Breaking

Sunday, 15 April 2018

APA PERLU BUAT BILA PINDAH MASUK KE RUMAH BARU


apa perlu buat bila pindah masuk rumah baru



Bila pindah masuk kerumah baru memang banyak perkara yang perlu kita lakukan. Bukan setakat fikir nak hias rumah macam mana, nak langsir kaler apa, cat dinding warna apa , tapi ada beberapa perkara yang lebih penting dari tu yang patut kita lakukan.

Perkara pertama yang perlu kita buat ialah "membersihkan" rumah tersebut. Membersihkan yang saya maksud kan disini ialah menghalau makhluk-makhluk halus yang mungkin berada di dalam rumah baru kita tu.

Biasalah rumah yang dah lama dibiarkan kosong ni , macam-macam benda yang menghuninya. Makhluk-makhluk halus ni bukan nya kena bayar sewa pun jadi keberadaan mereka di dalam rumah tersebut tak boleh di nafikan.

Begitu juga kalau rumah tu pernah diduduki oleh penghuni lama. Kita tak tahu gaya hidup penghuni lama tu macam mana,.Islam kah mereka, solat kah mereka, betul tak?Entah-entah ajaran sesat ke...

betul tak??

Jadi saya nak kongsikan apa perkara pernting perlu buat bila pindah masuk ke rumah baru  .

1- Azan -  Laungkan azan apabila masuk menghuni kerumah atau bangunan baru atau yang sudah lama di tinggalkan.

Dalam sebuah hadis, Rasulullah s.a.w. pernah memberitahu bahawa sekiranya sesebuah bangunan (premis/rumah) itu terlalu lama dikosongkan (tanpa penghuni) ia akan dimasuki sejenis makhluk halus (jin yg dikenali sebagai Al‐‘Ammar) yang suka tinggal di rumah yang tidak berpenghuni.

2- Membaca surah al-baqarah - Ini perkara yang selalu diabaikan sebab biasanya kita hanya akan baca yassin saja. Sedangkan surah Al-baqarah ada banyak kelebihan nya..

Sebuah hadis yang diriwayatkan oleh Abu Hurairah r.a., Rasululuuah s.a.w. bersabda yang bermaksud; “Janganlah kamu jadikan rumahmu seperti kubur (hanya untuk tidur), sesungguhnya syaitan akan lari dari rumah yang dibacakan Surah Al‐Baqarah.”

3- Banyak kan solat dan membaca al-quran - Ini pun perkara yang kerap kita abaikan.Bila dah habis buat majlis bacaan yassin dan doa selamat , terus kita fikir rumah kita dah ok.. Alquran pun jadi perhiasan je .

Rasullullah menggalak kan kita membaca al-quran dan mendirikan solat sunat di dalam rumah atau bangunan  yang baru diduduki . Baginda bersabda yang bermaksud: “Sinarilah rumahmu dengan memperbanyakkan solat dan membaca Al‐Quran.” (hadis riwayat Al‐Baihaqi)

4- Bacaan surah Yassin, alfatihah dan al-ikhlas. - Amalkan membaca surah Yassin setiap malam terutamanya 7 malam pertama kita  mendiami  rumah atau bangunan. Yang ni elok la dilakukan oleh semua ahli keluarga. paling bagus dilakukan dalam setiap bilik yang kita dan ahli keluarga diami.

Baca juga surah Al‐Fatihah sebanyak satu kali, surah Al‐Ikhlas 3 kali, selawat ke atas nabi sebanyak 7 kali, ayat Kursi sekali, tetapi di ayat terakhir bacalah sebanyak 7 kali.

5- Pagar  rumah atau bangunan - Pagar yang dimaksudkan ialah bukan buat pagar konkrit atau pagar besi tapi memagar rumah kita dengan bacan surah tertentu dari dimasuki oleh makhluk halus .

Jangan sesekali memagari rumah kita dengan meletak kan atau menanam sesuatu di penjuru rumah atau kawasan tertentu dengan mempercayai benda tersebut akan mengawasi rumah kita.Itu adalah perbuatan syirik dan berdosa besar.

Ada cara yang betul untuk memagar rumah kita. Cara untuk pagar rumah ialah dengan merenjis air yassin di sekeliling rumah . (Boleh dilakukan di dalam rumah.) .

Kemudian bacakan surah Al‐Fatihah, ayat Kursi, Surah 3 Kul (Al‐Ikhlas, Al‐Falaq dan Al‐Nas) ke dalam sebejkas air. . Kemudian tiup ke dalam air tersebut perlahan‐lahan hingga habis nafas.

Kemudian jirus dan  renjiskan air tersebut ke setiap penjuru rumah dengan mulai dari  penjuru yang terletak di sebelah kanan dan penjuru seterusnya, mengikut arah berlawanan  jam.


Semoga bermanfaat untuk semua..

13 comments:

  1. selalunya kalau masuk rumah baru mak akan bakar cili kering dengan kulit bawang untuk halau yang bersarang

    ReplyDelete
  2. mmg banyak perlu di buat, tq utk share dik.... kene simpan nih nnti nk pindah umah baru dh tau apa perlu buat

    ReplyDelete
  3. betul.. sbb rumah kosong ni ada penghuninya.. msuk pon jgn main terjah.. heheh

    ReplyDelete
  4. Ya memang perlu buat sblm nak masuk rumah2 baru terutama kalau sblm ni rumah tu mmg tak ada penghuni

    ReplyDelete
  5. Bagus tip ni memang kena azan rasa diri di lindungi Allah tu lebih dan yakin kadang kita tak tau Ada benda ke tak dlm rumah tu

    ReplyDelete
  6. hari tu masa akak cR pindah rumah baru dia pun ada wat step ni. nice sharing.

    ReplyDelete
  7. betul tips yang kak diana bagi ni...

    ReplyDelete
  8. Aritu pindah rumah pun buat mcm ni jugak..mmg kena buat utk mengelakan kecelakaan yg tidak diingini berlaku

    ReplyDelete
  9. Yg part membersihkan rumah dari makhluk2 lain tu memang perlu sangat. Baru la tenang sket nak hidup kat situ. Lg2 yg ada anak kecik

    ReplyDelete
  10. Betul tu..jangan fikir nak deko rumah je..kena bersihkan dengan ayat-ayat suci al quran..baru tenang

    ReplyDelete
  11. saya dulu cuci je dgn air dan sabun,...sbb sebelum tu penyewa melayu yg duduk

    ReplyDelete
  12. Betul saya setuju. Kne bersihkan rumah sebelum masuk.saya ada pengalaman seram masa baru pindah rumah yang suami beli nih...bila ingat semula tekak bulu roma dibuatnya

    ReplyDelete
  13. Azan 3 penjuru. Selalu dgr macam tu. Masa pindah masuk kauters haritu pun suami azan. Lagi² umah yng kita duduk ni dulu non muslim yng duduk.

    ReplyDelete

sila tinggalkan komen anda...:)

Adbox