Breaking

Sunday, 14 January 2018

WINTER SONATA DI MALAYSIA

Assalamualaikum..

musim sejuk malaysia


WINTER SONATA DI MALAYSIA Alhamdulillah..Syukur .. Sekarang Malaysia mengalami musim sejuk. Feeling kejap la kita ni  ala-ala dok korea kan..Pakai baju tebal, duduk minum teh tarik panas tengok langit . Winter Sonata la pulak..kan??Tinggal tak de salji je lagi nih...hahahah..jangn lupa dengar lagu Korea sekali..

 Bukan senang Malaysia ni nak sejuk tau..hahah..Selalunya panas dan berbahang.. Jadi kita abadikan lah kenangan ni dalam blog kita..Boleh??

Ada ke orang Malaysia yang tak suka musim sejuk..Ada kot .Tapi susah nak jumpa.Hahahah..Kalau keluarga saya memang kami selesa sejuk-sejuk macam ni.

Kurang rasa letih dan tidur pun nyenyak.Jimat juga bil elektrik. Kalau rumah korang guna aircond atau kipas angin mesti selama ni kipas tu 24 jam ..kan??Nak tidur malam kena buka air cond.

Tapi bila musim sejuk, tak payah lagi buka aircond dan kipas angin sampai 24 jam.Jimat bil elektrik..Mandi pun sehari sekali.hahaha..Jimat kan??

Masa ni nak jalan2 pun senang dan selesa.Kalau musim panas , habis berpeluh sampai hilang makeup.aahahha.. Tapi yang best nya bila musim panas , kita workout pun cepat berpeluh.Musim sejuk ni dah 15 minit melompat pun tak jugak berpeluh-peluh.Hahaha...

musim sejuk malaysia


Budak-budak2 sekolah pun tak letih sangat bila balik sekolah.macam Maisara, anak saya ni dia ni kalau cuaca panas mula la malas pergi KAFA lepas balik sekolah kebangsaan. Cuaca panas buat badan nya cepat letih.. Lepas tu senang demam.

Baru-baru ni dia tak sihat, batuk. Tapi tak sampai 2 hari dah sihat..Saya rasa pengaruh cuaca jugak tu.Sebab sebelum ni kalau batuk ambik masa dekat 2 minggu nak sembuh .Ditambah dengan demam  dah semestinya.Musim panas kalau dia batuk , tak lengkap kalau dia tak demam .

Cuaca sejuk macam ni, tak susah sangat kita nak berpuasa..kan?tak la haus sampai hilang air dalam badan. esok boleh la buat puasa sunat atau siapa2 yang belum ganti puasa tu, rebut la peluang ni.

Apa pun, Musim panas ke, musim sejuk ke masing2 ada kelebihan nya... Syukur ..Alhamdulillah kita boleh merasai dan melihat kekuasaan Allah s.wt. .


Sekian..

5 comments:

  1. Memang tengah sejuk. Rasa macam nak tidurr je sepanjang masaa. Hahaa

    ReplyDelete
  2. haah ek, besok boleh buat puasa ganti...ada hutang tak berbayar lagi :D

    ReplyDelete
  3. saya pulak kalau sejuk-sejuk terasa hidung gatal. sebab resdung kot

    ReplyDelete
  4. lps beberapa bulan lps kita ngadu kepanasan ni dh mula kesejukan pulak....

    nikmati lah cuaca mcmni bkn selalu ada kan....

    ReplyDelete
  5. Terima Kasih Atas Infonya,dan saya sangat senang jika anda berkunjung di blog saya
    - Obat maximoz

    - obat pembesar penis

    - Obat pembesar alat vital

    - Titan Gel Asli,

    - Obat Titan Gel

    - Jual Titan Gel

    ReplyDelete

sila tinggalkan komen anda...:)

Adbox