Assalamualaikum..
Zaman sekarang sesiapa pun boleh kena saman. Awak maki-maki orang di facebook pun tak mustahil tiba-tiba saja surat saman sampai kat rumah. Orang yang awak tak kenal pun tiba-tiba saja boleh saman awak. So kena berhati-hati bila awak menulis di laman sosial atau pun memuat naik satu-satu kandungan di laman sosial awak.
Jauh kan dari sebarang isu yang boleh membuatkan awak berada dalam risiko.
Biasalah..kita ni manusia biasa .Kadang-kadang kita tak sedar apa yang kita tulis dan muat naik di laman sosial boleh membuatkan ada pihak lain berkecil hati, kerugian dalam perniagaan dan boleh menyebabkan kesulitan pada orang lain.
Oleh sebab sekarang zaman siapa pun boleh kena saman jangan terkejut kalau ada kes anak saman ibu kerana mendedahkan gambar nya dan maklumat perubadinya di laman sosial.
Itu lah yang berlaku apa bila seorang remaja berusia 16 tahun , berasal dari Itali bertindak menyaman ibunya sendiri kerana memuat naik gambar dan maklumat peribadi tanpa persetujuan nya.
Remaja tersebut mendakwa tindakan ibunya memberi kesan yang serius terhadap kehidupan sosialnya sehingga dia bertindak untuk berpindah ke sekolah tinggi di Amerika Syarikat supaya dia boleh "memulakan" hidup baru.
23 Disember, 2017, Hakim Monica Velletti dari mahkamah sivil di Rom memerintahkan ibu remaja terbabit untuk memadamkan semua gambar tersebut dari akaun media sosialnya sebelum 1 Februari, 2018, atau wanita malang tersebut bakal dikenakan denda € 10,000 ($ 12,270).
Media Itali melaporkan bahawa, mengikut dokumen mahkamah, anak perempuan berusia 16 tahun dan ibunya berada dalam konflik sejak dia dan ayahnya bercerai. Selepas penceraian , ibu tersebut didakwa memaparkan gambar dan butir-butir kehidupan peribadi anaknya itu dan merujuk anaknya sebagai "pesakit mental" dan membandingkannya dengan "pembunuh".
Hakim tersebut juga meminta agar remaja tersebut dipindahkan ke sebuah sekolah di Amerika Syarikat, agar dia dapat "menjauhkan diri dari konteks sosial sekarang, di mana semua pelajar sekolah menengahnya sudah mengetahui butiran peribadinya.
Undang-undang hak cipta di Itali dengan jelas menyatakan bahawa subjek foto memerlukan hak cipta dan kebenaran sebelum ia boleh diterbitkan di media sosial.
Kes yang luar biasa ini pernah berlaku pada seorang remaja lelaki berusia 18 tahun, dua tahun lalu, yangmenyaman ibu bapanya kerana menghantar lebih daripada 500 gambar nya di Facebook, tanpa persetujuannya.
Kes-kes seperti ini kerap berlaku di seluruh dunia, dan pakar undang-undang memberi amaran kepada ibu bapa supaya tidak menyiarkan gambar anak-anak mereka di media sosial tanpa terlebih dahulu meminta izin.
Selain boleh dikenakan tindakan undang-undang, mereka juga berisiko mendedahkan kanak-kanak bawah umur kepada ancaman yang lebih berbahaya, seperti pembulian siber oleh rakan-rakan mereka.
Jadi korang..Lepas ni sebelum nak letak gambar anak-anak kena tanya mereka dulu terutamnya bila anak-anak kita dah meningkat remaja.Kalau masa mereka kecil2 dulu boleh la kita muat naik gambar mereka tanpa kebenaran.
Anak-anak ni bila mereka dah remaja kita perlu juga terapkan rasa hormat pada mereka.Sedikit sebanyak ianya akan membuatkan mereka juga menghormati kita.
sekian..

8 Ulasan
Fuh,tapi memang patut kena saman untuk kes tertentu macam ni ada asas juga...
BalasPadamish ish.. tak pasal anak kena pindah sekolah
BalasPadamHuihhh...Sally pernah gurau ngan Ibu nak saman dia kalau dia upload gmbr Sally kt FB..haha..tak sangka ade jugak kes mcm ni (°ãƒ°)☝
BalasPadamLepas nih anak dah besar kena mtk izin ke aoe ni sblm upload pic dorg mse kecik
BalasPadamMacam-macam zaman sekarang. Agak2 gambar apa yang si ibu tu upload sampai anak kena pindah sekolah?
BalasPadamadoi.. ada jugak yea undang2 macam ni.. ke kat luar negara je.. kat malaysia xde lagi undang2 untuk myaman ibu bapa kan?
BalasPadamKt msia pon sama.. ritu de kes saman bapak.. alahaim. Dunia
BalasPadamZaman sekarang mencabar besarkan anak banyak pengaruh
BalasPadamsila tinggalkan komen anda...:)