Advertisement

ads

BAHAYA PERMAINAN MATI 5 SAAT. ANDA MUNGKIN BOLEH DIDAKWA MEMBUNUH

Assalamualaikum...

BAHAYA PERMAINAN  MATI 5 SAAT. ANDA MUNGKIN BOLEH DIDAKWA MEMBUNUH Zaman sekarang macam-macam permainan pelik yang muncul . Zaman saya dulu jarang-jarang kami bermain permainan indoor . Kalau ada pun hanya di sekolah. Permainan outdoor memang banyak tapi memang tak bahaya pun.



Tapi sekarang kalau permainan outdoor tu banyak sangat risiko bahaya. Rasanya lebih baik korang main congkak dalam rumah je la kalau nak cipta permaianan2 pelik dan boleh membawa maut .

Terbaru permainan mati 5 saat atau Pass Out Challenge yang jadi viral sejak 2, 3 hari ni apa bila tersebar video sekumpulan remaja bermain permainan mati 5 saat. Semalam pun saya ada tengok video ni dalam berita .


Video permainan ini juga sudah banyak dimuat naik di youtube dan ini merisaukan saya sebagai ibu bapa . Saya takut kalau-kalau  ada anak-anak kita turut mencuba permainan ini.

Kalau nak tahu cara permainan nya boleh tengok video di bawah ni..



Menurut Dr Afiq Rahim @DAR  diklaman twitter nya - Bahaya game "mati 5 saat" , pemaian berisiko tinggi mati terus, stroke , heart attack dan ribs fracture.

Antara nama lain game ini ialah Pass Out Challenge.
Risiko lain adalah serangan sawan, kedederaan kepala semasa pengsan dan masalah kerosakan saraf.

Menurut American Heart Assiciation sekiranya kejadian berlaku, setiap satu minit kelewatan memberi rawatan mangsa berisiko mati sebanyak 10 %.

Tekanan kemana-mana salur darah ke otak akan menyebabakan pengsan, Ada banyak versi permainan ini.Antaranya cekik leher, tekan dada dan sebagainya.



Sekiranya mangsa tersebut mati , rakan-rakan yang terlibat dalam permainan ini akan didakwa atas tuduhan membunuh .

Kesihan betul dengan anak-anak mudak zaman sekarang ni..Dah tak de idea  ke nak mencipta permainan yang lebih berfaedah.

Anak-anak muda dipalestin rela mati syahid berjuang tapi anak muda kat negara kita lebih memilih untuk mati katak  dengan main game yang mengarut ni.

Sebarkan pada rakan-rakan korang.Perhatikan jika ada orang sekeliling korang bermain permainan ini , disekolah, di rumah dan dimana sahaja.Beri kesedaran pada mereka supaya malang tidak menimpa.

sekian..

Catat Komen

2 Ulasan

  1. Byk lg permainan lain boleh try kan, yg ni mmg merisaukan....

    BalasPadam
  2. Permainan yang berisiko untuk mati..minta minta dijauhkan..

    Kepada Anak Anak kita

    BalasPadam

sila tinggalkan komen anda...:)