Advertisement

ads

UBAH MENTALITI KITA . MENCARUT BUKAN NORMA MASYARAKAT MALAYSIA



mencarut


UBAH MENTALITI KITA . MENCARUT BUKAN  NORMA MASYARAKAT MALAYSIA  Sejak dari kita kecil mak ayah  mendidik kita menjaga kelakuan dan juga tutur kata.Tak ada mak ayah yang suka bila anak kecil dia bercakap benda-benda tak elok, seperti maki hamun dan mencarut.

Tapi bila anak tersebut semakin besar lidah nya semakin kerap menyebut perkataan-perkataan yang tidak baik. Entah apa yang membuatkan si anak berubah menjadi orang yang suka mencarut dan maki hamun.Adakah ianya disebabkan pengaruh rakan-rakan atau pun ibu bapa juga yang perlu dipersalahkan?




Tak kira lelaki atau perempuan , tak elok menjadikan perkataan-perkataan tak baik ni sebagai amalan dalam pertuturan. Sama ada didepan rakan sebaya apatah lagi didepan anak-anak kecil dan orang tua.
Orang kata apa yang keluar dari mulut dia macam tu la keadaan hati nya.

Setuju tak?

Ada satu hadis yang saya pernah baca daripada Abu Hurairah r.a, Nabi bersabda yang bermaksud "mencarut adalah sejenis sikap kasar, Manakala sikap kasar balasan nya ialah neraka.."

So maknanya bercakap benda-benda kotor pun boleh menjadikan kita ni golongan yang dihumban ke neraka. Tak de istilah bahasa kasar , hati baik tau.. Tak de istilah mencarut biar bertempat...Jangan biasakan mencarut walau dalam keadaan apa sekali pun. . kena marah, pukul pun tak payah nak cakap benda-benda kotor dan mencarut.

mencarut

Sekarang ni macam-macam fahaman tentang mencarut yang kita boleh jumpa..

"orang perempuan tak boleh mencarut..."
"perempuan cantik tak elok mencarut.."
"Muka hensem tapi mencarut.."
"Muda-muda dah suka mencarut.."

Kenapa kena ada orang tertentu sahaja yang tak boleh mencarut sedangkan semua orang tak boleh mencarut dan bercakap kotor dan kasar.? Fahaman dari mana yang mereka bawa dalam hidup mereka?

Saya agak kecewa bila ada sesetengah orang yang mempertahan kan  mereka-mereka yang suka mencarut ni..Katanya "itu hak mereka..".. Siapa yang diberikan hak untuk mencarut? Cer tanya ustaz-ustaz yang korang kenal .." ustaz..apa keadaan yang di sunatkan kita mencarut.?" ..tengok ustaz tu nak jawab apa..mau pitam ustaz tu nak jawab..hahahah

Jangan disebab kan kita ni suka mencarut kita pun rasa mencarut tu adalah percakapan yang normal. Ianya pelik tau tak??Lagi-lagi kita orang islam yang digalak kan bercakap yang baik-baik. Rasanya bukan islam pun tak suka jadikan mencarut ni sebagai sesuatu yang normal dalam kehidupan mereka.


Mencarut , maki hamun berkata kesat ianya tak kan buat korang nampak cool... Korang rasa itu trend ke?Bagi saya ianya langsung tak nampak yang korang cool.Nampak macam kurang didikan moral, tak ada sensitivity dan korang ada masalah komunikasi.

Sekarang korang yang suka mencarut ni mungkin belum kawin lagi, masih muda..Tapi nanti korang dah ada anak, bila korang dengar anak korang mencarut dan maki hamun , korang akan rasa terlalu kecewa. Korang akan tertanya-tanya sendiri "kenapa anak aku cakap macam tu..kenpa dia mencarut...aku pun tak mencarut depan dia.."

Masa tu baru korang akan tau macam tu la kecewanya mak ayah kita pada kita.. Diaorang bagi didikan moral yang cukup pada kita tapi carutan juga yang kita sebut..

mencarut


Kalau rasa mencarut tu dah sebati dalam diri, dah menjadi identiti korang, mencarut tu adalah sikap sebenar korang..berubah lah..

Kita ni diciptakan oleh Allah dengan sebaik-baik kejadian.. Tak de pun Allah cipta kita ni dengan dimasuk kan sekali sikap suka mencarut dan maki hamun. Yang jadikan kita ni suka mencarut adalah diri kita sendiri. So jangan guna alasan.."ini lah diri saya yang sebenar.."  untuk menunjuk kan yang mencarut tu sesuatu yang orang lain kena terima..

Hentikan mencarut dan bila rasa marah, stress, rasa kecewa , berzikir lah sebanyak yang korang mampu.Jadikan amalan dan lama-lama tabiat suka mencarut tu akan hilang sendiri tanpa korang sedar..



Catat Komen

2 Ulasan

  1. Betul tu,masyarakat sekarang kenalah ubah perangaidiorang supaya jadi lebih baik.Dunia dah nak di akhir zaman.Hormat la sesama kita.

    BalasPadam
  2. Betul tu,masyarakat sekarang kenalah ubah perangai untuk jadi yang lebih baik dari sebelumnya.Dunia dah nak di akhir zaman dah.Hormatlah sesama kita ye.Kita kan bersaudara.

    BalasPadam

sila tinggalkan komen anda...:)