Breaking

Wednesday, 14 March 2018

RUGINYA WANITA DI KOREA , SUAMI MEREKA TIDAK DIBENARKAN BERKAHWIN LEBIH DARI 1

Sejak dari muda2 dulu memang suka tengok drama korea.Orang kata tak dak faedah tengok drama korea ni.

Tapi sebenar banyak juga pengetahuan tentang masyarakat korea ni yang saya tau.Tapi tak payah la citer semua , panjang satgi bukan ada sapa nak baca pun.

Salah satu benda yang saya tau , kat Korea tak boleh kawan lebih dari 1.Kalau nak kawen lagi satu kena ceraikan isteri pertama.

Susah betul undang2 macam tu..

eh!!mesti ramai perempuan kata..

" Apa yang susahnya...bagus la macam tu..padan muka lelaki tak boleh kawen lebih dari 1..Patut nya kat Malaysia pun buat macam tu."

Siapa kata bagus..??




Tau tak kat korea , kes curang tu dah biasa sangat tau.. Kesian isteri kena tipu hidup dengan suami .Lagi malang bila tanggungjawab pada keluarga pun suami tak mampu buat bila asyik berpoya-poya diluar.

Bila curang, lahirlah anak tak sah taraf, nasib wanita simpanan tak terbela, anak pun terbiar..

Lepas tu perempuan simpanan mengandung, si lelaki tak nak bertanggungjawab, perempuan bawak diri, lahirkan anak sendiri.Besarkan sendiri.

Ada akta untuk lelaki sebegini??tak ada.. 

siapa yang rugi..??Dah tentu kaum wanita..Isteri rugi, wanita simpanan pun rugi.





Tapi indahnya islam ni bila islam membenarkan lelaki kawen lebih dari satu. Tujuan nya untuk elak kan benda2 macam kecurangan, anak terabai, nasib wanita tak terbela.

"eleh..ada je lelaki islam yang curang, lepas tu ada anak luar nikah, abaikan isteri.."

Ye betul..Memang ada sebab mereka tidak mengamalkan cara hidup islam.Cer kalau amalkan cara hidup islam mesti jadi mudah.

Dah ada isteri, tapi jatuh cinta lagi, jalan terbaik ialah kahwin je la..Daripada suami kita buat benda tak elok di luar.. Lagipun dalam islam ada undang2 untuk membela nasib wanita dan isteri.Nak risau apa..kan??

Suami kawen lain, tapi dia wajib menafkahi kedua-dua keluarga nya..Islam tak suruh bila lelaki kahwin lain , kena ceraikan isteri pertama. Itu zalim namanya.

Apa nak buat kalau suami abaikan juga dan tak mahu ikut undang2 islam yang dah ditetapkan??

Kita boleh ambik tindakan dengan mengadu kepada pihak berwajib.Nak lebih bagi pengajaran kat suami yang culas ni , buat je report polis .

Ini mungkin untuk kes2 suami yang menzalimi dan mengeluarkan kata-kata kesat, mengugut dan perkara2 yang melibatkan keselamatan anak dan isteri tu sendiri.

Undang2 islam ni sebenarnya untuk memudahkan kita tapi sikap kita sendiri yang buat ianya jadi susah..betul tak??

sekian.

3 comments:

  1. owh sama macam cina lah tak boleh kahwin lebih satu

    ReplyDelete
  2. rasanya banyak negara2 lain pun mmg lelaki tak di bolehkan kawin lbh dr 1 kecuali yg mengamalkan agama islam heheheh...

    tp tulah kalau dh tak blh kawin 2 ke 3 jd lah simpanan, pastu yg simpanan tu selalu time nk seronok2 je bila dh tak best kene tinggal lah... yg jd isteri jgk lah selamat

    ReplyDelete
  3. dulu2 before kawen layan drama sj..
    bila dah kawen, rupa2nya tengok variety show korea lagi seronok, #terpengaruh dgn keluarga mertua..
    show2 macam ni lagi nampak realiti hidup orang korea dan budaya mereka..

    #nakpasangcuckoowasap0193330382

    ReplyDelete

sila tinggalkan komen anda...:)

Adbox