Breaking

Wednesday, 23 August 2017

TEWAS DI KEJOHANAN DUNIA DATO LEE CHONG WEI MOHON MAAF PADA RAKYAT MALAYSIA

Assalamualaikum...


Dalam kegembiraan rakyat Malaysia menyambut kejayaan atlit-atlit Malaysia di sukan Sea yang sedang diadakan di Kuala Lumpur , tercalit perasaan sedih apa bila Dato Lee Chong Wei tewas dalam pusingan awal pembukaan 
Kejohanan Dunia di Glasgow, Scotland, semalam..

Dato Lee Chong Wei Tewas kepada Brice Leverdez, dari Perancis, dengan kekalahan 19-21, 24-22 dan 17-21 pada pertarungan selama 75 minit itu

Sebenarnya apa yang menyedihkan bukan lah kekalahan Dato Lee Chong Wei tu tapi disebabkan status permohonan maaf nya kepada rakyat Malaysia yang sudah tentu mengharapkan kemenangan beliau.

Dari status nya tu kita tahu yang dia sedih dan betul-betul dah cuba buat yang terbaik.Tapi tak apa lah..Dia tak perlu minta maaf pun sebenarnya.Dah banyak yang dia lakukan untuk negara kita ni.kan??


Walaupun beliau kalah dan meminta maaf  , ramai yang meluahkan rasa bangga dengan kejayaan-kejayaan  Dato Lee Chong Wei sebelum ini yang berjaya menaik kan nama Malaysia.

Malah beliau dianggap lagenda dalam sukan badminton 





Diharapkan lepas ni akan muncul lebih ramai pemain-pemain hebat seperti Dato Lee Chong Wei yang akan menjadi pelapis dan menaik kan nama Malaysia dalam sukan bertaraf antarabangsa.Tahniah Untuk Dato Lee Chong Wei 

sekian..

7 comments:

  1. Assalamualaikum diana. lagipun usia dato kan dah tua

    selalu orang pangkat datuk ni main dengan cucu saja

    atau kira duit pencen

    Hehe

    Datuk lain lah

    Kalau datuk badminton kira duit hadiah kot

    ReplyDelete
  2. bg akak mmg tak perlu lah dia nk minta maaf tuh, tp DLCW ni mmg jenis yg down to earth, sbb tu dia rasa bersalah... apa lah sgt kalah sekali dua sedangkan selama ni dia dh bermati-matian berpenat lelah menaikkan nama malaysia di mata dunia...

    ReplyDelete
  3. DATUK LCW TERLALU BYK TABUR JASA N MENGGEMBIRAKAN MSIA DGN KEMNANGAN YG DIRAIH BRULGKALI..

    ReplyDelete
  4. Sian LCW... Dah berusia untuk menjadi pemain badminton... Tapi tu lah Malaysia masih tiada pemain pelapis yang berwibawa... Semalam tgk Semi Finals Lelaki Sukan Sea 2017 lawan Singapura pun jenuh...

    ReplyDelete
  5. sian gak LCW, lagpun dia dah berumur sebenarnya selama mana sangat dia boleh main.

    ReplyDelete

sila tinggalkan komen anda...:)

Adbox