BEKAS PERDANA MENTERI MALAYSIA, DS NAJIB RAZAK DI TAHAN SURUHANJAYA PENCEGAHAN RASUAH MALAYSIA (SPRM)



KUALA LUMPUR: Bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak ditahan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).

Mengesahkan perkara itu, Ketua Pesuruhjaya SPRM, Datuk Seri Mohd Shukri Abdull berkata, beberapa pegawai suruhanjaya tersebut telah hadir ke rumah Najib di Langgak Duta di sini petang ini sebelum membawa bekas Presiden UMNO itu.

Menurutnya, beberapa pegawai dan Najib kini dalam perjalanan ke Ibu Pejabat SPRM di Putrajaya.

Ditanya sama ada Najib hanya dibawa ke pejabat SPRM atau terus ditahan, Mohd Shukri berkata, terus ditahan.

"Kita akan terus tahan dan mereka (pegawai SPRM dan Najib dalam perjalanan)," katanya ketika dhubungi Astro AWANI di sini pada Selasa.

Sementara Pasukan Petugas Pasukan Petugas Khas (Task Force) 1MDB turut mengesahkan telah membuat tangkapan terhadap  Najib Tun Razak pada pukul 2.35 petang berkaitan SRC International Sdn Bhd.

Najib akan dituduh pada 4 Julai 2018 (esok) pada pukul 8.30 pagi di Mahkamah Kuala Lumpur.



Ketua Persuruhjaya SPRM Datuk Seri Mohd Shukri Abdull, pada 23 Jun lalu, telah memberi jaminan tangkapan berkaitan kes SRC International akan dibuat tidak lama lagi.

Beliau juga memaklumkan pihaknya bekerjasama rapat dengan pihak berkuasa daripada Amerika Syarikat, Britain, Belgium, Luxembourg dan Switzerland berkenaan siasatan kes ini.

Siasatan turut melibatkan pertemuan SPRM dengan seorang putera dari Arab Saudi pada 2015, yang didakwa memberi sumbangan RM2.6 billion kepada Najib.

Bagaimanapun putera berkenaan gagal mengemukakan sebarang bukti derma.

Mohd Shukri turut menyatakan siasatan berkaitan SRC International ini sudah disiapkan dan wujud persamaan dengan hasil siasatan yang dibuat oleh Jabatan Kehakiman Amerika Syarikat (DoJ).

DoJ juga sudah melancarkan siasatan jenayah dan saman sivil pada 15 Jun tahun lalu bagi mendapatkan semula AS$1.7 bilion aset yang didakwa dibeli mengunakan wang 1MDB.

Bagaimanapun Najib sebelumi ini menafikan sebarang salah guna kuasa atau penyelewengan semasa menjadi Perdana Menteri.

SUMBER: AWANI








BEKAS PERDANA MENTERI MALAYSIA, DS NAJIB RAZAK DI TAHAN SURUHANJAYA PENCEGAHAN RASUAH MALAYSIA (SPRM) BEKAS PERDANA MENTERI MALAYSIA, DS NAJIB RAZAK DI TAHAN SURUHANJAYA PENCEGAHAN RASUAH MALAYSIA (SPRM) Reviewed by Diana Rashid on 17:15:00 Rating: 5

No comments:

sila tinggalkan komen anda...:)

Powered by Blogger.