Breaking

Friday, 12 January 2018

PENGANTIN LELAKI PENGSAN BEKAS KEKASIH MENYANYI DI HARI PERSANDINGAN

Assalamualaikum...




Hubungan cinta putus di tengah jalan itu bukan perkara luar biasa.Ramai orang yang melalaui nya. Ada yang boleh menerimanya dengan tenang namun ada juga yang sukar untuk "move on " dengan hubungan yang sudah tinggal sejarah.

Baru-baru ni viral kisah seorang jurugambar yang menjadi jurugambar dihari pernikahan bekas kekasihnya. Walaupun cinta mereka putus ditengah jalan namun dia menjalankan tugasnya dengan baik dan semua gambar2 yang diambil cantik-cantik dan memuaskan hati pelanggan nya.

Itu kalau masing-masing menerima takdir hubungan cinta mereka..kan??semuanya akan jadi baik..

Macam mana pulak kalau yang jenis tak boleh terima perpisahan ??Ini yang terjadi dalam satu majlis persandingan sepasang mempelai di Kecamatan Penrang, Kabupaten Wajo, Indonesia.

Pengantin lelaki . Nokies Febrianto pengsan ketika majlis perkahwinan nya dengan seorang gadis bernama Musriani. Puncanya ialah dia terlihat bekas kekasihnya dimajlis perkahwinan nya . Majlis tersebut diadakan pada Rabu lalu , 10-1-2018 .


Awalnya majlis tersebut berlangsung dengan cukup meriah .Tiba-tiba kedengaran seorang perempuan menyanyikan sebuah lagu Bugis bertajuk "Balo Lipa" di tempat duduk tetamu .

Nokies yang mendengar suara tersebut terus dapat mengagak suara tersebut adalah milik bekas kekasihnya.Dia kemudian meluru dan menerpa kearah  perempuan tersebut yang sedang menyanyi.

Tiba-tiba Nokies seolah-olah tidak dapat mengawal perasaan nya dan memeluk bekas kekasihnya itu. Dalam masa yang sama dia pengsan dan jatuh dalam pelukan bekas kekasihnya .Tetamu dengan cepat terus memapah Nokies yang masih pengsan.



Video kejadian tersebut menjadi tular sejak semalam dan telah ditonton beratus ribu kali.


Kesian pada isteri nya itu .Mesti terkejut dengan tindakan suaminya. Pengantin lelaki semacam masih sayang bekas kekasihnya. Tapi kenapa berkahwin dengan orang lain kalau masih sayang..kan??

Semoga isterinya tabah dapat suami tak reti2 nak  "move on"..hahah


sekian..

2 comments:

  1. DAH XTERKAWAL EMOSI SEDIH TU...SIFAT DIRI KITA MMG BERBEZA KAN...ADA YG LEFT BEHIND

    ReplyDelete
  2. Mesti retak seribu hati si isteri atas pelamin tu kan? *kita pulak yg emo :)

    ReplyDelete

sila tinggalkan komen anda...:)

Adbox