Breaking

Wednesday, 26 July 2017

MASAK CHAPATI TAK BULAT JADI PUNCA WANITA INI DIBUNUH SUAMINYA

Assalamualaikum..


Selalu sangat dah kita dengar suami isteri bergaduh disebab kan perkara-perkara kecil.Lebih teruk lagi perkara-perkara kecil tu membawa kepada penceraian.Selalunya ianya disebabkan dua-dua pihak tak mau bersabar dan tak sanggup mengalah.masing-masing nak menang.kemudian mula la saling cabar mencabar dan akhirnya rumahtangga dibina hancur berkecai disebabkan perkara yang boleh selesai dengan diam dan sabar.

Dapat pulak suami panas baran  yang silap sikit nak pukul.Tak cukup dengan perang mulut habis kaki tangan hinggap ke tubuh isteri. Lebih parah hingga membawa kepada kematian seperti yang berlaku pada satu pasangan suami isteri ini.



Simran seorang wanita berusia 22 tahun yang pandai memasak.Namun bentuk Chapati nya yang tidak bulat dengan sempurna kerap menjadi punca pergaduhan dia dan suaminya.

Pasangan yang tinggal di Jahangirpuri , New Delhi ini mempunyai seorang anak perempuan berusia 4 tahun.Simran  sedang hamil anak kedua .Pasangan ini kerap bertengkar tentang bentuk Chapati yang dimasak oleh simran kerana tidak berbentuk bulat.Kemuncak pertengkaran mereka berlaku malam sabtu lalu kira-kira jam 10 malam apabila suaminya menendang perutnya ketika bertengkar disebabkan Chapati



Dalam pergelutan anak perempuan nya cuba membantu simran namun dihalang dan suaminya mengherat anak nya dan mengunci anak nya sendirian di dalam bilik.Dia kemudian nya mencekik Simran hingga mati.

Sekitar jam 4 pagi polis menerima panggilan dari abang Simran memaklumkan adik nya sudah tidak sedarkan diri manakala anak Simran di kurung dalam bilik.Polis dan paramedik bergegas ke Flat pasangan tersebut dan mendapati suami Simran sudah melarikan diri dan Simran disahkan sudah meninggal dunia.

Sekian..




4 comments:

  1. Allahuakbar... sbb bentuk capati sampai nk membunuh..
    kalau jumpa laki dia tu, tendang perut dia berkali2 sampai terberak kencing...

    dasar jantan tak guna

    ReplyDelete
  2. Masalah mental betul. Kau ingat kau makan capati tu dia akan membulat jugak ke dalam perut kau? Ai is emoooo..... dayusss punya jantan... !@#$%^&*********

    ReplyDelete
  3. Dah semakin pelik dah nampaknya perangai manusia sekarang. Kes macam ni pun boleh bunuh membunuh. Macam cerita Seniman Bujang Lapok, sebab masak asam tak taruk belacan, nak pancung si isteri. Namapknya Allahtarham Tan Sri P Ramlee bijak meramal masa depan.

    ReplyDelete
  4. alamak spesis gini pun adaaaaaa ke dalam dunia. tenat jugaklaaa manusia2 sekadang ni.

    ReplyDelete

sila tinggalkan komen anda...:)

Adbox