INI SEBAB KENAPA BERBUKA PUASA PERLU DIMULAI DENGAN MAKAN KURMA

Hi semua...

INI SEBAB KENAPA BERBUKA PUASA PERLU DIMULAI DENGAN MAKAN KURMA Tak sabar rasanya nak menyambut bulan Ramadhan Al Mubarak. Ada beberapa hari sahaja lagi ni.Mesti dah ada yang memastikan bekalan makanan sepanjang Ramadhan ni lengkap dan salah satunya yang perlu ada ialah Kurma.



 Rasullullah sendiri berbuka dengan makan kurma . kemudian Baginda akan bersolat Maghrib. Kalau tak de kurma cukup dengan air sejuk sahaja.

Tapi kita zaman sekarang kalau berbuka puasa tu kurma semata-mata jadi perhiasan diatas meja sahaja. Mana tak nya , mata ni dah fokus pada air katira, air buah, kuih muih dan sebagainya. Nanti dah kemas meja baru teringat.."..Alaah..lupa nak makan Kurma." Itu biasa sangat jadi pada saya..hahahah

Tahun ni saya dah berazam nak berbuka dengan kurma dan seteguk air sejuk sahaja. Bukan sahaja nak mengikut sunnah nabi tapi demi kesihatan jugak.Setahun perut ni disumbat dengan macam-macam makanan sampai jadi kembang dah ni.hahaha..

INI SEBAB KENAPA BERBUKA PUASA PERLU DIMULAI DENGAN MAKAN KURMA


Kurma ada banyak khasiatnya.Sebab itu lah ianya disarankan untuk kita makan kurma terutamanya selepas seharian berpuasa . Mengikut kajian Kurma sangat kaya dengan glukosa . ianya mampu menggantikan tenaga yang berkurangan.

Ketika berpuasa   tubuh akan memproses zat gula yang tersimpan di dalam sel tubuh di waktu siang. Namun ketika  hampir menjelang maghrib, tubuh akan mengalami penurunan kadar gula dalam darah . Sebab itu lah ketika berbuka puasa penting untuk mengambil makanan manis yang cepat diproses oleh tubuh menjadi zat gula. Makanan manis yang cepat prosesnya tersebut adalah kurma.

Kurma juga sangat bagus untuk pencernaan. Tidak kira kurma kering atau basah  , berbuka dengan kurma akan menyihatkan sistem pencernaan kita. Ianya juga mampu mengelak kan kita dari mengalami pening dan muntah-muntah.

Disebab kan kurma di pasaran negara kita ni adalah kurma yang di import jadi kena la hati-hati dalam memilih Kurma.Kalau tahun2 lepas heboh kisah Kurma yang ada telur lipas, ada semut, ada serangga bersarang , harap-harapnya tahun ni akan buat kita lebih berhati-hati dalam memilih kurma.

Kebanyakan kurma kering memang akan ada masalah macam ni.Lain la kalau kurma yang dah di sira dengan air gula tu.Biasanya kurma tu memang tak de masalah serangga ni.

Kurma-kurma tu ambil masa berbulan-bulan untuk sampai kepada kita dah tentu lah ada yang dalam keadaan tak elok.

Korang dah beli kurma??


sekian..




INI SEBAB KENAPA BERBUKA PUASA PERLU DIMULAI DENGAN MAKAN KURMA INI SEBAB KENAPA BERBUKA PUASA PERLU DIMULAI DENGAN MAKAN KURMA Reviewed by Diana Rashid on 16:28:00 Rating: 5

6 comments:

  1. kurma jugak bagus di buat jus untuk menu bersahur :D

    ReplyDelete
  2. Kurma tu sumber fiber yg sgt bagus...tahun ni puasa nak buat susu kurma utk sahur...berbuka kita mkn kurma mcm biasa je

    ReplyDelete
  3. mmg kurma ni salah satu makanan sunnah nabi..elok untuk pemakanan harian..amalkan sewaktu berbuka dan bersahur..el pun dah siap sedia kurma..nak makan ngan susu blend hihi..salam ramadhan

    ReplyDelete
  4. Btul tu kak.. Kita kalau buka suka makan kurma dlu kemudian minum air suam sikit. Terus solat dulu dan sambung utk makan & minum air sjuk. Sbb kurma boleh kembalikan tenaga kita..

    ReplyDelete
  5. Saya pernah buat Kurma smoothies. Sedap dan kenyang. Memang bagus amalkan berbuka dengan kurma dulu kan. Ikut sunnah Nabi tuh bagus

    ReplyDelete
  6. Memang bgus kurma ni..pastikan bekalan cukup utk sahur hehe..

    ReplyDelete

sila tinggalkan komen anda...:)

Powered by Blogger.