Advertisement

ads

RESEPI CHOCOLATE CAKE BAR RINGKAS DAN SEDAP

Assalamualaikum...

resepi coklat cake bar


RESEPI CHOCOLATE CAKE BAR RINGKAS DAN SEDAP Hari  ni saya nak share satu resepi cake bar yang sangat sedap dan ringkas saja nak membuatnya. Sebenarnya saya tak de rancang pun nak buat cake bar ni.

Tapi tiba-tiba je kawan saya yang ada buat bisnes menjual cake bagitau dia ada sikit  lebihan kek kat rumah.Kek tu belum ada topping. 

Kek yang dipotong bahagian tepinya sebab tak cantik.So dia nak bagi kat saya supaya saya buat bebola coklat.

tapi atas sebab tertentu saya nak buat cake bar je la..Lebih mudah dan cepat.Tak sampai 5 minit dah siap.

resepi coklat cake bar

Anak-anak suka cake bar ni dan kebetulan kawan-kawan anak saya pun ada datang dan saya jamu cake bar ni pada diaorang.Memang diaorang suka la.

Cake bar ni sangat sesuai untuk jamuan2 dan makan petang.

Tambah2 lagi ada coklat dibahagian atas tu.

Jom kita tengok resepi Chocolate Cake bar yang ringkas dan sedap ni.

coklate cake bar paling sedap

Resepi Chocolate Cake bar 

Bahan-bahan:

1 biji kek coklate yang tak de topping.kalau tak ada kek coklat boleh buat gunakan resepi ini, (RESEPI KEK COKLAT MUDAH DAN SEDAP)
1 genggam kacang Walnut atau boleh guna kacang almond
1 genggam kismis (kalau suka.. saya tak letak)
2 sudu besar susu pekat

Bahan untuk topping coklat:

50g coklat masakan
50g butter
20g serbuk coco

Cara-caranya;

1- Hancurkan kek .Guna hujung2 jari je supaya jadi macam serbuk.

2-Masuk kan susu pekat dan kacang walnut .Kacang walnut tu boleh di ramas2 bagi lebih kecil kalau tak nak besar2 sangat.

3-Ambil loyang petak 8x8  . kemudian mampat kan adunan tadi. Tekan2 bagi dia sama rata dan betul2 padat.Masuk kan dalam peti sejuk.

Sekarang kita buat topping coklat nya pulak.

Masuk kan coklat bar atau coklat masakan , butter dan serbuk koko ke dalam satu bekas.kemudian cair kan.Boleh cair kan guna mikrowave atau boleh guna teknik double boiler.
Tapi saya guna mikrowave selama 1 minit je.

Kacau2 coklat tu bagi rata dan sebati dengan serbuk koko kemudian tuang atas coklat cake bar yang kita dah mamapatkan tadi.

Rata kan bahagian atas.Kemduain masuk kan dalam peti sejuk selama sejam atau lebih.

Bila dah siap boleh la dipotong dan dihidang kan.



resepi coklat cake bar sedap

Selepas letak topping coklat korang boleh tabur kan kacang kalau suka..atau pun hiasan2 lain.Coklat rice pun ok jugak..

Yang best nya dengan resepi ni ialah korang bebas nak masuk kan apa saja yang korang suka dalam kek yang dihancur kan tu.

Senang..kan??Daripada kek yang biasa-biasa terus jadi kek bar yang cantik, dan sedap .Korang boleh cuba buat bersama dengan  anak-anak di masa cuti sekolah ni. cara membuatnya pun mudah saja .tak payah bakar-bakar.

selamat mencuba..

sekian..

Catat Komen

1 Ulasan

sila tinggalkan komen anda...:)