KISAH BENAR : BALASAN KERANA BERKASAR DENGAN IBU

Assalamualaikum..

Jom baca kisah benar balasan seorang anak yang derhaka sebab berkasar dengan ibu dia yang suruh dia solat.Cerita benar ni di kongsi oleh Akmal Hizzat di akaun twitter dia.




Aku nak share sikit kisah yg bertajuk "Bahaya Derhaka Kepada Ibu". Benda ni terjadi kat aku sendiri masa aku umur 21 tahun. Ya, zaman jahiliah lagi masa tu. Ingatan aku tentang kisah ni masih fresh lagi, mungkin takkan lupa sampai bebila.


Masa tu aku tak sengaja tertinggikan suara kat mak aku, padahal mak aku suruh sembahyang je pun. Bodoh bukan?


Hari tu hari ahad, dalam pukul 5:30 ptg. Aku tengah syok gila tidur atas sofa dari pukul 3 petang sebab letih join program larian kat kawasan umah aku pagi tu. 5 pagi kot aku bangun.


So, masa tgah syok gila tidur kat sofa dgn suasana yg sejuk dan nyaman, tetiba aku terdengar satu suara memanggil2 aku dari jauh.


Haa aku ni mmg jenis kalau tidur lena mana pun mesti akan tersedar kalau dengar orang seru-seru nama aku, lebih-lebih lagi mak aku la kan.


Mak aku panggil aku berkali-kali suruh bangun solat sebab waktu Asar dah nak habis. Aku just jawab "Ye maa..kejap lagi...", kejap lagi aku pun 20 minit jugak la berlalu.


So mak aku kejut aku lagi suruh bangun sebab waktu Asar memang betul-betul dah hujung-hujung time tu. Haa di waktu dan saat inilah syaitan suka, perlahan-lahan dia jalankan kerja hasutan dia.



Dengan mood yang tengah syok dibuai mimpi, tiba-tiba aku berubah dari seorang anak yang lemah-lembut dan sopan-santun kepada seorang anak yang garang. (bodoh punya syaitan)


Masa mak aku kejut lagi sekali tu, dgn tegasnya aku jawab "YEEEEEEEEE!!", pastu aku terus bangun dan masuk bilik air untuk ambil wuduk.


Masa tegah ambil wuduk tu, hati aku asyik berkata-kata "kenapa aku jawab macam tu kat mak aku eh?? Bodohnya kenapa kenapa kenapa!"


Dengan penuh rasa sesal dalam diri, aku pun keluar dari bilik air dan terus bentang sejadah yg terlipat atas kerusi kat depan tv. Masa ni lah aku rasa lain mcm....


Elok je aku berdiri atas sejadah nak angkat takbir, tiba-tiba kedua-dua belah tapak kaki aku terasa panas. Tak pernah weh rasa mcm ni, rasa panas mcm kau pijak cerek air yang baru lepas masak. Aku dah mula risau, tapi aku teruskan je solat mcm biasa.


"Apasal tiba-tiba panas tapak kaki aku ni?? Ini ke balasan jawab macam tu kat mak aku tadi??", hati aku asyik berkata-kata je, yer memang tak khusyuk solat aku masa tu!


Bila aku sujud, kedua-dua tapak tangan aku yang menyentuh sejadah pun turut terasa panas yang dah semakin suam-suam. Waktu ni aku memang dah tak fikir apa, cuma nak habiskan solat cepat dan minta maaf kat mak aku je.

Aku teruskan solat macam biasa dengan penuh rasa sesal dan takut, dalam hati asyik menjerit-jerit "Ya Allah, ampunkan aku! Sesungguhnya aku tak sengaja!"


Then bila dah habis solat (walaupun tak khusyuk), rasa panas kat sejadah tadi beransur-ansur hilang. Since masuk rakaat kedua dah mula hilang dah, tapi aku tetap risau.


Tanpa melengahkan masa, aku pun lipat sejadah dan terus cari mak aku. Takut ni takut!


Elok je aku nak pergi ke dapur, rupa-rupanya nya mak aku memang dah lama perhati aku sembahyang. Aku pun terus meluru ke mak aku nak minta maaf.


Belum sempat aku cakap apa2, mak aku terus tanya aku dulu.

Mak: "Kau solat pakai sejadah atas kerusi tu ke?"

Aku: "A'ah ma"

Mak: "Laaa tak rasa panas2 ke?? Mama baru je guna sejadah tu buat lapik iron baju kemeja bapak kau tadi, banyak lak tu"

Aku: "Oh yeke..........."

---------------------------

Hahahah... serabut betul cerita ni..Tak pasal2 terkena..Apa pun cerita ni ada pengajaran nya..kan??Tu baru panas bekas seterika ..Kalau panas api neraka cemana la nak hadap..kan??


sekian..

KISAH BENAR : BALASAN KERANA BERKASAR DENGAN IBU KISAH BENAR : BALASAN KERANA BERKASAR DENGAN IBU Reviewed by Diana Rashid on 02:00:00 Rating: 5

1 comment:

sila tinggalkan komen anda...:)

Powered by Blogger.