Breaking

Tuesday, 9 January 2018

APA YANG BOLEH KANAK-KANAK 11 TAHUN NI TULIS DALAM BLOG?

Assalamualaikum..




Balik je Maisara dari sekolah agama terus dia mandi dah sibuk dengan kerja sekolah.Sebulan cuti sekolah saya tak memaksa anak saya untuk belajar sebab saya tahu bila dia naik je sekolah langsung tak de masa lagi untuk berehat.

Hari persekolahan rutin nya sama je setiap hari. Pagi pergi sekolah kebangsaan,.balik rumah jam 1.30. Jam 2.30 dah siap untuk KAFA yang start jam 3 petang,. Lepas habis KAFA dia sampai rumah jam 6.15 petang.

Kemudian dia mandi dan siap kan kerja sekolah.Jam 7.30 malam solat dan mengaji.Sampai la jam 8 malam sibuk kembali menguruskan kerja sekolah. Dia akan curi-curi masa untuk makan dan kemas kan buku2 sekolah.Sebelum tidur dia ambil masa 5-10 minit untuk balas whatsapp kawan2 dan update instagram.kemudian tepat jam 10.30 malam dia akan tidur.

Saya percaya anak orang lain pun sibuk macam ni..kan??

Tapi dalam sibuk-sibuk tu dia ada blog tau..Hahahaha.Kalau nak baca boleh ke blog kakaksara ni..

Blog dia buat masa cuti sekolah hari tu..Ayahnya dah pesan kalau nak ada blog cuma boleh update masa cuti sekolah saja.





Kalau dia langgar peraturan kita delete la blog dia..hahahaha.. Blog dia ada novel jugak.Baru 11 tahun dah berangan nak jadi novelist ..kan??

Kalau baca novel yang dia tulis tu pun nampak dah yang dia memang kuat berangan.hahah. Selain tu ada jugak entry personal.

Kadang2 bila baca kelakar pun ada.lagi2 part salah tulis.Budak2 sekarang kan bila bercakap nak juga selit2 cakap omputih..kan??sama la..dia pun gitu la..kalau dengar cakap macam betul bila dah tulis baru tau dia salah sebut rupanya..ahhaha..


Tak pe la..lama2 nanti pandai la tu...



Blog tu bukan je untuk dia ceritakan perkara2 yang dia nak je tapi juga sebagai tempat untuk dia latih dan perbaiki penulisan dia..korang kalau baca blog dia jangan segan2 tegur kot ada kesalahan ayat  ke terutama nya dalam english ok..

Kadang2 saya tak sempat nak tengok dan betulkan apa yang salah..So sebagai pembaca korang boleh juga tegur dan betulkan kesalahan dia..tapi jangan la kecam..budak2 je kot.Ibu dia garang tau!!hahahah

sekian...




7 comments:

  1. Kena tunggu cuti sekolah je la ye...

    ReplyDelete
  2. Patut xde nampak kakak sara udpate

    ReplyDelete
  3. wah wah dia pun da mula nak ekot jejak mummy dia eheheh.. part kanak2 skrng sibuk tu memang btol.. rasa beza dgn zaman kita sek dlu2.. tak terkejar diorang skrng ni..

    ReplyDelete
  4. Comelnya baca blog budak2. Mmg bagus blog ni utk asah skill penulisan

    ReplyDelete
  5. kenapa tak bagi sabtu ahad..cuti sekolah lama oii..haha

    ReplyDelete
  6. hahah ikut jejak mak dia pulak.. :D
    bergabung bagus nih

    ReplyDelete

sila tinggalkan komen anda...:)

Adbox