Assalamualaikum..
Jalan-Jalan Cari Makan adalah antara rancangan yang saya suka tonton di hujung minggu. Memang best tengok keletah pengacaranya Nazz dan tambah best bila kita diperkenalkan dengan restoran dan kedai-kedai makan menarik seluruh Malaysia.
Macam-macam hidangan yang kita boleh tengok dalam rancangan ni.Dari makanan tempatan sampai le ke makanan barat .
Bila kita tengok masakan-masakan yang di tunjuk kan dalam rancangan ni mesti kita fikir yang restoran dan tempat makan ni mesti mengutamakan kebersihan memandangkan cara makanan tersebut di persembahkan tak ubah macam hidangan di hotel-hotel besar.
Tapi apa yang didedahkan oleh pengacara Jalan-Jalan Cari Makan , Nazarudin Rahman , ialah tidak semua restoran dan kedai makan tersebut betul-betul bersih
Dalam satu post nya di twitter Nazz memuji salah seorang chef yang dikenali sebagai Chef Yang dari Hebe. Nazz memuji cheff tersebut kerana keadaan dapur nya yang amat bersih dan itulah dapur paling bersih sepanjang dia mengacarakan rancangan popular tersebut
Nazz juga mengakui dapur-dapur yang paling kotor kebanyakan nya ialah dari kedai-kedai makan dan restoran milik orang melayu.
Nazz menceritakan pengalaman dengan seorang tukang masak yang memakai kopiah mendakwa restorannya halal namun terdapat najis kucing di lantai dapur restoran tersebut.Setelah diminta untuk dibersihkan , tukang masak itu kemudian nya akur dengan arahan tersebut
Namun dia mengakui jika dapur terlalu kotor mereka tak dapat cover. "cemana nak review kalau saya sendiri geli" tulisnya sebagai membalas salah satu komen .
Halal bukan lah cuma bermaksud restoran tersebut tak ada babi dan arak tapi halal juga melibatkan kebersihan dan cara kita menguruskan makanan kita,
Dah banyak video-video restoran yang mempunyai sijil halal dan terpampang logo halal di depan premis menjadi viral gara-gara bab kebersihan diabaikan . Dari dapur hingga lah ke tandas penjagaan nya diabaikan dan sangat-sangat mengecewakan.
Ini juga sebab kenapa saya tak suka menggunakan tandas dan melalui bahagian dapur apabila keluar makan di retoran dan kedai makan,
Takut hilang selera makan saya,.
sekian
5 Ulasan
teruk betul perangai... mcm mn nak laku kalau part mcm tu pn x terjaga meskipun pelanggan x nmpk
BalasPadamHalal dan suci dua kombinasi yang sangat penting direstoran..hotel waima gerai makan tepi jalan sekalipun..dari tukang ambil order hinggalah tukang masak mesti jaga kebersihan dan adab.
BalasPadamadoi kalau dh berniaga kebersihan jd keutamaan juga. bukan makanan yg sedap j
BalasPadamsusah kan nak cari yg bersih
BalasPadamTaubat xnk mkn kedai mamak sbb penah guna toilet die.. klu mkn kt kedai mane2 pon mesti nk tgk keadaan skeliling dlu cmne..tgk pinggan jela tahu cmne kedai tu kn..huhu..teringat kt member ni sebelum mkn dia agkt pinggan die tnjuk belah bawah cmne..adui..terus die xslera mkan..
BalasPadamsila tinggalkan komen anda...:)