Advertisement

ads

RESEPI SUP TULANG LEMBU PALING SEDAP DAN SENANG

Assalamualaikum..

RESEPI SUP TULANG LEMBU PALING SEDAP DAN SENANG Menu kita hari ni ialah Sup Tulang Lembu paling sedap dan senang. Memang senang je resepi saya ni tak payah banyak sangat bahannya.

Resepi sup tulang lembu

Ramai yang tak suka kan sup daging yang rasanya terlalu berat sampai hilang rasa daging tu.betul tak?

Macam saya sendiri saya suka kan sup tulang yang rasanya ringan tak berempah tapi tetap sedap dan menyelerakan.

Sup tulang macam ni lebih syok kalau kita nak ratah. Misalnya ada Sup tulang gearbox yang selalu kita sedut guna straw tu,. Kalau terlalu berempah kita nak sedut pun rasa takut..pedih lubang hidung tau. Bahaya ..boleh tersedak.

Tapi kalau yang ringan macam ni memang syok la .Hahahah.

Kalau yang berempah kuat tu paling sesuai untuk buat bihun atau mee sup. Itu kalau mengikut citarasa dan selera saya la. Bagi yang suka Sup tulang atau sup gearbox yang ringan untuk ratah2 boleh la ikut resepi saya ni..

Ok..Jom kita tengok resepinya pulak macam mana..Tak susah pun..Untuk tulang nya saya gunakan hanya 4 ketul tulang.Saiz nya dalam segengam je.besar penumbuk??Nak penumbuk??hahaha

Resepi Sup Tulang Paling Sedap dan Senang.


Bahan-Bahan-

4 ketul tulang lembu
2 biji bawang besar
5 ulas bawang putih
2 inci halia
1 inci lengkuas
1 bungkus sup bunjut (sup tulang)
1 batang kulit kayu manis
2 kuntum bunga lawang
3 kuntum bunga cengkih
3 biji buah pelaga
2 biji tomato
Daun bawang
Daun sup
Garam secukup rasa
1/2 senduk minyak masak





Cara-caranya:

1- bersihkan tulang kemudian rebus dengan  5 cawan air dan sup bunjut sampai daging lembut. Petua lembutkan daging ni ada banyak.Tapi yang biasa saya buat ialah rebus tulang dan daging dengan memasuk kan garfu atau sudu besi.

Kalau ada yang guna garfu besi tapi daging tak lembut tu rasanya mungkin sudu tu bukan besi la kot.Sebab saya sendiri pernah cuba guna garfu yang nampak macam besi tapi daging tak lembut.Dia ada jenis2 besi jugak la gamak nya..

Kalau sudu dan garfu jenis besi ringan tu memang tak lembut dagingnya..Guna sudu dan garfu jenis besi yang berat,

2- Rebus daging dalam 30-45 minit je.. Lagi lembut daging tu lagi sedap la..Sementara tunggu daging lembut kisar bawang putih, bawang besar , halia dan lengkuas.

3-Bila daging dah lembut , panaskan minyak dalam kuali .tumis kulit kayu manis, bunga lawang, bunga cengkih dan buah pelaga. Kemudian masuk kan bahan kisar tadi.

4- Bila dah perang dan naik bau masuk kan terus kedalam periuk yang ada tulang dan daging tadi.Masuk kan dengan minyak nya sekali.

5- Masuk kan garam dan biarkan hingga mendidih.

6- Bila dah mendidih potong tomato 4 bahagian  dan juga hiris daun bawang dan daun sup.Hiris nipis2 dan masuk kan ke dalam periuk tadi.

dah siap sup tulang dan daging kita ni...


resepi sup tulang lembu


Bila buat sup tulang atau sup daging ni saya paling suka makan dengan air asam.
Cara nak buat air asam senang je..

1 biji bawang besar + 1 biji tomato + 10 tangkai cili padi + belacan + garam + perahan 3 biji limau kasturi   + kerisik + 1 senduk air.

Kisar je semua dah pun siap untuk dihidangkan...

Bagi yang tak suka makan dengan air asam korang boleh masuk kan perahan limau nipis kedalam periuk sup tadi . Masuk kan selepas api ditutup... Kalau nak sup tu pedas sikit , campurkan saja 3-4 tangkai cili padi masa kisar bawang untuk menumis tadi..ok..Paham tak??

Jangan tak cuba tau...

sekian..

Catat Komen

4 Ulasan

  1. Akak paling suka sop yang simple dan jernih camni, tapi air asam tu guna kerisik akak tak pernah lagi coba, semalam first time buat air asam, akak boh gula melaka sikit .. sikit ja biar ada masam manis hihi

    BalasPadam
  2. dari kenyang boleh jadi lapar balik tengok sup tulang ni

    BalasPadam

sila tinggalkan komen anda...:)