Advertisement

ads

ANDA PATUT CUBA EATON'S METHODS : CARA BUAT ANAK IKUT APA YANG KITA SURUH

ANDA PATUT CUBA EATON'S METHODS : CARA BUAT ANAK IKUT APA YANG KITA SURUH |  Memujuk anak-anak untuk buat perkara yang mereka tak suka bukan nya mudah.. Saya nak ceritakan satu pengalaman berdepan dengan keadaan dimana anak menolak untuk buat apa yang kita nak.

Satu hari saya terima kiriman whatsapp dari guru sekolah anak saya /Dia bagitahu anak saya terpilih untuk masuk pertandingan membaca artikel dan Puppet Show.



Saya agak terkejut sebab anak saya ni seorang pemalu dan tak suka menonjol di depan orang ramai. Awal2 saya memang tak setuju sebab saya takut anak saya mengamuk pulak nanti.

Risau saya memikirkan nya sebab dia memang nampak tak berminat langsung.. Mesti cikgunya kecewa kalau tahu.hahahah..

Tapi saya ambil keputusan untuk pujuk dia dulu.Walau saya tahu pujuk anak saya untuk buat benda yang dia tak suka bukan lah perkara yang mudah tapi saya akan cuba.Mana tahu dengan pertandingan ni boleh hilangkan sikit perasaan malu dia.

Sebelum tu saya kena tahu dulu di mana saya patut mulakan.Saya tahu dengan memaksa nya tak akan membuatkan anak saya bersetuju dengan apa yang saya mahukan.Saya perlu lakukan dengan perlahan-lahan untuk membuatkan perasaan anak saya berubah.




Cara yang akan saya kongsikan ini adalah yang pernah disaran kan oleh hypnotherapist .Dengan cara ini kita boleh tinggalkan cara menjerit dan mengugut yang selalu kita gunakan sebelum ni..hahahah.. kaedah ini diberi nama Eaton's methods yang biasa digunakan dalam pengiklanan untuk mempengaruhi pelanggan.



1. Sentiasa beritahu apa yang kita  mahu anak kita lakukan dan bukan dengan cara memberi AMARAN!

Pernah dengar tak orang tua-tua kata "lagi kita kata jangan buat , lagi tu la dia nak buat" ..sebab anak tak faham kenapa tak boleh bangun lewat?kenapa tak boleh malas?

"Jangan bangun lewat.."
"jangan malas belajar.."
"jangan ponteng sekolah.."

Kata-kata seperti ini bersifat produktif. Anak kita tak kan faham apa yang kita mahukan Mari kita ubah ayat-ayat tersebut supaya lebih positif dan lebih difahami.

"esok kita bangun awal dan lihat siapa yang paling awal mandi.."
"jom kita belajar bersama supaya keputusan peperiksaan kita bagus"


Untuk kes anak saya ni apa yang saya buat hanya beritahu apa yang dia perlu buat.

" .. Kita akan buat persembahan paling bagus nanti.Mesti cikgu seronok..."

berbanding sebelum ni saya kata

" kena join jugak sebab cikgu suruh.."



2- Pura-pura bagi pilihan.
Pernah tak korang berada dalam situasi malas nak layan kehendak anak ..Misalnya anak sedang duduk di katil dengan wajah murung kerana tak mahu ke sekolah. korang masuk ke dalam bilik buka almari sambil bertanya

"..Hari ni  pakai baju sukan atau uniform sekolah..?"
"..sebelum ke sekolah kamu nak minum susu atau pun coklat..?"


Ini membuatkan yang anak tidak mempunyai pilihan lain kerana kita dah putuskan yang dia tetap akan ke sekolah..

Saya bagitau Mikhail hari tu.. "...Nanti kat atas pentas kalau adik tak mau baca , cuma diam saja pun tak pe.."

Saya bukan saja dah tetapkan yang dia akan naik ke pentas malah saya bagi pilihan sama ada nak baca atau pun tak.




3- Tunjuk kan kita juga berminat dengan perkara tersebut

Kalau kita tak minat anak pun rasa tak teruja. Dia mungkin akan anggap apa yang kita nak tu bukan lah perkara yang betul2 kita nak dia lakukan.Tapi dalam masa yang sama kita jangn tunjuk seperti kita memaksa.

Misalnya bila kita nak anak kita siap kan meja makan.

Apa yang kita buat untuk tunjuk yang kita betul2 nak dia buat ialah arahkan dia buat perkara tu dengan segera dan seolah-oleh kita tergesa-gesa.

"'.. pinggan dan gelas kegemaran kamu ada  di rak bawah..boleh bawak ke meja dan susun .."

atau kita boleh guna ayat

".. Tak sabar nak makan malam sebab ibu ada masak rendang ayam untuk kamu...."

Sebelum hari pertandingan saya dan ahli keluarga lain banyak bercakap tentang pertandingan ni.Kadang-kadang kakak nya juga akan turut membaca sama untuk tunjuk minat pada perkara tersebut.jadi dalam masa sama dia akan nampak yang kita berminat dengan apa yang berlaku pada dia.



Alhamdulillah..Dia naik juga ke pentas dan berdiri berdepan dengan orang ramai walaupun dia tak bersuara lansung.Tapi dia dapat tepukan gemuruh sebab berani dan saya tahu dia gemuruh sebab dia peserta pertama.hahah..

Lepas turun dari pentas dia tanya saya

"kenapa adik diam pun orang tepuk tangan..?"

dan saya jawab

"...sebab adik berani..Kita tak boleh takut untuk buat benda yang betul.."

wajah yakin disebalik tirai.. :)


Dan mengejutkan sangat bila dia bersedia dan tak sabar untuk persembahan kedua iaitu Puppet Show.. Untuk Puppet Show bacaan nya lancar dan jelas.Memang tak nampak takut2 pun dalam suara nya tu..

Walaupun anak saya tak menang tapi saya seronok sebab ianya buat anak saya berani dan dia kata tahun depan nak masuk pertandingan ni lagi.. lega saya rasa!hahahh

Korang pun kalau nak try cara ni boleh la google sikit tentang  Eaton's methods for kids .







Catat Komen

7 Ulasan

  1. perkongsian yang sangat menarik.. Kena cuba ini..

    BalasPadam
  2. NICE share dik, nnti akak nk google jgk psl eatons methods lah, mana tau sesuai utk aiyan...
    sblm ni mungkin cara kami salah, sbb agak ssh skit nk bg arahan atau nk aiyan bt satu2 benda kalau dia tak suke...
    moga eatons methods ni dpt membantu...

    bt mikhail, acik salute ngn mikhail sbb berani

    BalasPadam
  3. terima kasih atas perkongsian..boleh la saya cuba praktik dekat anak nanti..

    BalasPadam
  4. singgah hari selasa
    bz day this week

    BalasPadam
  5. Oh, Eatons Method ke nama dia? Saya mmg guna cara ni kt anak. Biasa saya terus suggest apa yg dia patut buat tanpa berkata jangan. Contohnya, "Luth, pukul 7 suku, kena berhenti main tab.". Atau, kalau nak makan gula-gula, kena makan nasi dulu.

    BalasPadam
  6. yup kena guna ayat yg positif. minda kita tak xdpt kesan perkataan TIDAK/ JANGAN

    Jemput singgah baca artikel terbaru saya

    BalasPadam
  7. hampir salah faham td baca tajuk yg tgh² je🤣😆 adoii...

    BalasPadam

sila tinggalkan komen anda...:)