Breaking

Friday, 8 June 2018

INI YANG PERLU ANDA LAKUKAN JIKA HIDUNG BERDARAH - BARING KETIKA HIDUNG BERDARAH BOLEH MENYEBABKAN DARAH MASUK KE PARU-PARU

Hi semua..

Kali terakhir saya mengalami hidung berdarah pada  1997 kot. Lama giler dah tu.Lepas tu seingat saya tak pernah alami hidung berdarah sampai la sekarang. Masa tu saya pergi Kem Bina Negara. Mungkin cuaca terlalu panas sampai hidung berdarah. Dapat la rilek2 dalam atas katil tak payah join merentas desa. Hhehehe..

Tapi masa tu hidung berdarah saya cuma cuci dengan air., sumbat kapas dah siap..tak de la buat rawatan ke apa..

Hari ni terbaca satu perkongsian dari Dr Mohd Shaiful Nizam iaitu seorang pakaR telinga, hidung dan tekak.Ianya berkaitan masalah hidung tiba-tiba berdarah.



"JANGAN sesekali BARING ketika hidung BERDARAH..!! Ini sangat BERBAHAYA kerana berpotensi menyebabkan darah memasuki paru-paru anda. Ingin tahu langkah AWAL & BETUL semasa hidung BERDARAH???

Pertama :JANGAN PANIK..!! Pastikan anda dalam keadaan duduk dan sedikit tunduk kehadapan. Ini bagi mengelakkan darah mengalir ke belakang hidung dan berpotensi memasuki paru-paru anda.


Kedua : Picit bahagian hadapan hidung yang lembut menggunakan jari ibu dan telunjuk anda sehingga 5 minit. Pada masa ini boleh bernafas melalui mulut untuk seketika.


Ketiga : Ambil ketulan ais yang kecil dan masukkan didalam plastik atau bungkusan kain dan diletakkan pada dahi anda.


Keempat : sebagai tambahan anda boleh juga kemam ketulan ais yang kecil di dalam mulut untuk membantu mengecutkan salur darah.


Kelima : Jika ada darah yang mengalir di dalam mulut, JANGAN TELAN..!! Ludah keluar. Kebiasaanya  pendarah akan berhenti selepas beberapa langkah diatas.


Keenam : Jikalau hidung anda masih berdarah selepas melakukan kesemua langkah-langkah diatas, SEGERA ke KECEMASAN HOSPITAL yang terdekat kerana kemungkinan pendarahan ini berpunca dari perkara yang serius. KONGSI & SEBARKAN AGAR MEMBERI MANFAAT..!! "



Saluran makanan dan pernafasan adalah berbeza namun kedudukan nya yang sebelah menyebelah menyebabkan ada risiko untuk darah masuk ke paru-paru.

Menurut doktor Shaiful lagi cuaca panas dan terik boleh menjadi punca mengapa hidung boleh berdarah.

semoga bermanfaat untuk semua..

sekian..



No comments:

Post a Comment

sila tinggalkan komen anda...:)

Adbox