Advertisement

ads

UMUR BERAPAKAH ANAK ANDA KENAL ABC- Z ?

Assalamualaikum..



" Dah boleh baca ABC ke belum??"

Dulu ketika anak saya berusia 4,5 tahun , saya tak suka bila ada orang yang jumpa anak saya dan tanya dah boleh baca ABC ke belum?Bayang kan , bertemu di tepi jalan sibuk nak suruh anak saya baca ABC.

Anak saya pulak bukan suka berbual dengan orang yang dia tak kenal.Jadi anak saya akan diam dan tak tumpu pun pada soalan orang tu.. Kemudian tak pasal2 di cop nya anak kita tak reti apa..

"..OOo..tak pandai baca lagi ya..Mana boleh macam tu..kena pandai baca tau.."

Erm..kita senyum je la..Kita pun paham anak kita mesti fikir "ajer giler ke apa nak baca ABC kat sini..Dia bukan cikgu aku pun.."

hahahah

Mungkin soalan tu bukan apa-apa bagi setengah orang.Tapi bagi mereka yang ada anak , sentiasa mengharapkan anak -anak mampu mengenal huruf dan membaca di awal usia..

Hari ni boleh dikatakan ramai anak-anak kita yang sudah pandai menyanyikan lagu ABC. Ibu bapa sekarang sangat bijak mengatur perancangan untuk anak-anak kalau bab-bab pendidikan ni.

Sejak dari anak lahir sudah di didik telinga nya mendengar zikir dan nyanyian ABC supaya bila anak sudah boleh bercakap dia akan dapat menyebut apa yang didengarinya.

Saya rasa sangat berbangga bila ada rakan-rakan di facebook saya berkongsi yang anak mereka boleh mengenal ABC sebelum memasuki darjah 1. Ada yang seusia 2 tahun sudah boleh mengenal ABC. kalau saya ada anak lagi nanti saya pun nak anak saya kenal ABC seawal usia 2 tahun.



Memang ramai kanak-kanak yang boleh menghafal ABC tapi yang kenal dan tahu membezakan setiap huruf tu adalah lebih penting dari sekadar menghafal bunyi nya tapi tak kenal huruf.

Hari ni sejak dari pagi saya berada di tadika anak saya belajar .Saya lihat bagaimana gurunya  mengajar ABC dengan menggunakan kad yang berbentuk keretapi.Kemudian setiap seorang diberi satu huruf.Mereka perlu melengkapkan keretapi tersebut dengan huruf A-Z .

Disatu sudut lain saya lihat ada banyak bahan belajar lain untuk anak-anak ni.

Memang kreatif cara guru-guru tadika sekarang mengajar. Jadi tak hairan lah kenapa ramai ibu bapa sekarang sanggup menghantar anak mereka seawal usi 4 tahun ke tadika.

Memang berbeza sangat masa zaman saya kecil dulu.Pergi tadika satu apa pun tak tau.Seingat saya di tadika kami hanya bermain ,makan dan dengar cikgu bercerita.

Patut lah saya hanya mengenal ABC dan boleh membaca pada usia 7 tahun.Hahaha...Berbeza dengan anak-anak saya sekarang yang mampu membaca dengan lancar sebelum usia memasuki 6 tahun.

Ada orang kata tak perlu paksa anak belajar masa mereka kecil-kecil ni.Itu betul...Tapi tak salah kalau kita dedahkan mereka dengan nombor dan huruf ketika mereka kecil. Lakukan nya dengan santai dan menghiburkan mereka,.

Yang jadi salah jika kita terlalu memaksa contohnya anak usia 3 tahun di denda menulis ABC sehingga 10 kali hanya sebab tak kenal hurug G..



Kita boleh membeli mainan atau perhiasan bilik tidur anak yang berbentuk abjad dan nombor..Atau boleh juga kita pasang video nyanyian ABC ketika anak sedang bermain dan tidur.Itu juga salah satu cara mendedahkan anak dengan abjad dan nombor.

Banyak kelebihan nya jika anak boleh mengenal huruf dan nombor diawal usia . Jika kita dedahkan anak-anak dengan huruf dan nombor diawal usia , kita tidak perlu risau lagi apabila anak sudah memasuki tadika.Mudah juga untuk guru mengajar anak kita .

Mengenal huruf diawal usia juga boleh melatih dan memupuk anak kita supaya suka membaca.Ada banyak bahan bacaan untuk anak seawal usia 5 tahun yang menarik dan mampu membuat anak kita minat membaca.

Tapi jangan lah lepas baca artikel ni ada yang risau sebab anak masih belum boleh mengenal huruf walaupun usia sudah melebihi 6 tahun.Masih berkesempatan untuk kita buat anak kita kenal huruf sepenuhnya.

Walau anak kita dah usia 7 tahun dah masih tidak tahu membaca, anak kita tetap mempunyai hak untuk belajar.Jangan abaikan mereka dan berilah apa yang mereka mampu terima , Tidak perlu memaksa.Terima kenyataan yang kadang-kadang anak kita hanya perlu mengambil lebih banyak masa berbanding oranag lain

sekian

Catat Komen

6 Ulasan

  1. Anak saya jenis malas nak ambil perhatian bila kita ajar, hurm.. Tp bila dia dah hafal sendiri apa yg kita ajar, nnt dia tetiba akan tunjuk ni A ni B ni C ... anak sulung kenal abc umur 4 tahun ...anak 2nd ni still dlm proses nak kenal huruf ...

    BalasPadam
  2. since x ada anak lg, sy cuma hrp nnt anak sy sm mcm sy. 4 thn dah kenal a b c ;-)

    BalasPadam
  3. x tahu plak sbb belum ada anak :-)

    BalasPadam
  4. Rasanya anak anak dah kenal ABC tu awal jugaklah sebelum tadika, biasalah masa tu excited kan....cuba umur sekarang ni beranak, rasanya uumur 7 tahun pun tak kenalhuruf lagi haha.... maklumlah emaknya dah senja

    BalasPadam
  5. Saya dulu masuk darjah satu baru belajar ABC kak diana :D :D :D

    Anak saya ni sebab saya jaga sendiri, banyak masa nak ajar dia macam-macam. Mostly apa yang anak saya buat, semua dia tengok saya buat. Tengok saya buat kerja rumah, dia pun nak buat. Tengok saya baca buku, die pun baca buku. Tengok saya semayang baca al quran, dia pun pergi ambik sendiri al quran nak baca lah kononnya. Siap bertaranum lagi dia. Tapi satu hape pun tak faham hahahha.

    Tapi yang baiknya, ajar anak anak ni kemahiran hidup dari kecik lagi. Senang bila dia dah besar sikit, pandai buat kerja sendiri.

    Akademik semua tu buat sampingan je buat masa sekarang ni. Kalau jenis dapat anak cepat pick up, cepat lah dia belajar. Kalau tak, jangan push. Nanti anak pun stress kecik kecik lagi.

    BalasPadam
  6. Alhamdulillah..anak saya ni jenis nak tahu semua benda..umur 2tahun..dah kenal A-Z..dah kenal warna..Alifbata..counting 1-10..transportation..animals..

    BalasPadam

sila tinggalkan komen anda...:)