Breaking

Tuesday, 17 April 2018

ADAM CORRIE TAK JEMU JAWAB ISU TATU DI BADAN





ADAM CORRIE TAK JEMU JAWAB ISU TATU DI BADAN Isu tatu Adam Corrie bukan lah isu baru.

Sejak dia memeluk islam pada tahun 2007 tatunya sering menjadi perhatian walaupun dia sudah berulangkali menjawab pertanyaan berkaitan isu tatu di badan nya.

Adam Corrie dalam satu tweet nya dia menjelaskan tidak pernah jemu menjawab persoalan berkaitan tatu milik nya.



Ramai yang menyarankan agar dia membuang tatu di badan nya dengan alasan bersuci dan solatnya  tidak sah dan sebagainya.

"Kami mualaf tak wajib buang tattoo. Nak buang boleh ..tak nak buang pon boleh jika ia memudaratkan. 

Macam saya tattoo penuh satu badan. Ia memudaratkan saya. Tutup tattoo tersebut, untuk elak fitnah. Islam itu Mudah. Jangan tanya kat bahagian mana tattoo saya &minta tunjuk 😀 itu aib saya .."

 Balas nya dalam satu komen dari pegikut di instagram..

Mufti Wilayah Persekutanan Dr Zulkifli Mohammad Al-Bakri pernah menulis perkara berkaitan tatu di facebook nya .-  " Jika ia tidak dapat menghilangkan tatu itu dengan kaedah perubatan atau pembedahan walaupun menurut doktor ia mendatangkan mudarat seperti hilang anggota badan atau fungsinya atau keadaan anggota zahirnya menjadi buruk tetapi ia tidak takut akan mudarat tersebut, maka wajib ia menghilangkan tatu itu.

Walaubagaimanapun, jika ia takut akan mudarat tersebut, maka tidaklah diwajibkan ke atasnya menghilangkan tatu itu dan ia tidak dikira berdosa setelah bertaubat" 



Dari laman web  solatjemaahjumaaat  - Allah mengampun segala dosa dan kesalahan yang dilakukan oleh seseorang sebelum Islamnya, yang demikian dapat dilihat dalam hadis Rasulullah yang bermaksud: ...Sesungguhnya Islam menghapuskan kesalahan dan dosa seseorang itu sebelum Islam….(riwayat Muslim, no:121, jld:1, hlm:112)

Hadis ini memberi petunjuk sesungguhnya kesalahan yang dilakukan oleh seseorang itu sebelum menerima hidayah adalah dihapuskan serta merta dengan terlafaznya syahadah (pengakuan masuk Islam).

sekiranya proses membuang tatu boleh memudaratkan nyawa atau boleh mengundang masalah lain pada kesihatan, tidak perlu dibuang biarpun tatu itu berbentuk makhluk.

Namun, jangan pula didedahkan atau ditayangkan tatu itu kepada orang lain

semga bermanfaat untuk semua..

sekian,.







1 comment:

sila tinggalkan komen anda...:)

Adbox