Advertisement

ads

TREND MAKEUP SUAMI KINI MENULAR - DALAM ISLAM APA HUKUMNYA MAKEUP SUAMI SEPERTI WANITA

Assalamualaikum..



TREND MAKEUP SUAMI KINI MENULAR - DALAM ISLAM APA HUKUMNYA MAKEUP SUAMI SEPERTI WANITA

Orang perempuan kebanyakan nya memang suka makeup..Yang tak bersolek pun ada ramai yang suka tengok orang bersolek.

Disebab kan ramai yang suka bersolek dan tengok orang bersolek maka ramai la jurusolek berbakat yang buat video live di facebook dan instagram.

Ada juga yang buat video sekadar nak mencabar diri melakukan solekan.

Saya sendiri pun salah seorang yang memang suka tonton video live makeup dari ramai MUA berbakat ni .

Tapi sejak akhir-akhir ni makin menjadi-jadi trend makeup kan suami .

 Tak pe ke makeup kan suami ni?

Suami tak marah ke?

dalam islam pulak macam mana hukum nya?

Lumrah kita manusia memang suka kan kecantikan.Tak kira lelaki atau pun wanita kita lebih memilih yang cantik, yang elok, yang sedap mata kita memandang.

Tapi kecantikan wanita tak sama macam kecantikan pada lelaki. Orang lelaki tak boleh cantik macam wanita.Bila dah ada persamaan macam wanita hukumnya adalah haram.

Orang lelaki boleh nampak kemas ,rapi dan bersih.

Mereka boleh buat rawatan wajah, rambut, kulit atau pun kuku. Selagi ianya tak mengubah fizikal macam wanita ialanya tak salah.

Tapi bila ada ciri-ciri macam wanita, itu dah jadi haram dan berdosa,



Bulu mata lentik sebab pakai masakara, pipi merah sebab pakai blusher,Kulit pun berbedak tebal siap pakai shawl lilit2... memang macam perempuan.. Hukumnya haram,.

Biasa tengok pengantin lelaki makeup tak?pakai bedak, pakai pelembab bibir..itu tak pe.sebab masih nampak lelaki.

Jadi lepas ni kalau rasa nak makeupkan suami tu baik lupa kan sajalah. Yang suami pun gunakan lah kuasa anda sebagai suami untuk nasihat kan isteri dan terangkan pada isteri kenapa dia tak boleh solek suami  seperti  wanita,

Minta dia carikan model lain, jiran ke, anak perempuan ke,,

Mungkin ada yang kata "suami saya tak marah..awak pulak yang dengki.."

Sebenarnya suami tak marah sebab dia belum tahu benda tu salah..Kalau dia tahu salah mesti dia pun tak nak buat macam tu.

Zaman sekarang ni dah  ramai sangat pondan. Agaknya sebab tu bila lelaki bersolek macam wanita ianya dianggap perkara biasa.

Kalau pun niat korang hanya untuk suka2, ianya tetap haram dan berdosa. Bertaubatlah ..sesungguh nya Allah sentiasa menerima taubat hambaNya..

sekian..


Catat Komen

1 Ulasan

  1. Jalan menuju ke neraka itu memang halus

    Syaitan nak pujuk kita bukan melalui dosa besar

    Dia start dengan dosa kecil dulu

    Sikit sikit dia tarik sampailah dah terlambat

    Bertaubatlah

    BalasPadam

sila tinggalkan komen anda...:)