Breaking

Friday, 12 January 2018

RESEPI BUAH MELAKA LEMBUT DAN SEDAP

Assalamualaikum..

RESEPI BUAH MELAKA LEMBUT DAN SEDAP Baru-baru ni puasa ganti lepas tu tekak ni nak feeling2 macam bulan puasa .Rasa macam kalau buat Buah Melaka pun bagus juga untuk  buka puasa nanti. Kebetulan ada kelapa parut.Mula-mula tengok kelapa parut rasa tak mau buat Buah Melaka sebab kelapa parut ni dia mesin sampai kena tempurung.Takut nanti makan tersedak pulak.Tapi suami kata 

"buat la..dah nak makan.Bukan nya nak bagi kat orang.Cuma untuk makan sendiri" .

So kita  buat juga la Resepi Buah Melaka.

resepi buah melaka sedap

Tengok la Buah Melaka saya  ni..Walaupun ada kerak tempurung tapi makan sampai licin tau..hahaha..Buat sampai sebungkus tepung pulut.hahahah,,,Gelojoh tau.. Kelapa parut rm4, tepung pulut sebungkus dan gula kabung 2 biji.

Gula kabung ni bau dia punya la kuat.Memang rasa dia lain la dari yang saya selalu beli kat kedai.Gula kabung ni mak saya bagi.Tak ingat pulak dia beli kat mana.Tapi memang sedap la.


gula kabung

Selalu beli gula kabung , dia kering..kan??Yang ni tak kering.Dia macam basah2 sikit.Lepas tu bau dia pun macam kuah rojak..hahah..Mula2 risau nak guna takut gula dah expired ke apa..kan??tapi bila tengok Mikhail meratah gula ni selamba je ..Dok ulang-ulang meratah rasa tak pe la kot..Memang bau dia macam tu la agaknya..

Lepas tu gula ni lembut je.Nak potong pun senang.Tak macam yang selalu saya beli tu kalau nak potong kena ketuk guna lesung batu.hahah.Yang ni hiris sambil tekan kuat sikit je.

Gula kabung ni cukup-cukup je dengan sebungkus tepung pulut.Memang ada lebih sikit la .Saya guna 2 ketul ni habis licin.Mungkin sebab mikhail pun meratah sama..hahaha.


resepi buah melaka sedap

Masa mula-mula nak buat Buah Melaka ni rasa confuse pulak, Orang buat Buah Melaka guna tepung pulut ke tepung beras??hahah..Punya la malas nak google.Tapi kebetulan pulak kat rumah tepung pulut je yang ada , kita guna tepung pulut je la.

Masa tu redah je la kalau tak sedap pun.hahahah..Tapi betul la kot orang buat Buah Melaka guna tepung pulut sebab Resepi Buah Melaka yang saya buat ni memang sedap lembut.Kalau korang suka kenyal-kenyal sikit boleh la tambah tepung beras dalam 3 sudu besar.

Tepung pulut tu saya guna pewarna hijau je..Ada orang guna air daun pandan ..kan??saya tak suka bau pandan memang tak letak la..lagipun tak de daun pandan kat rumah.Kita buat cara mudah2 je..



resepi buah melaka sedap

Buat buah melaka ni tak payah nak bentuk bulat2 sangat.Tengok macam saya buat ni..Tak de la bulat2 sangat pun.Bila dah digolek2 dengan kelapa parut tu tak nampak dah dia buat segi2 tu.Nampak cantik je lepas disalut kelapa parut..

Ok. lah..Cerita panjang2 pun Resepi Buah Melaka  tak bagi-bagi jugak..hahahah..

Jom tengok resepi Buah Melaka yang senang dan sedap

Bahan-bahan:
1 bungkus tepung pulut
1 1/2 cawan air
Pewarna hijau (boleh guna air pandan kalau suka)
secubit garam

3 cawan air 

2 gelung gula kabung saiz besar. (potong kecil2)

1 biji kelapa parut (parut bahagian kelapa je..jangan sampai kena tempurung tau.baru la sedap. saya beli dah siap bungkus . 2 bungkus  - rm4)
secubit garam 
sedikit gula (kalau suka)

Cara-caranya memasak Buah Melaka:

Panas kan 3 cawan air dalam periuk

dalam bekas lain masuk kan tepung pulut dan sedikit pewarna hijau.

Masuk kan air sikit demi sedikit .uli sampai jadi doh yang lembut bukan lembik.Tengok gambar doh kat atas tu ye..Pastikan doh boleh dibentuk bulat.

ketepikan dulu doh..

Dalam bekas lain masuk kan kelapa parut dengan sedikit garam dan gula..kacau bagi rata gula dan garam tu.Ketepi kan..

Kita ambik semula doh tadi dan bentuk kan bulat kecil2..Ikut la selera masing2 ada yang suka kecil besar ibu jari ada yang suka lebih kecil dari tu.

kemudian masuk kan gula kabung yang dipotong kecil tadi.Masuk satu je.lepas tu tutup balik.golek2 bagi jadi bulat .

masa ni air dalam periuk mesti dah mendidih kan??

Terus masuk kan je doh yang dah dimasuk gula kabung tadi ke dalam periuk.Buat bulat2 masuk kan gula terus masukkan dalam  periuk tau.Jangan tunggu banyak baru nak masuk dalam periuk sebab nanti dia saling melekat bila kumpul banyak2.Kalau melekat senang pecah. 

Kalau buah Melaka dah masak dia akan terapung keatas.

Korang cedok la yang terapung tu masuk kan dalam penapis untuk tos kan air nya.

lepas tu bila air dah tak de taruk je dalam kelapa parut tadi.Golek2 sikit angkat letak dalam pinggan.Dah siap.



Senang je Resepi Buah Melaka ni.. Kuih ni buatnya senang tapi sedap sangat. Selalu orang buat bulan puasa je.Kalau bulan puasa makan buah Melaka hari-hari pun saya tak kisah..hahaha.Tapi kenapa bila bukan bulan puasa malas nak buat kuih ni..??ahhahah..

Kalau beli mahal tau..3 biji rm0.50 .kecil pulak tu..Ada setengah tempat 3 biji seringgit..Gila mahal betul..3 biji bagi saya macam dok celah gigi je..ahahha


sekian..





6 comments:

  1. since sy ni org melaka, maka CARA paling sedap nk dpt kn buah melaka yg kebabom adalah, campurkan sedikit keledek yg direbus. x perlu byk. gn air rebusan keledek tu utk diuli dgn tepung pulut dan keledek. sy jamin, akk boleh jual punya kuih ni smpi x mng tangan... ;-) nk lg sedap, dpt kn gula melaka gred A perghhh tu lg terbaik kuih ni

    ReplyDelete
  2. Betul.. kalau nak beli memang tak puas makan.. berebut dengan anak2. Buat je sendiri baru puas hati kan.. ;)

    ReplyDelete
  3. wah sedapnya.. tetiba terasa nak makan buah melaka

    ReplyDelete
  4. selalu beli kuih ni..nak buat aduhai..hahaa

    ReplyDelete
  5. buat sendiri memang puas hati kan D, tapi kak ana ni bab bulat2 tu selalu jadi taksama saiz, bila dah penat jadi besar2 sebab nak cepat habis hihi :)

    ReplyDelete
  6. tengok resepi dan cara macam mudah, tapi bila buat kuih ni, Ros tak lepas lagi. hihihi

    ReplyDelete

sila tinggalkan komen anda...:)

Adbox