RESEPI RENDANG AYAM YANG MUDAH DAN SEDAP

Assalamualaikum...

Malas betul la nak buka blog hari ni..Mood hilang..tapi bukan boleh turut sangt kan??jadi 
buka juga la blog dan kita update la apa kita masak hari ni..
Dah tentu lah rendang ayam.Rendang Ayam saya memang mudah je nak buat.
tak payah nak tumis2 la..tak payah nak tunggu2..Simple tapi rasanya memang sedap.
 Boleh pulak bila dah siap masak pindah kan dalam periuk besar sikit..lepas tu teringat nak ambik gambar..malas nak hidang2 dalam pinggan,sebab malas basuh jadi ambik je gambar dalam belanga ni..heheheh..
Jadi kalau rupa tak menarik tu jangan marah ye..hehehh..Makcik memang asal boleh je...



Ok ..jom la kita tengok resepi dan cara buat Rendang Ayam mudah dan sedap ni..
betul ke mudah sangat???


Bahan-bahan:

1 ekor ayam (potong ikut suka nak besar mana dan bersihkan )

 1 cawan santan pekat 
1 cawan air
2 sudu besar kerisik
2 helai daun kunyit
1 batang kulit kayu manis
3 kuntum bunga lawang
1 sudu kecil garam dan 1 sudu besar gula 

Bahan yang dikisar bersama:-

10 tangkai cili kering
10 biji bawang merah
10 ulas bawang putih
2 inci halia
5 batang serai.( dihiris halus)
2 inci lengkuas
1 inci kunyit hidup



Cara-caranya..

* Kisar semua bahan2 yang perlu dikisar.

* -masuk kan bahan kisar ke dalam kuali.

* masuk kan ayam, kerisik, santan pekat ,air ,kulit kayu manis,bunga lawang, garam dan gula

* buka api dan masak hingga kering dan naik minyak nya...

* hiris daun kunyit nipis2 dan masuk kan dalam kuali..gaul sebati..

 dah siap..boleh la makan dengan lemang atau pun nasi impit..




mudah kan??nak masak rendang ni api kena sederhana je..tunggu time dia menggelegak tu memang berkecah la atas dapur..dah la kuali makcik comel je...hahahah...sabar je la..nak makan sedap kan??

selamat mencuba...
sekian...



RESEPI RENDANG AYAM YANG MUDAH DAN SEDAP RESEPI RENDANG AYAM YANG MUDAH DAN SEDAP Reviewed by Diana Rashid on 13:48:00 Rating: 5

15 comments:

  1. tergoda la tengok ayam rendang ni..nak..nak..:)

    ReplyDelete
  2. resepi mudah ni bahannya biasanya dh ada di dapur boleh dimasak bila2 masa2 saja...buat hidangan raya haji pun sedap ni,,,tq resepinya.

    ReplyDelete
  3. eh mudah je ek ..aku pun suka rendang yang cam ni tak berempah bagai tu .....

    ReplyDelete
  4. sekarang memang memacam resepi dan cara memasak rendang mudah dan sedap...kenapa dulu cam susah beno nak masak rendang pastu dapat makan nye time raya je...sekarang pi warung nasi lemak pon ada lauk rendang...nak dekat2 raya ni semangat baca n3 bab rendang ni lain macam la...ekekek

    ReplyDelete
  5. Tiga hari lps sy buat rendang camni. Separuh mkn separuh frozenkan. Klu lapar mlm2 blh mkn. Ekeke..

    ReplyDelete
  6. nak cuba buatlah resipi diana ni
    saya belum penah masak rendang
    ni raya MIL tak ada. kena juga masak ni. adehh

    ReplyDelete
  7. elok naww la resipi nak dekat2 raya ni...

    ReplyDelete
  8. sedapnye terus jadi lapo dah memalam ni kan huahauhauah

    ReplyDelete
  9. memang nampak sedap tu.. bahan-bahannya pun tak banyak.. berkeroncong perut aiza tengok gambar tu.. hehe..

    ReplyDelete
  10. esok bermulalah makan rendang sana sini..sedapnya!

    ReplyDelete
  11. Aaaaa dappp.. raya baru ni kan deno makaan rendang je sehari tu.... dappp

    ReplyDelete
  12. sedapnye resepi ni..bole cuba buat ni..:-)

    ReplyDelete
  13. bila masak rendang..mesti terasa cam nak beraya...even puasa pun belum...feeling rendang perantau betul..haha

    ReplyDelete
  14. bila masak rendang..mesti terasa cam nak beraya...even puasa pun belum...feeling rendang perantau betul..haha

    ReplyDelete
  15. Maknanya rendang ni xpayah tumis n isi minyak masak ye?

    ReplyDelete

sila tinggalkan komen anda...:)

Powered by Blogger.