INI SEBAB KENAPA KITA KENA ELAK KAN BERKAWAN DENGAN KAKI BOMOH

Assalamualaikum..




INI SEBAB KENAPA KITA KENA ELAK KAN BERKAWAN DENGAN KAKI BOMOH Saya takut betul kalau dapat kawan yang jenis kaki bomoh. Gatal-gatal badan , jumpa bomoh. Sakit gigi jumpa bomoh, sakit belakang jumpa bomoh ..sampai kan kelemumur penuh atas kepala pun nak jumpa bomoh.

Bagi dia jumpa bomoh adalah benda pertama yang dia akan buat kalau dia ada masalah.. Rasa hati tak sedap ja, jumpa bomoh. Duit makin lama makin susah nak lekat dalam beg duit, jumpa bomoh. Bisnes tak untung-untung jumpa bomoh.

Saya ada pengalaman kenal dengan orang yang ada  rasa percaya dengan bomoh ni.Kisah nya kawan saya ni duduk tak jauh dari rumah saya, Satu hari tu badan dia jadi gatal-gatal. Makin lama rasa gatal-gatal tu makin teruk.

Jadi kawan saya ni pun balik ke kampung dia. Dengan nasihat saudara mara,  dia pun di bawa jumpa sorang bomoh . Nak tahu apa yang bomoh tu kata?

".. kamu ni dah terkena .. ada orang dengki kat kamu.. Ada perempuan tua lalu depan rumah  senyum kat kamu tapi mu tak balas. Jadi perempuan tu dah terasa hati dan dia kena kan kamu..sebab tu kamu dapat gatal-gatal ni.."

Jadi kawan saya ni pun terus percaya.. dia dok fikir siapa lah perempuan yang lalu depan rumah dia dan senyum pada dia tapi dia tak balas . jenuh la dia dok berfikir.

2, 3 kali juga la berubat pada bomoh tu.Tapi tak hilang-hilang gatalnya.Dah tentu lah setiap kali pergi berubat fulus pun melayang-layang tapi gatal-gatal kat badan tak hilang-hilang.

Tak tahu la apa yang buat tiba-tiba dia berfikiran waras, dia rasa nak pergi ke klinik. Suami dia pun bawak la ke klinik. Doktor tu bagi dia satu suntikan je.. Balik rumah gatal-gatal tu terus berkurangan dan makin hilang dalam masa tak sampai sehari.

Kemudian dia pun dah sembuh dan balik semula ke tempat saya ni. So dia tanya saya

" Kak Diana pernah tak nampak ada perempuan tua lalu kat kawsan rumah saya ni.Sebab orang tua yang berubat saya hari tu kata , saya terkena gatal-gatal badaan ni sebab perempuan tua tu kecik hati saya tak senyum pada dia.."

Astagfirullahallazim.. tak pasal-pasal dah jadi fitnah. bayang kan lah kalau betul kawasan rumah saya ni ada makcik tua yang selalu guna jalan yang sama ni untuk kemana-mana dan kawan saya terus rasa orang tua tu punya angkara, kan dah jadi fitnah.Betul tak?

Bayang kan pulak ciri-ciri yang bomoh tu sebutkan kebetulan sama dengan salah sorang  makcik-makcik di kawasan rumah saya ni.Kan boleh menyebabkan pergaduhan dan salah faham..

Sebab tu lah saya takut betul kalau dapat kawan yang kaki bomoh.Risau kalau jadi apa-apa pada dia, kemudian dia jumpa bomoh dan bomoh tu kata

" ni kerja jiran kamu.."

" ni semua kawan kamu yang hantar..dia hantar dalam bentuk makanan.." ye la dah saya ni suka hantar makanan kat jiran2..kan??


Tak ke bahaya untuk kita...


sekian..

INI SEBAB KENAPA KITA KENA ELAK KAN BERKAWAN DENGAN KAKI BOMOH INI SEBAB KENAPA KITA KENA ELAK KAN BERKAWAN DENGAN KAKI BOMOH Reviewed by Diana Rashid on 00:28:00 Rating: 5

9 comments:

  1. betul lah dik, mmg takut klu kene ngn org yg kuat percaya bomoh ni... semua nk dikaitkan ngn bomnooh... akak ada pengalaman jgk kwn opis yg percaya kt bomoh.... sampai hampir bergaduh ngn kwn baiknya dek percayakan kata ada kwn opis yg dengkikan dia..... sedangkan takde pun semua tu...

    cuma nasibla org yg di tuduh tu bt tak tau je, jns yg rilex je... cuma kalau kene jenis yg kaki bomoh jgk... naya je

    ReplyDelete
  2. Sha ada jugak member yang taksub dengan bomoh ni..demam sikit bomoh..kaki kebas sikit bomoh..kita yang takut..kalau jumpa bomoh memang dia akan cakap dah terkena something2..macam2..nak nasihat pon susah silap2 nanti dia ingat kita yang kenakan dia..

    ReplyDelete
  3. Tu la..sikit2 bomoh, seram juga kan.diaorang yang guna bomoh ni takde rasa serba salah ke..haishh..

    ReplyDelete
  4. Kan kak..tak pasal2 orang yang tak tahu apa2 kena tuduh..padahal gatal2 maybe sebab serangga ke apa..kdg2 tkut gak kalau2 diri kita yg dia fitnah.. Moga dijauhkan dr orang2 sebegitu

    ReplyDelete
  5. Memang ada lagi orang yang macam tu.. terlalu taksub. Risaunya jadi fitnah! Orang tak buat, tapi seperti dia pulak yang lakukan... minta jauhla...

    ReplyDelete
  6. realiti..mmg ada lg yg percaya kan bomoh ni kan... Org melayu ni skit2 bomoh .sikit2 santau. Kadang2 xphmlah kenapa.. Kita sndri penah alami.. Mse tu mmg sakit sgt... Mjur smpt berubat..

    ReplyDelete
  7. bahaya bomoh ni tak boleh cepat percaya. kalau rasa tak selesa boleh jumpa doktor tak menjadi juga jumpa ustaz baru betul

    ReplyDelete
  8. memang zaman skrg ni ,ada org mcm ni. bukan takleh prcaya lgsung benda gitu kan, tp jangan la trllu taksub. lbh baik jmpe doktor , bila x ok jgk baru jmpa ustaz.

    ReplyDelete
  9. Tak perasan pulak ada ke berkawan dengan kawan kaki bomoh ni
    😅😅
    Tp mmng blh jtuh fitnah klau tertuduh secara tak sengaja kn.

    ReplyDelete

sila tinggalkan komen anda...:)

Powered by Blogger.