RESEPI BISKUT CHIP CHOCOLATE YANG PALING SEDAP , MUDAH DAN RANGUP

Tahun ni beraya rasa puas hati sebab banyak juga saya sediakan hidangan untuk raya. tahun-tahun lepas saya cuma buat kek dan brownies tapi tahun ni saya buatkan biskut raya juga. Pertama kali buat biskut Chip Chocolate .



Ramai yang dah cuba buat biskut  Chip Chocolate ni tapi ada yang kembang setaman.Sebelum bakar cantik je tapi bila dah bakar bukan main seronok dia mengembang. Biasanya biskut ni akan mengembang sebab kita pukul butter tu.

Adalah lebih baik kalau tak payah di pukul butter atau majerin tu sampai mengembang.saya buat langsung tak pukul pun. saya campur je semua dalam bekas dan uli dengan tangan. Last sekali baru masuk kan coklat chip.

Biskut jadi cantik , rangup dan memang sedap. Biskut ni korang patut cuba sebab rasanya memang sedap, mudah nak dibuat sebab tak guna bahan yang banyak. Campur-campur je dah boleh bakar.

Nak lebih lengkap lagi cara-cara menyediakan biskut Chip Chocolate Cookies ni .Jom kita tengok resepinya.Untuk adunan ni korang akan dapat dalam 200 biji saiz kecil.kalau saiz besar boleh dapat dalam 150 biji.

Lagi elok kalau buat saiz kecil sebab mudah nak makan.Kalau nak buat besar2 macam saya ni pun boleh jugak..sekali ngap je terus kenyang.

Bahan-bahan membuat biskut chip chocolate :

75g gula perang
300g butter
300g tepung gandum
1 sudu esen vanila
50g nuts (almond/walnut)
50g chip chocolate

 Cara-caranya: 

1-Campur gula perang,esen vanila dan butter.Kacau sikit2 je bagi sebati Tak payah kacau sampai kembang .

2-.Lepas tu masuk kan tepung gandum.

3- Almond atau walnut tu cincang-cincang  dulu lepas tu bakar dalam 15 minit je.Lepas tu masuk kan ke dalam tepung tadi.uli supaya dia jadi doh.Uli pun sikit2 je.asal kan nuts tu merata kat dalam tepung

4- last sekali baru masuk kan chip chocolate. kacau sikit2 je sebab nanti coklat tu cair habis doh jadi kaler koko.



5- kemudian Simpan dalam peti sejuk dalam setengah jam. Bukan tempat beku..simpan kat bawah-bawah je..

6- 15 minit sebelum bakar panas kan oven.suhu 180 .

7- Lepas tu keluarkan doh tu dari peti sejuk .jemput2 dengan tangan je letas atas loyang..Loyang tak payah sapu apa-apa..Boleh guna sudu je kalau tak nak guna tangan

8- saya bakar 30 minit suhu 180. kalau buat kecik2 dalam 15-20 minit dah masak..Yang saya buat ni besar-besar .Sebab nak cepat ..

Bila dah masak sejuk kan dulu baru masuk kan dalam bekas.Kalau tengah panas memang dia nampak macam lembik2 lagi.tapi ok dah tu sebenarnya..Dah sejuk baru la dia betul-betul keras.

Kalau nak buat banyak gandakan saja adunan tu . Setakat 150-200 biji memang tak cukup sebab biskut ni memang sedap.

Selamat Mencuba..
RESEPI BISKUT CHIP CHOCOLATE YANG PALING SEDAP , MUDAH DAN RANGUP RESEPI BISKUT CHIP CHOCOLATE YANG PALING SEDAP , MUDAH DAN RANGUP Reviewed by Diana Rashid on 17:44:00 Rating: 5

6 comments:

  1. bahan2 pun mudah,... mmg sesuai utk jd cookies time raya nih

    ReplyDelete
  2. Sedapnya, bahan dia Senang je. Budak pun suka makan ni sbb ada chip

    ReplyDelete
  3. Senang sangat rupanya nak buat biskut ni. Nanti free2 boleh la wat. Thanks share resepi.

    ReplyDelete
  4. Pandai kak buat.. Simple je caranya.. Zaza pun rasa nak belajar jugak la buat biskut raya.. Kalau dulu tolong2 kakak je.. Memang tak reti sgt.. Tp cara akk bt ni mmg mudah tgk

    ReplyDelete
  5. nad tak pernah buat biskut raya lagi..hahaa..rasa nak cuba buat..kene tengok ongkos nak beli bahan-bahan..hehee

    ReplyDelete
  6. terbaek.. sedap ni.. raya aritu ada buat.. tp wife la yg buat.. ejulz suka makan je. hehe

    ReplyDelete

sila tinggalkan komen anda...:)

Powered by Blogger.