Breaking

Wednesday, 11 July 2018

INI ALASAN MENGAPA RAMAI ANGGAP INSTAGRAM SEMAKIN KURANG MENARIK

Sekarang ni rasa macam dah kurang layan instagram. Ada je ambil gambar-gambar cantik-cantik..Tapi rasa macam tak kuasa nak letak kat instagram.Hahaha...

Ceh!!perasan gambar cantik.Cantik kat mata sendiri la..Asal mata sendiri rasa sedap pandang tu maknanya gambar tu cantik la..Hahhah...




Memang dah rasa kurang gemar dengan instagram ni sebab terlalu banyak sangat benda yang instagram nak buat sampaikan dah jadi sama macam sosial media yang lain.Tak de beza pun .Setuju ke tidak?


Yang masih blur-blur tak tahu nak setuju ke tidak ini saya senaraikan  sebab utama kenapa saya rasa instagram dah tak best macam dulu.


Iklan terlampau banyak. Sedangkan iklan kat tv pun kita tak suka tengok.Ni kan pulak kat sosial media kita.Baru scroll 5 gambar dah iklan. Kalau dulu 10-11 gambar baru ada iklan .


Tapi sekarang scroll 5-6 gambar je lepas tu ada iklan.Sakit hati kita tau..Iklan yang kita dah tekan "love' pun masih lagi lalu ,2 ,3 kali sehari..


Tu iklan dari Instagram sendiri.Yang iklan kat komen2 post tu lagi la banyak.Naik bebulu je mata ni. Pemilik akaun nak report pun dah penat jari.


Tapi nak buat cemana..Benda free..Walaupun nama je akaun kita,betul tak?



Yang kedua nya highlight dan insta stories..??Gambar dan video  jugak ..kan??


Yang paling pelik kenapa nak kena letak gambar kat highlight dan insta story tu sedangkan memang instagram tu sendiri untuk letak gambar. Lepas diaorang upload pandai-pandai la mereka  delete sendiri..




Kemudian muncul la  insta famous yang mengambil kesempatan.Buat paid review guna insta story.cukup 24 jam gambar review hilang. Peniaga juga yang sedih..duit dah melayang..huhu




Yang ketiga explore.Ini lah yang paling saya tak suka. Dah kenapa gambar-gambar orang yang kita tak follow ni muncul? Saya tak follow mereka la..Kalau saya nak tengok mereka, pandai-pandai la saya cari akaun mereka tu nanti..


Menyemak je lah!!


Yang tak best juga bila post yang baru-baru tak muncul pun.Tapi post yang 6 hari lepas muncul lebih awal. Kalau seminggu tak buka Instagram , jenuh la saya dok scroll nak bagi keluar gambar yang terkini.


Bukan setakat kena scroll je tau.kena tekan "love " sekali. kalau tidak nanti kita buka keluar lagi gambar yang sama..


Bosan nya!!

Yang terkini instagram dah boleh tanya-tanya soalan pula.Dah sama macam coriouscat. me je..

Sepatutnya bila kerap update , instagram ni jadi lebih baik tapi dah sama macam sosial media lain. Pengguna terpaksa juga la buka akaun dan layan walau ada 4,5 applikasi yang sama sebab nak mengikut trend.


Lagi-lagi kita yang bergelar blogger ni.Kalau tak de media sosial yang ramai pengguna ni memang tertinggal kebelakang la kita.


Sebenarnya ada banyak lagi sebab mengapa ramai yang anggap instagram semakin kurang menarik.Tapi yang pastinya instagram dah jadi sama je macam sosial media yang lain. Orang bosan layan benda yang sama.Nak buat apa buka instagram kalau apa yang ada di insta kita boleh tengok di facebook.


sekian...




7 comments:

  1. Betul tu, rasa macam nak delete je acc insta tapi sekarang ni pun guna untuk stalk fav celebrities je

    ReplyDelete
    Replies
    1. ikr..bosan2 kita buka jugak tapi yang keluar post 3 hari lepas.Terus tak de mood nak scroll ..jenuh la..

      Delete
  2. Macam kita stkat ni suka je tgk ig. Bnyk gunakan pun tuk bisnes la. Personal ni x brpa sngt. Sbb xthu nak update apa sngt.

    Bab selebriti tu, kita tgk je. Kdng2 xtahu nak belek apa, lyan la jgk perkembngn dr situ.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kalau untuk peniaga memang boleh ambik peluang berniaga di IG ni,.Tapi apa yang dia update tak de fungsi sangat pun untuk peniaga..Peniaga nak beriklan boleh buat ads, lepas tu promote jualan kat IG artis.. Rasanya penggunaan hashtag lebih bagus untuk peniaga berbanding buat IG story, ada explore dan ask me question.. Buat jadi leceh je adalah..

      Delete
  3. akak cuma ada blog, fb dan ig... tweeter akak takde...
    ig skrg mmg dh tak sama mcm mula2 dulu.... kadang mmg rasa serabut je... tang iklan jgn ckp lah...

    ReplyDelete
  4. oic.
    aida xde instagram.
    x aktif pun.

    ReplyDelete
  5. Dh xbrapa rajin guna insta.. dulu guna sbb rajin menulis..😅

    ReplyDelete

sila tinggalkan komen anda...:)

Adbox