Breaking

Thursday, 4 January 2018

PANDUAN TEMPOH 'IDDAH SELEPAS BERCERAI DAN KEMATIAN SUAMI

Assalamualaikum...


tempoh iddah selepas bercerai dan kematian suami


PANDUAN TEMPOH 'IDDAH SELEPAS BERCERAI DAN KEMATIAN SUAMI 'Iddah ialah tempoh tertentu yang ditetapkan keatas seorang wanita selepas diceraikan atau selepas kematian suami. Hukum `iddah menurut syarak adalah wajib ke atas wanita yang bercerai atau kematian suami .


Firman Allah SWT dalam Surah al-Baqarah ayat 228 yang bermaksud:

Dan isteri-isteri yang diceraikan itu hendaklah menunggu dengan  menahan diri mereka (dari berkahwin) selama tiga kali suci (dari haid). Dan tidaklah halal bagi mereka menyembunyikan (tidak memberitahu tentang) anak yang dijadikan oleh Allah dalam kandungan rahim mereka, jika betul mereka beriman kepada Allah dan hari akhirat. Dan suami-suami mereka berhak mengambil kembali (rujuk akan) isteri-isteri itu dalam masa `iddah mereka jika suami-suami bertujuan hendak berdamai. Dan isteri-isteri itu mempunyai hak yang sama seperti kewajipan yang ditanggung oleh mereka (terhadap suami) dengan cara yang sepatutnya (dan tidak dilarang oleh syarak); dan suami mempunyai satu darjat kelebihan atas isterinya. Dan (ingatlah), Allah Maha Kuasa, lagi Maha Bijaksana.


Kenapa wanita perlu melalui tempoh  iddah selepas bercerai atau kematian suami


Terdapat beberapa tujuan atau  hikmah `iddah kepada wanita Islam.  Antara hikmah tersebut ialah:

- Untuk memastikan kekosongan rahim daripada benih suami terdahulu.  Ia bertujuan untuk mengelakkan percampuran benih antara suami dahulu dengan suami yang baharu dikahwininya.

- Bagi `iddah talak raj`ie, ia sebagai ruang kepada suami dan isteri untuk berfikir dan menilai semula segala tindakan dan kesilapan yang telah dilakukan termasuk kesan daripada perceraian yang berlaku.  Di samping itu, ia juga dapat memberi peluang kepada suami untuk kembali rujuk kepadaisterinya.

- Bagi perempuan yang kematian suami, tempoh `iddah juga sebagai tempoh berkabung bagi menghormati dan mengingati nikmat perkahwinan terdahulu.  Ia juga sebagai tanda menjaga hak suami dan  tanda menzahirkan kesetiaan isteri kepada suaminya.  Selain itu, berkabung juga sebagai lambang pengabdian diri terhadap perintah Allah SWT.






Secara keseluruhannya,  `iddah terbahagi kepada dua bahagian iaitu `iddah disebabkan perceraian semasa hidup dan `iddah dengan sebab kematian suami.   Setiap bahagian `iddah tersebut mempunyai pengiraan tersendiri yang akan menentukan tempoh `iddah yang perlu ditempuh sama ada panjang atau pendek.

Pengiraan `iddah terbahagi kepada tiga iaitu:

 - `Iddah dengan kiraan suci (quru’);
- `Iddah dengan kiraan bulan;
- `Iddah dengan kelahiran atau keguguran kandungan.

Bagi `iddah dengan kiraan bulan, pengiraannya adalah berdasarkan kalendar hijrah dan bukannya mengikut kalendar masihi.

Panduan mengetahui  tempoh iddah 

1- Wanita yang bercerai talak raj`ie/ba’in yang  ada haid - Tempoh Iddah nya ialah tiga kali suci .

a. Jika ditalaq semasa dalam keadaan suci, `iddahnya tamat apabila datang haid yang ketiga.
b. Jika ditalaq semasa dalam keadaan haid, `iddahnya tamat apabila datang haid yang keempat.
c. Jika ditalaq semasa dalam keadaan nifas, hendaklah menunggu sehingga tiga kali suci selepas nifas. `Iddah tamat  apabila datang haid yang keempat

2- Wanita yang bercerai  talak raj`ie/ba’in yang  Tiada haid (sama ada kerana penyakit, telah dibuang rahim, telah putus haid, belum pernah haid atau lain-lain) - tempoh iddah yang perlu dilalui ialah 3 bulan.

3- Wanita yang bercerai  talak raj`ie/ba’in yang  Sedang mengandung  - Tempoh Iddahnya ialah sehingga melahirkan anak hidup atau mati ataupun  sehingga kandungan nya gugur . Janin yang gugur adalah dalam bentuk sempurna atau pun hanya berbentuk segumpal daging.Jika gugur maka selesailah tempoh iddah wanita tersebut.

4-Bagi wanita yang bercerai  talak raj`ie/ba’in yang belum pernah disentuh sama ada  sedang dalam haid atau pun tiada haid  , tiada tempoh iddah yang perlu dilalui.

5- Wanita yang bercerai talak raj`ie/ba’in dan menghidap istihadhah dengan haid yang tidak menentu tetapi masih dapat mengetahui kebiasaan perjalanan darah haidnya , tempoh iddahnya ialah selama 3 kali suci.

Mana kala jika wanita yang bercerai talak raj'ie/ba'in yang mengidap istihadhah dengan haid tidak menentu dan tidak  mengetahui kebiasaan perjalanan haidnya atau tidak dapat membezakan antara darah haid dan istihadhah tempoh iddah yang perlu dilalui ialah selama 3 bulan

6- Wanita yang kematian suami semasa dalam tempoh Iddah talak raj'ie dan tidak mengandung ,sama ada dia ada haid atau pun tidak , tempoh iddah yang perlu dilalui ialah selama empat bulan 10 hari . Untuk kiraan tempoh `iddah tersebut ianya  bermula pada tarikh atau hari kematian suami walaupun sebelum itu `iddah isteri sama ada dengan tiga kali suci atau tiga bulan telah hampir tamat .

7-Bagi wanita yang  kematian suami semasa berada dalam tempoh `iddah talak ba’in dan tidak mengandung sama ada wanita tersebut ada haid ataupun tiada , tempoh iddah yang dilalui ialah selama tiga kali suci atau pun 3 bulan. Tempoh Iddah talak ba'in ini kekal  sama ada dengan kiraan tiga kali suci atau tiga bulan dan `iddah tidak bertukar kepada `iddah kematian suami.


tempoh iddah selepas bercerai dan kematian suami


8- Wanita yang kematian suami sama ada telah disetubuhi atau belum disetubuhi yang dalam keadaan tidak mengandung pula tempoh iddahnya ialah selama empat bulan 10 hari. tidak kira wanita tersebut ada haid atau pin tiada haid , wanita ini bukan saja wajib melalui tempoh iddah malah dia wajib berkabung

9- Tempoh iddah bagi Wanita yang kematian suami yang sedang mengandung ,dia wajib melalui tempoh iddah sehingga melahirkan anak sama ada hidup atau mati bayinya itu  atau sehingga bayinya gugur.Janin yang gugur adalah dalam bentuk sempurna atau pun hanya berbentuk segumpal daging.Jika gugur maka selesailah tempoh iddah wanita tersebut.

10- Wanita yang suaminya hilang ketika dia ada haid, tiada haid atau pun sedang menggandung pula perlu menunggu selama 4 tahun . Selepas 4 tahun  isteri  wajib pula ber`iddah dengan `iddah kematian suami selama empat bulan sepuluh hari.

Begitu lah pengiraan tempoh iddah yang telah di tetapkan bagi menjaga kebajikan dan hak-hak wanita semasa dalam tempoh perkahwinan dan sehingga lah pembubaran perkahwinan tersebut. Semasa dalam iddah kerana perceraian suami wajib menafkahi isterinya dan menyedia segala keperluan isteri.Manakala isteri pulak di tuntut berhias untuk suami sebagai dorongan untuk rujuk semula.

Semoga artikel ini dapat membantu dan memberi panduan kepada semua pasangan suami isteri yang mahu bercerai atau yang kehilangan suami.

sumber:jakim

sekian.

4 comments:

  1. tingat sorg sedara sy ni. dia baru cerai smggu sblm raya. ms dtg raya, mama sy tegur, ko ni tak iddah ke? nak tau apa dia jwb, eh, iddah tu utk yg laki meninggal je ke? aduhhh tepuk dahi sy dgr smbl dlm hati ckp, dia ni pegi kursus kawen ke x? ;-)

    ReplyDelete
  2. PANTANG LARANG BERIDDAH PATUT DIJAGA

    ReplyDelete

  3. شركة المثالية للتنظيف تسعد بتقديم خدماتها لعملائها بالمنطقة الشرقية خدمات تنظيف خدمات مكافحة حشرات خدمات تسليك مجاري المياه للمطابخ والحمامات جميع الخدمات المنزلية تجدونها مع شركة المثالية للتنظيف بافضل جودة وارخص الاسعار بالاعتماد علي كافة الادوات الحديثة والعمالة الماهرة

    شركة المثالية للتنظيف
    شركة المثالية للتنظيف بالدمام
    شركة المثالية للتنظيف بالخبر

    ReplyDelete
  4. Info yang bermanfaat... Ramai wanita kadang pandang remeh bab iddah ni..

    ReplyDelete

sila tinggalkan komen anda...:)

Adbox