"NIAT KAMI BUKAN UNTUK MEMBUKA AIB.." - FAZLEY YAAKOB

Ramai yang terkejut dengan pendedahan berani Fazley Yaakob , dan isterinya berkaitan penyalah gunaan kuasa oleh Isteri bekas perdana menteri Malaysia.

Dengan pertukaran kuasa yang berlaku selepas pilihanraya 14 baru-baru ni Fazley dan isterinya Azrene Ahmad mendedahkan apa yang mereka telah lalui sepanjang 13 tahun apabila di tekan dan di aniaya oleh pihak tersebut.

Mereka terpaksa menutup mulut dan hanya menerima setiap penganiyaan yang dilakukan kerana takut .

Pendedahan mengejutkan itu cukup menggempar kan dan menambah  persepsi buruk rakyat  pada bekas pemimpin tersebut .

Namun ada juga beberapa pihak yang menganggap pendedahan dilakukan Fazley dan isterinya sebagai sesuatu yang mengaibkan berikutan isteri bekas Perdana Menteri tersebut adalah ibu kandung kepada isteri Fazley Yaakob.



Dalam satu video yang dikongsi oleh Fazley beliau menjelaskan tindakan nya dan isteri mendedahkan perkara tersebut bukan lah untuk membuka aib tetapi demi menjawab persoalan yang telah diajukan bertubi-tubi  kepada meraka sepanjang 13 tahun perkahwinan nya  dengan Azrene.

Fazley juga mendoakan kesejahteraan semua rakyat Malaysia dengan pentadbiran yang baru dan mengucapkan terima kasih kepada sokongan dan mereka yang telah membaca post yang dikongsikan.

Apa yang dikongsikan oleh Fazley dan Isterinya sebenarnya memberi kita banyak pengajaran terutamanya dalam kita menjalani kehidupan sehari-hari. Usah sesekalimengamalkan ilmu hitam dan menjadi hamba wang ringgit.

Setiap kejahatan yang kita lakukan pasti ada orang yang teraniaya yang mendoakan sesuatu pada kita.Dan ketahui bahawa Allah mendengar doa orang yang dizalimi dan dianiaya.


sekian..

"NIAT KAMI BUKAN UNTUK MEMBUKA AIB.." - FAZLEY YAAKOB "NIAT KAMI BUKAN UNTUK MEMBUKA AIB.." - FAZLEY YAAKOB Reviewed by Diana Rashid on 22:08:00 Rating: 5

1 comment:

  1. mmg seram bla bc pengakuan mrk. sblm ni kite cuma dgr2 gitu shj. mgkn khabar angin o tp ternyata apa yg diberitahu adalah benar

    ReplyDelete

sila tinggalkan komen anda...:)

Powered by Blogger.