Assalamualaikum...
 |
Reuters |
Sejak sekian lama saya cuma tahu kalau merawat luka melecur dan terbakar yang serius biasanya doktor akan guna tisu manusia .Ada sesetengah negara yang guna kulit babi.Tapi ada satu penemuan baru yang lebih menjimatkan kos dan kalau bagi kita orang islam tak payah la lagi nak risau2 kalau doktor tu tertampal kulit babi kat luka kita..hahahaha...ada ke sampai doktor tu "tertampal" kulit babi??Tak la kot..saja je saya merapu sikit..hhahahah
Satu ujian rawatan baru untuk luka melecur dan terbakar yang teruk menggunakan kulit ikan Talapia telah dijalan kan di Brazil. Rawatan menggunakan Kulit Ikan Talapia ini dikatakan mampu meringankan kesakitan mangsa dan mengurangkan kos perubatan.
Penggunaan kulit ikan Talapia bagi menggantikan tisu manusia dan kulit babi adalah alternatif yang terpaksa digunakan oleh pakar rawatan di Brazil akibat kekurangan tisu manusia dan kulit babi.Para saintis di Universiti Persekutuan Ceara di utara Brazil mendapati bahawa kulit Talapia mempunyai kelembapan, kolagen dan rintangan penyakit pada tahap yang setanding dengan kulit manusia, dan boleh membantu dalam penyembuhan.
 |
Reuters |
 |
Reuters |
 |
Reuters |
 |
Reuters |
 |
Reuters |
 |
Reuters |
Memang bagus betul ikan Talapia ni..kan?? Kalau balut dengan kain kasa tu bermakna kena tukar setiap hari, dah tentu prosesnya juga menyakitkan , kos pun bertambah.Tapi bila guna kulit ikan Talapia ni proses sembuh tu pun cepat dan tak payah nak tukar setiap hari.
Prose rawatan pun senang sebab ianya cuma guna kulit ikan Talapia saja.Tak memerlukan ubatan atau krim yang perlu di sapu pada kulit.Selepas 10 hari baru la kulit ikan Talapia tu akan dibuka.Cukup 10 hari kulit ikan tu kan kering dan terbuka dengan sendiri.
sekian..
BANYK MNFAAT UNSUR ALAM YG XDIKETAHUI SELAMA INI ADA NILAI PERUBATAN YG TINGGI ALLAH TURUNKAN ILHAM AKN PENEMUANNYA
ReplyDeleteoo kulit ikan tu tanggal sendiri la. sebab dia guna collagen dari ikan tu sebenarnya kan
ReplyDeleteSeram juga kalau dah ada kes terbakar begitu..
ReplyDelete