PUNCA KENAPA HAID LAMBAT YANG PALING KERAP DIALAMI OLEH WANITA

Hi semua..




Haid lambat memang merisaukan setiap wanita. Tanda-tanda tubuh badan mengalami kelainan, salah satunya ialah haid datang lewat. Itu lah yang menyebabkan wanita akan merasa cemas jika kitaran haid mengalami perubahan .

Ada beberapa punca mengapa haid lambat. Mungkin setiap dari kita tidak menyedari perubahan pada tubuh badan sehingga lah haid tidak datang. Setelah diteliti baru lah kita akan dapat mengesan apa punca nya haid lewat.


Kitaran haid kita  mungkin tidak teratur dari bulan ke bulan. Ini bermakna bahawa bulan lepas kitaran kita  mungkin telah 24 hari, dan bulan ini boleh menjadi 32 hari. Perubahan kitaran haid boleh berubah bergantung kepada gaya hidup kita

Tekanan juga boleh menyebabkan haid lambat dari biasa.Apabila kita stress badan kita akan mengeluarkan hormon stress yang boleh mengganggu ovulasi. kerana itu pentingnya kita mengawal stress dalam kehidupan kita supaya ianya tidak berlarutan.

Jangan terlalu memikirkan masalah dan lakukan lah perkara2 yang kita mampu.Jangan memaksa diri untuk perkara yang kita tak mampu hadapinya.

Tahniah..Anda mungkin hamil. :) , Lakukan ujian kehamilan untuk memastikan perkara tersebut.Kita boleh melakukan ujian seminggu selepas tarikh haid kita sepatutnya muncul.

Berdiet juga boleh jadi sebab mengapa haid lambat.Malah melakukan senaman lebih dari biasa juga akan membuat kan haid lambat. kedua-dua perkara ini menyebabkan badan kita bekerja kuat . tapi kebiasaan nya proses ini akan berjalan seperti biasa jika kita mengekal kan nya.

So tak perlu risau..teruskan menjaga pemakanan dan bersenam..

Pengambilan ubat baru atau kita mengambil supplement baru juga boleh menjadi punca haid lewat.. Mengambil preskripsi tertentu atau menukar ubatan  juga  boleh menjejaskan kitaran kita, jadi berbincanglah dengan doktor  jika haid terlalu lewat dari sepatutnya.

semoga bermanfaat untuk semua..


sekian..
PUNCA KENAPA HAID LAMBAT YANG PALING KERAP DIALAMI OLEH WANITA PUNCA KENAPA HAID LAMBAT YANG PALING KERAP DIALAMI OLEH WANITA Reviewed by Diana Rashid on 20:45:00 Rating: 5

8 comments:

  1. teringat dulu masa akak sakit n msk ward, dlm 3 bln jgk tak dtg period... risau jgk cek2 mmg tak peknn tp mungkin sbb stres n amik ubat.... nsblah lps tu period jgk.... mungkin masa tu hormon dlm bdn dh stabil semula...

    ReplyDelete
  2. krine plg skang ni kalau period mai lewat sgt...hahahahaha..dh tau dah pasai apa😑

    ReplyDelete
  3. tq atas perkongsian kak diana

    ReplyDelete
  4. buat masa ni alhamdulillah tak ada kelewatan bila dtg bulan..kakak zaza pnh la tak dtg..gi cek hormon je. tak lama tu period dtg mcm bbiasa

    ReplyDelete
  5. Betul tu kdg2 tekanan boleh nyebabkan haid mai lewat takpun cepat..alhamdulilah el pya normal

    ReplyDelete
  6. Akak kalau period lambat confirm pi farmasi beli pregnancy test. Takut termengandung... Hihi

    ReplyDelete
  7. Sally pernah 2 bulan x datang...risau jugak laa...tp lepas tuu bulan ketiga dtg mcm biasa..huhu

    ReplyDelete
  8. Orang yang baru kahwin and dah lama kahwin tapi belum ada rezeki, memang akan nervous setiap kali period datang lmbt. Iday sekarang 4 tahun kahwin, mesti nervous bila nak dekat tarikh dijangka period. Hehe

    ReplyDelete

sila tinggalkan komen anda...:)

Powered by Blogger.