Breaking

Wednesday, 10 January 2018

BERTAMBAH-TAMBAH MAKAN NASI KALAU MASAK SARDIN PEDAS

Assalamualaikum..

Bertambah-tambah makan nasik kalau masak sardin pedas ni. Orang Malaysia ni rata-ratanya memang suka kan makanan pedas.Lagi pedas lagi la berselera makan.Biar sampai pecah peluh , mak mertua lalu kat belakang pun tak sedar.hahaha..Tambah-tambah pulak lauk sardin..Aduh!!memang potong diet la.

Siapa nak kurus jangan beli sardin untuk buat stok lauk kat rumah..Memang kau tak jadi la nak diet.Kalau tak masak nasik, sibuk pulak nak buat karipap sardin..tak buat karipap nak buat sandwich sardin..Eh!!kiranya sardin  ni memang pembuka selera la..








sardin pedas menyengat

Ini dia sardin pedas menyengat yang saya suka masak.Makan dengan nasi panas pun sedap, dengan nasi sejuk pun boleh terlajak.Tak sedar makan bertambah-tambah bila ada lauk sardin pedas ni. Tak susah pun nak masak sardin pedas ni.

Kalau korang suka buat sambal tumis, boleh letak cili kering yang dikisar dalam 1-2 sudu besar.jangan lupa masuk kan halia sebab sardin ni, saya  masak la apa pun mesti nak letak halia.Kalau suka kan rasa original sardin tu tak payah letak cili kering yang dikisar.Boleh potong2 je cili padi kecil-kecil dan masuk kan je . Letak juga air asam jawa.

Kalau rajin lagi boleh tambah kan ubi kentang yang dipotong dadu.Potong besar2 ibu jari tu masuk kan masa tumis bawang dan cili.Memang bau dia pun dah buat perut berbunyi..

Nah saya bagi  resepi yang  lebih lengkap :

Resepi Sardin pedas menyengat.


Bahan-bahan Sardin Pedas


 1 tin kecil sardin
1 biji bawang besar
1 ulas bawang putih
1/2 inci halia
5-10 tangkai cili padi
1 biji ubi kentang ( tak letak sebab tak de siapa nak makan ubi)
2 sudu besar air asam jawa
2 sudu besar minyak masak
garam




Cara-cara masak Sardin Pedas

-Panaskan 2 sudu minyak masak 

-hiris bawang besar m bawang putih dan halia.

-Masuk kan ubi kentang dan air asam.

-Masuk kan sardin dan 1/2 cawan air.

-Masak hingga kuah pekat dan ubi lembut.

-masuk kan sedikit garam kalau mahu.Sardin ni biasanya dah ada garam.
so tak letak garam pun tak pe..

-Kemudian dah masak boleh la dihidangkan.

Saya suka masak samapi kuah kering..kalau korang suka yang berkuah banyak boleh Juga.tak de masalah..


sardin pedas menyengat
Saya ni kalau masak sardin pedas macam ni  , macam-macam benda yang saya boleh makan dengan sardin ni..Roti, lempeng kosong, capati , buat popia . kadang2 sardin ni tak habis simpan dalam peti sejuk.Esok pagi buat nasi goreng.

Cuma lenyek2 kan je ikan sardin ni sampai hancur..kemudian panaskan minyak dalam 3 sudu besar..tumis je sardin ni dalam minyak ..letak garam dan masuk kan nasik. Tak payah potong2 bawang cili lagi.. pecahkan telur sebiji kacau-kacau nasi bagi sebati dengan sardin dan telur.

Bila nasik dan tak melekat satu sama lain , boleh angkat dan hidang kan..

Dulu pernah baca kat Ig chef Wan.. Katanya kalau masak lauk atau kuah apa2 yang tak habis, walau tinggal sesudu dua pun, kuah nya tu simpan dalam peti sejuk.Nanti boleh buat nasik goreng..Jimat duit dan masa.Tak payah nak menghiris bawang la ,.nak blend cili bagai..


nanti korang cuba buat sardin pedas menyengat ni..Mesti ketagih..hahhaa..


sekian...

8 comments:

  1. Zumal pun suka sardin. Teringat la sardin yang arwah tok masak, Zumal makan bertambah. Tapi kalau masak sendiri ni tak sama rasanya. Maybe next time boleh try resepi ni letak ubi kentang, selama ni tak pernah letak kentang...

    ReplyDelete
  2. sy suka sardin tp kalu pedas sgt x boleh sbb sng skt perut ;-)

    ReplyDelete
  3. SEDAP SADIN MSK GINI..BOLEH MKN DGN ROTI NASI BISKUT LEMPENG

    ReplyDelete
  4. Suami saya memang suka makan sardin pedas ni

    ReplyDelete
  5. Sedapnya.. sardin mmg favourite mama tau

    ReplyDelete
  6. wah ada amaran, siapa nak kurus jangan beli sardin. hihi. memanglah, masak sardin pedas-pedas sikit, buat pulak telur dadar. bertambahlah nasi tu. hihi

    ReplyDelete
  7. bahaya! makan mmg bertambah kalau ada yg pedas2 nih. hahaa

    ReplyDelete

sila tinggalkan komen anda...:)

Adbox