Breaking

Sunday, 7 January 2018

APA HUKUM DOKTOR LELAKI MENYAMBUT KELAHIRAN BAYI

Assalamualaikum.

hukum doktor lelaki sambut kelahiran bayi


APA HUKUM DOKTOR LELAKI MENYAMBUT KELAHIRAN BAYI Pengalaman saya bersalin 2 orang anak sebelum ni , kedua-dua nya disambut oleh doktor perempuan. Saya melahirkan 2 orang anak di Hospital Seri Manjung, Perak. Alhamdulillah dapat doktor perempuan. Masa dah bersalin, duduk di wad , yang memeriksa jahitan pun doktor perempuan.

Walaupun ada doktor lelaki yang tururt sama masa check jahitan tu tapi cuma doktor wanita je yang dibenarkan check jahitan. Doktor lelaki tu cuma tanya saya tentang keadaan saya sama ada dah buang air ke, dah makan ke dan tak buat pemeriksaan yang memerlukan dia menyentuh saya . .Memang kalau doktor lelaki yang buat pemeriksaan akan ada doktor perempuan.

Mungkin saya bernasib baik je...Orang lain yang pernah bersalin di Hospital Manjung ni mungkin berbeza pengalaman dengan saya. Tapi itu lah yang saya lalui dengan 2 kali melahirkan anak di Hospital Seri Manjung.Kita ambik kesempatan ni ucap terima kasih la pada doktor2 yang menyambut kelahiran anak saya tahun 2007 dan 2012. Nurse2 nya pun memang baik2 dan ramah2..Terima kasih semua..

Salah ke kalau doktor lelaki yang sambut kelahiran anak kita? Saya faham ada orang yang macam saya juga tak mampu nak pergi hospital2 mahal. Jadi kalau dapat doktor lelaki yang sambut kelahiran anak , nak buat macam mana..betul tak?? Tapi apa hukumnya kalau dokotr lelaki yang sambut kelahiran bayi?Tak berdosa ke doktor tu dan tak berdosakah kita?

Ada penjelasan tentang isu ini yang diberikan oleh Mufti Wilayah Persekutuan iaitu Datuk Dr. Zulkifli Mohamad al-Bakri .





APA HUKUM DOKTOR LELAKI MENYAMBUT KELAHIRAN BAYI

Tidak dibenarkan di sisi Hukum Syarak bagi lelaki untuk melihat kepada aurat wanita ajnabi, melainkan terdapat ḥājah (keperluan) dan ḍarurah (keperluan mendesak) untuknya. Antara bentuk pengecualian ialah rawatan al-faṣdu (venesection, venipuncture, phlebotomy), berbekam dan rawatan am. Ini kerana jika diharamkan akan mendatangkan ḥaraj (kesukaran) sedangkan ḥaraj dihilangkan oleh Syarak.

Justeru harus bagi lelaki merawat wanita dan wanita merawat lelaki, dengan syarat:-

1. Jika wujud perawat yang muslim, maka tidak boleh digantikan. 2. Ditemani oleh mahram, suami atau wanita yang dipercayai. 3. Ketiadaan perawat wanita, atau perawat lelaki bagi pesakit lelaki. 4. Perawat boleh melihat kepada bahagian badan selama mana ada keperluan kepadanya

“Bahawa Umm Salamah (isteri Nabi SAW) meminta izin drpd Rasulullah SAW untuk berbekam lalu Nabi meminta Abu Taibah untuk menjalankan rawatan bekam ke atas Umm Salamah."

Berkata Jabir: “Aku kira bahawa Abu Taibah itu adalah saudara susuan Umm Salamah atau budak kecil yang belum baligh.” Hadis riwayat Muslim (2206)

Rujuk al-Mu`tamad fi al-Fiqh al-Syafie oleh Syeikh Muhammad al-Zuhaili (4/50); Fiqh al-Manhaji (1/126-127)

Berkata Syeikh Mulla Ali al-Qari Rahimahullah: “Telah dijelaskan oleh para ulama kita bahawa sekalipun bukan mahram boleh untuk menjalankan rawatan bekam, fasdu, dan khitan.” Berkata al-Taibi Rahimahullah:

“Dibenarkan bagi lelaki ajnabi untuk melihatkan pada sekalian tubuh wanita bagi tujuan darurat dan rawatan.” Rujuk Mirqah al-Mafatih ٍ (no. 3103)

Justeru, termasuklah dalam kategori rawatan ini ialah menyambut kelahiran kerana ia melibat nyawa ibu dan anak jua. Kami syorkan hendak semua dawabit atau syarat-syarat yang dinyatakan di atas hendaklah dipatuhi bagi memastikan ketenangan bagi pihak pesakit, hospital dan keluarga -Mufti Wilayah Persekutuan Datuk Dr. Zulkifli Mohamad al-Bakri-

hukum dokotr lelaki sambut kelahiran bayi


APA HUKUM DOKTOR LELAKI MENYAMBUT KELAHIRAN BAYI

Jadi tak ada masalah untuk doktor lelaki menyambut kelahiran bayi.kalau ada wanita rasa tak selesa boleh la suruh suami sediakan duit untuk pergi ke hospital yang kita boleh pilih nak doktor wanita sahaja.

Tapi ikutkan pengalaman saya bersalin, masa kita tengah sakit nak beranak tu kita tak nampak dah siapa yang keluar masuk bilik bersalin tu. Doktor yang bantu kita masa melahirkan anak pun kita tak perasan muka dia macam mana..Apa lagi kita nak fikir pasal malu ke apa..yang kita fikir cepat sikit la anak aku keluar bagi habis hilang kesakitan tu..

sekian..


1 comment:

  1. Kes saya pun sama juga , kedua dua anak saya di sambut oleh doktor dan bidan wanita. Dan syukur sangat, saya tidak mengalami sebarang koyakan perineum, jadi tiada jahitan diperlukan..

    ReplyDelete

sila tinggalkan komen anda...:)

Adbox