. Kita pulak tak boleh nak marah takut dia menangis lepas tu tak de mood nak belajar..Jadi kena banyak lah bersabar,


Bab membaca dan menulis pun dah bagus sangat..dah boleh baca, boleh menulis.tulisan pun cantik.hahah..Cuma belum boleh baca laju-laju je.Kalau baca laju-laju entah apa-apa je dia sebut.Lepas tu dia kata "benda merepek apa dia tulis ni..ibu?" padahal dia yang baca merepek.



Semalam kat kedai buku tu saya tengok ada satu buku tu  untuk 5-7 tahun dah diajar untuk buat ayat dari perkataan yang dia bagi.Saya memang ingat nak belikan buku tu sebab nampak bagus juga untuk bagi dia kemahiran dalam buat ayat ni.Maklum la selama ni bercakap lintang pukang.hahaha..

Dasyat nya budak 6-7 tahun dah diajar buat ayat sekarang ni..kan??Zaman saya dulu masuk darjah 1 baru nak belajar mengeja.Sebab tu la budak2 sekarang bijak-bijak.

Tapi kita akan bagi dia belajar bab tu masa cuti sekolah nanti lah. Risau pulak semua nak diajar sekarang ni nanti dia mula la jemu.Sebab dia ni suka tengok tv dan main lawan-lawan je. Belajar memang tak nak.Pergi tadika  pun kena paksa.

Padahal dia dok rumah bukan buat apa pun.Pergi sekolah ramai kawan pun dia merungut bosan.Harap-harap masuk darjah 1 nanti datang lah rajin nya tu. Latih la pagi=pagi nak kena membebal..kan??hahah

sekian..

PERSEDIAAN MIKHAIL UNTUK MASUK KE DARJAH 1 PERSEDIAAN MIKHAIL UNTUK MASUK KE DARJAH 1 Reviewed by Diana Rashid on 14:58:00 Rating: 5

9 comments:

  1. nanti harraz dah besar TB nak cari gak la buku2 macam ni.. bagus untuk persediaan anak2 kan ..

    ReplyDelete
  2. Comelnya dia nak duk sekelas dgn kakak dia 🤭 semoga dipermudahkan untuk persediaan ank kak nanti..pasal buku tu best juga boleh la cari nanti

    ReplyDelete
  3. PANDAI MIKHAIL SLMT BRSEKOLAH TAHUN SATU

    ReplyDelete
  4. Yer, budak-budak sekarang cepat belajar.. semua dah diterapkan masa tadika, sebelum masuk darjah 1. Dulu, darjah satu tu lah permulaannya. Ya, masa dah berubah kan...
    tapi, bagus anak akak tu. Rajin juga buat latihan kan. :)

    ReplyDelete
  5. Wah budak bijak nih dah nak masuk darjah satu dha. Sekejap je rasa. Bagus mikail nih sebelum masuk drjah satu rajin wat latihan

    ReplyDelete
  6. Mmg keja terapkan awal...takde la nnt sampai masa kang dia terkejut..huhu..kalau kakak & Abg sally jumpa kat sekolah dorang buat x kenal je..sentap..haha

    ReplyDelete
  7. wah dah nak masuk darjah 1..cepat je masa berlalu kan..pergh buku diaorang dasyt..hehee..macam mana la fariza nanti masuk sekolah..hehe

    ReplyDelete
  8. Haha nk duk sekolah ngan kakak ye..betul tu skrg budak2 semua bijak2 kan..belajar pandai2..kdg2 kita plak disekolahkannya hihi

    ReplyDelete
  9. Pening nanti dia klu duduk dengan Kkk, sebab tak tau pape terus lompat

    ReplyDelete

sila tinggalkan komen anda...:)

Powered by Blogger.