Breaking

Tuesday, 2 January 2018

JERAWAT SEMAKIN BANYAK DI WAJAH KETIKA MENGANDUNG

Assalamualaikum...


jerawat banyak ketika mengandung


Wajah berjerawat semasa mengandung  memang ramai yang mengalami nya.Saya sendiri ketika mengandung l anak kedua wajah jadi hitam , berjerawat dan berparut. Hinggakan saya jadi malu untuk bergambar dan malas untuk keluar rumah.Aktiviti ketika hamil banyak dilakukan didalam rumah sahaja.

Mungkin bagi sesetengah wanita mereka hanya membiarkan sahaja jerawat yang tumbuh di wajah kerana merasakan ianya akan hilang sendiri selepas melahirkan anak.namun ada juga yang berusaha menghilangkan jerawat ketika mengandung  kerana tidak mahu masalah jerawat berlarutan sehingga selepas bersalin.

Ini kerana sudah tentu selepas bersalin kita tidak punya banyak masa untuk diri sendiri apa lagi untuk masalah jerawat yang semakin hari seperti tidak berpenghujung.Malah parut2 jerawat juga akan meninggalkan kesan selepas melahirkan anak.

Punca dan cara mencegah jerawat ketika mengandung


Salah satu punca mengapa jerawat semakin banyak di wajah ketika mengandung  adalah kerana perubahan dan peningkatan hormon androgen,.Hormon ini akan membuatkan kulit kita menghasilkan sebum yang lebih banyak berbanding waktu ketika tidak hamil.Penghasilan sebum yang meningkat membuatkan pori-pori kulit tersumbat akibat debu dan habuk.Ini lah punca utama jerawat semakin  banyak di wajah ketika mengandung






Untuk mengatasi masalah jerawat ketika mengandung ibu -ibu yang hamil  tidak boleh menggunakan produk-produk kosmetik yang selalu digunakan kerana dikhuatiri mengandungi bahan-bahan yang boleh membahayakan kandungan.Antaranya ialah produk yang mengandungi Salicylic acid,Isotretinoin,Retinoid dan  antibiotik tetracycline .

Untuk mengurangkan jerawat semakin banyak di wajah ketika mengandung boleh la menggunakan beberapa bahan semula jadi seperti madu, lemon dan soda bikarbonat.

Ibu-ibu yang hamil juga boleh mencuci muka dengan lebih kerap untuk mengurangkan jerawat.

Walaupun penggunaan kosmetik dan ubatan tertentu untuk kulit ibu mengandung  dilarang namun terdapat beberapa produk yang sesuai untuk ibu hamil. Anda perlu mendapatkan nasihat dan pakar farmasi untuk menentukan apakah produk rawatan kulit yang sesuai untuk ibu hamil.

Walaupun sedang hamil wanita juga digalak kan bersenam dan bersukan.Cara ini juga dikatakan mampu mengurangkan jerawat semakin banyak diwajah ketika mengandung.Ketika wanita bersenam atau bersukan peredaran darah akan menjadi lebih lancar.Jika dilakukan dengan rutin disiplin ianya juga mampu mengurangkan stress.Namun lakukan lah pergerakan dan sukan yang sesuai dengan keadaan anda yang sedang mengandung.

jerawat ketika mengandung


Kebiasaan memicit dan menyentuh jerawat juga menjadi punca mengapa jerawat semakin banyak di wajah ketika mengandung.Jadi anda harus lah mengelak kan dari menyentuh jerawat . Ini kerana kadang kala terdapat kotoran di bawah kuku kita tanpa kita sedari.Kotoran-kotoran  tersebut akan mudah melekat di kulit wajah kita.

Itu lah serba sedikit tentang jerawat yang semakin banyak di wajah ketika hamil. Semoga artikel ini dapat membantu wanita-wanita hamil yang mempunyai jerawat yang banyak.


sekian..



2 comments:

sila tinggalkan komen anda...:)

Adbox