SPORT HIJAB BY NURD : TUDUNG SUKAN YANG SELESA DAN TAK PAYAH PIN KHAS UNTUK WANITA AKTIF




SPORT HIJAB BY NURD : TUDUNG SUKAN YANG SELESA DAN TAK PAYAH PIN KHAS UNTUK WANITA AKTIF Kalau kita jenis wanita yang suka bersukan dan buat aktiviti lasak penting untuk kita memilih tudung yang selesa dan tak mengganggu pergerakan kita.Dengan cuaca panas di negara kita ni macam-macam alasan kita akan guna untuk tidak bersukan .Betul tak?

Disebabkan sekarang kebanyakan wanita memang suka kan aktiviti lasak dan juga suka bersukan nurdofficial mengeluarkan Sport Hijjab yang sangat sesuai untuk dipakai tak kira dimana juga.

Memang tak selesa bila kita pakai tudung biasa je untuk bersukan. Bila angin bertiup je habis terselak tudung. Mengelibas--libas muka kita ni bila berlari. Mana ke nak lari, nak pegang tudung pulak. Memang tak selesa la.

Tapi dengan tudung Nurd tak de lagi masalah nak kena pegang tudung sambil berlari. Tak de lagi masalah  pin tudung tercabut masa buat aktiviti lasak.Tak kan ada lagi masalah tudung senget dan perlu dibentuk.

Tudung Nurd


Kenapa setiap wanita perlu ada tudung NURD


Sama ada yang suka berbasikal, beryoga, jogging, berfutsal . mendaki atau pun berenang , Tudung Nurd memberikan satu kepuasan dan keselesaan kepada pemakai. Bukan itu sahaja malah ada banyak lagi kelebihan  Tudung Nurd yang menjadikan ianya adalah tudung yang perlu ada pada setiap wanita.

1- Ready to wear
Mudah di pakai dan tak payah nak di bentuk. Hanya sarung kan saja dah siap.Tak ambil masa yang lama pun. Tudung Nurd ni juga tak payah di gosok.

2- Pin-less & Knot-less
Kebanyakan tudung biasa yang kita guna mesti kita nak kena ada pin baru dia ketat dan selesa..kan??Tapi Tudung Nurd ni tak payah pin. Sarung kan saja dia dia memang melekap kuat dan tak mudah tanggal. Boleh juga dijadikan inner kalau korang nak gayakan dengan tudung lain.

3- Light Weight
Fabrik tudung Nurd ni nampak berat tapi sebenarnya dia ringan saja. Bila dipakai dia tak terselak dan tak mudah senget. Dia memang stabil bila kita bergerak aktif.

4- Reflective Gear
Bagi yang bersukan di waktu malam, contohnya yang berbasikal atau berjogging , tudung Nurd mempunyai ciri-ciri keselamatan . Kalau terkena cahaya lampu kenderaan lain ada pantulan cahaya pada tudung Nurd ni..

5- Well-Designed
Design nya membuatkan pergerakan kita tidak terbatas,  lebih mudah bergerak dan sangat selesa. 

6- Quick Drying
Fabriknya menyerap air dan peluh. tapi disebabkan ianya ringan dia juga cepat kering. 

Tudung sukan Nurd



Tudung Nurd ni tak labuh sampai pinggang tapi ianya memang menutup dada. Dia di reka memang untuk mereka yang buat aktiviti lasak.Nama pun sport hijab..kan?

Tengok anak saya pakai ni..Tinggi Maisara 150cm. Dia memang tinggi tau walaupun umur baru 11 tahun. Sikit lagi nak sama tinggi dengan ibu dia ni..Hahhaha..

Bila dia pakai tudung Nurd memang menutup dada . Kiranya tak terlalu labuh dan tak terlalu singkat.




Dapat tudung yang memang selesa nak bergerak ni , memang asyik nak pakai tudung Nurd je la... Sampaikan nak balik dari bercuti hari tu pun dia paaki jugak tudung Nurd ni. Katanya cuaca panas dan dia nak pakai tudung yang tak buat dia banyak berpeluh.

Sedangkan tudung Nurd ni dia dah pakai masa mandi pantai tapi sebab tudung Nurd ni cepat kering, dia dah boleh pakai masa nak balik jugak.Bukan nya jemur tempat panas pun.Jemur dalam bilik hotel je.


.Tudung sejuk dan selesa



Tengok dia pakai ni, tak payah pin pun..kan??selalunya kalau dia pakai tudung apa pun mesti nak ada pin. Bayangkan bila berpeluh-peluh tu, pin di leher kan buat dia rasa gatal-gatal dan tak selesa.Lepas tu bila masuk dalam kereta dia tanggalkan je tudung tu.

Dengan tudung Nurd, dalam feri pun dia tak merungut, lepas tu dalam kereta pun dia tak tanggalkan tudung.


Saya pun tak paham kenapa banyak sangat design tudung yang bahagian muka nya tu besar..Susah untuk orang yang muka comel2 macam kebanyakan wanita malaysia ni nak pakai..Terpaksa guna pin.

Dengan tudung Nurd tak payah lagi guna pin.



Korang yang berminat nak dapatkan tudung ni untuk kegunaan sendiri, atau untuk hadiah kan pada rakan futsal, rakan travel atau pun untuk sesiapa je boleh la ke Sport Hijab By Nurd 

Laman web : Nurdofficial.com   





Dengar-dengar nya dah ada kaler yang out of stock. Memang laris la tudung Nurd ni... 

sekian..
SPORT HIJAB BY NURD : TUDUNG SUKAN YANG SELESA DAN TAK PAYAH PIN KHAS UNTUK WANITA AKTIF SPORT HIJAB BY NURD : TUDUNG SUKAN YANG SELESA DAN TAK PAYAH PIN KHAS UNTUK WANITA AKTIF Reviewed by Diana Rashid on 11:02:00 Rating: 5

7 comments:

  1. memang nampak selesa dan senang pula untuk dipakai. bestnya

    ReplyDelete
  2. Mudah pakai gini untuk bersukan atau aktiviti riadah...

    ReplyDelete
  3. bkn utk bersukan je sesuai utk jln2 pun sesuai nih, nampak selesa...
    kite kadang nk yg senang, jenis yg sarung je... mls nk berpin2 bagai

    ReplyDelete
  4. Kalau tudung sarung je ni, bukan untuk bersukan je, nak pergi pasar pun sesuai pakai. Hehe

    ReplyDelete
  5. tudung sarung nih bukan setakat pakai pergi jogging je pakai time nak bersantai keluar rumah pun bolehkan janji selesa dan serap peluh

    ReplyDelete
  6. Rasa mcm nak kena beli je ni.. Zaza kdg kala suka jgk mndi kolam.. So xada tudung yg ssuai.. Tgk ciri2 tudung ni.. Mmg kena grab la nanti hehe

    ReplyDelete

sila tinggalkan komen anda...:)

Powered by Blogger.