Breaking

Tuesday, 13 March 2018

SHERRY IBRAHIM TAK PUAS HATI DENGAN WEDDING PLANNER MAJLIS PERSANDINGAN FATTAH AMIN DAN FAZURA


Dalam 2,3 hari ni kalau buka instagram memang penuh dengan video-video majlis persandingan Fattah Amin dan Norfazura. 

Rata-rata yang hadir ke majlis tersebut memuji majlis yang penuh gemilang dan meriah.Sekaligus menaik kan nama Wedding Planner majlis tersebut iaitu Rekateemor.

Tapi dalam pada orang dok memuji-muji tu, pelakon Sherry Ibrahim tak puas hati dan kecewa dengan sikap pihak Rekateemor . Malah pengikut-pengikut instagram Sherry juga tak berpuas hati dengan Rekateemor.

Apa agaknya yang membuat kan Sherry dan pengikutnya tak puas hati ni??







Sherry mendedahkan satu komen dari pihak Rekateemor di dalam salah satu videonya di instagram. Pihak Rekateemor telah meninggalkan komen yang didakwa Sherry sebagai cyber bully.

Dalam komen tersebut , pihak Rekateemor menulis.. "Hi @sherryibrahim, dah tengok wedding fattzura? Kami ada post wedding fattzura di IG kami. Jom tengok "

Komen tersebut membuatkan Sherry dan pengikut nya mempertikaikan tindakan pihak Rekateemor menulis komen tersebut di instagram nya memandangkan Sherry pernah menjalinkan hubungan cinta dengan Fattah Amin beberapa tahun lalu namun putus di tengah jalan.

Sherry juga menggesa pihak Rekateemor memberi penjelasan berhubung perkara tersebut.











Selepas beberapa komen mempertikaikan komen tersebut, pihak Rekateemor telah memadan komen di video Sherry Ibrahim.

Mungkin Rekateemor tak tahu tentang hubungan lama Sherry dan Fattah dan diharapkan komen tersebut hanya salah faham dan tidak mempunyai niat buruk untuk menyindir Sherry.

sekian..



5 comments:

sila tinggalkan komen anda...:)

Adbox