Breaking

Friday, 5 January 2018

TARIKH PEMBAYARAN BANTUAN RAKYAT 1MALAYSIA BRIM 2018



Ramai yang dah tertanya-tanya bila tarikh  Pembayaran Bantuan Rakyat 1Malaysia BRIM 2018 akan dibuat  . Sabar ye semua..kerana pembayaran pertama hanya akan dibuat pada bulan February nanti.Pembayaran akan dibuat secara berperingkat mengikut kumpulan.

Kadar bayaran Bantuan Rakyat 1malaysia BRIM adalah tertakluk seperti yang dinyatakan dalam pembentangan bajet 2018. Permohonan BRIM 2018 yang telah diluluskan telah dimaklumkan melalui surat dan telah dihantar kepada pemohon sebagai makluman.

Namun bagi yang belum sempat memohon , Kementerian Kewangan memaklumkan bahawa tempoh pendaftran BR1M 2018 akan dilanjutkan sehingga 25 Januari 2018 (Khamis). Permohonan boleh dibuat secara dalam talian di https://ebr1m.hasil.gov.my atau mana-mana cawangan LHDNM secara PERCUMA






TARIKH PEMBAYARAN BRIM 2018 BANTUAN RAKYAT 1MALAYSIA


Setiap permohonan yang diluluskan akan mendapat jumlah seperti yang tertera dibawah. Pembayaran dilakukan secara berperingkat bagi kategori 2 dan 3 sahaja.


Bagi kategori 1 iaitu individu bujang yang berusia 21 tahun keatas pembayaran hanya dilakukan sekali iaitu pada Feb 2018 dengan jumlah rm450 .



Bagi kategori 2 iaitu bagi mereka yang berpendapatan bulanan isi rumah rm3001- rm4000 jumlah BRIM 2018 yang diterima ialah sebanyak RM900 . yang akan dibayar pada 18 feb, jun dan ogos dengan bayaran rm300 setiapkali pembayaran.




Manakala untuk kategori 3 iaitu pendapatan bulanan isi rumah rm3000 dan kebawah akan menerima rm1200 dan akan dibayar rm400 setiap kali pembayaran yng akan dibuat setiap Feb, Jun  dan Ogos 2018.

CARA PEMBAYARAN 2018

Hanya penerima yang mengisi maklumat akaun banak sahaja yang akan menerima pembayaran terus kedalam akauan bank.Manakala bagi yang tidak mempunyai akaun bank , mereka akan diberi baucher BRIM yang boleh ditunaikan di mana-mana cawangan Bank Simpanan Nasional.

Untuk sebarang pertanyaan dan maklumat lanjut boleh la menghubungi no dan email seperti di bawah.




sekian..








5 comments:

  1. tak penah amik port sbb tak penah mohon or tak penah dpt brim huhuh
    moohon pun tak layak... senang ek dpt duit brim nih....

    ReplyDelete
  2. sy dpt sekali je pastu trs x dpt lagi hahahaha

    ReplyDelete
  3. Kak Sue dah tak dapat brim dah sekarang.. ehehe..

    ReplyDelete
  4. rezeki untuk yg kurang berkemampuan..boleh la tampung kos hidup skrg yg makin tinggi...

    ReplyDelete

sila tinggalkan komen anda...:)

Adbox