Breaking

Friday, 5 January 2018

CARA MEMASTIKAN SAMA ADA AKAUN BANK ANDA KONVENSIONAL ATAU ISLAMIK

Assalamualaikum...

akaun bank konvensional atau islamik


CARA MEMASTIKAN SAMA ADA AKAUN BANK ANDA KONVENSIONAL ATAU ISLAMIK Ramai yang tak kisah dan tak peduli dengan jenis akaun bank yang digunakan. Ada yang sampai sekarang tak tahu sama ada akaun bank yang digunakan adakah konvensional atau islamik'

Sebagai umat islam penting untuk kita tahu cara bagi memastikan sama ada akaun bank yang kita gunakan konvensional atau islamik. Ini kerana bagi mengelak riba. Pemegang Akaun bank konvensional akan menerima dividen yang haram digunakan oleh orang islam.

Bila bab rasuah , dan makanan tanpa sijil halal kita boleh marah-marah dan berani bertindak .Tapi bila bab riba , kita tak ambil peduli pun. Pastikan  setiap isu yang menyesatkan umat islam kita banteras dan elak kan . Kita tidak mahu riba ini menjadi virus yang merosak kan lebih ramai orang islam.

Jadi kita kena berhati-hati dan tahu lebih detail tentang akaun bank kita.




CARA MEMASTIKAN SAMA ADA AKAUN BANK ANDA KONVENSIONAL ATAU ISLAMIK



Mohd Kauthar Rozmal , seorang financial planner ada berkongsi beberapa tips dan panduan untuk memastikan sama ada akaun bank yang kita gunakan adalah akaun bank konvensional atau pun akaun bank Islamik.

 1. CIMB 

Islamik - No akaun bermula dengan 76 atau 86. Contoh = 76xxxxxxxx

Konvensional - No akaun bermula dengan 70 atau 80. Contoh = 80xxxxxxxx

2. Public bank

Islamik - No kedua akaun adalah 7,8 or 9. Contoh - x8xxxxxxxx

Konvensional - jika no keduanya bukan 7,8 or 9, akaun tersebut akaun konvensional

3. Maybank

Maybank tak boleh nak beza dari segi no akaun. Tapi boleh tengok dekat nama akaun, kalau ada 'i' hujung dia maknanya akaun islamik.

Contoh = personal sabing account - i

akaun bank konvensional atau islamik


4. RHB

Islamik - No akaun bermula dengan 16 atau 10. Contoh 10xxxxxxxx.

Konvensional- Jika tak bermula dengan 10 or 16 ianya akaun konvensional


Cemana??dah pastikan sama ada akaun bank anda konvensional atau islamik??Jika akaun bank anda masih akaun bank konvensional anda masih boleh menukar ke akaun bank islamik  dengan membuka akaun baru kemudian pihak bank akan pindahkan  duit dari akaun konvensional(lama) ke akaun bank  islamik anda yang baru.

akaun bank konvensional atau islamik


Riba bukan lah masalah yang boleh dipandang ringan.Mula bertindak untuk membersihkan harta kita sekaligus juga membersihkan jiwa kita

Berdasarkan Firman Allah SWT :
Ertinya : "Wahai orang-orang yang beriman, bertaqwalah kamu kepada Allah SWT dan tinggalkanlah saki baki Riba sekiranya kamu benar-benar beriman, sekiranya kamu tidal meninggalkannya, istiharkanlah perang dengan Allah dan RasulNya" (Al-Baqarah : 278

sekian..

7 comments:

  1. kalau x silap sy laa ms bukak akaun maybank 2 thn lps dia ada tanya, nak akaun kon or islamic... so sy cpt2 laa beritau nk acc islamic... bank2 lain sy x pasti mcm mn

    ReplyDelete
  2. ya ampun... tak tau pun pasal nie.... aduiyai terukkk

    ReplyDelete
  3. alhamdulillah baru tahu.

    saya awal-awal dah buka akaun islamic di bank yang utama..

    ReplyDelete
  4. Good sharing, baru tahu nie cara nak pastikan akaun kita Islamik ke tak. Nanti nak check lah..

    ReplyDelete
  5. Tambah ilmu I. Skrg baru tahu mcm mana kenalpastikan akaun bank konvensional dan Islamik.

    ReplyDelete
  6. terima kasih pengkongsian kak diana alhamdulilah maybank account ada i...

    ReplyDelete

sila tinggalkan komen anda...:)

Adbox