Advertisement

ads

BOLEH KAH SUAMI MEMUKUL ISTERI




Boleh kah suami memukul isteri?? Apa hukum nya??
Ramai wanita merasakan seorang suami tidak patut memukul isterinya.
Lelaki tersebut akan digelar dayus jika dia memukul isteri.
Bagaimana pulak dalam islam..? Adakah memukul isteri di benarkan??

Dalam islam memukul isteri hanya dibenarkan jika bertujuan untuk mendidik. Tapi mestilah ianya tidak melampau sehingga boleh menjatuhkan maruah isterinya. Ianya juga sebagai jalan terakhir jika kaedah sebelum ini tidak berjaya. Sebelum menampar atau memukul isteri suami perlu lah menasihati dan menggunakan cara yang lembut dan mesra atau pun berpisah tempat tidur. Tapi jika cara yang lembut tak berkesan baru lah boleh memukul isteri. 


Cara memukul pula bukan lah sehingga memudaratkan isteri. Contohnya sehingga cedera parah,meninggalkan bekas seperti lebam dan bengkak, cacat, atau pun hingga kehilangan nyawa. Jadi sebaiknya elak kan memukul isteri ketika dalam keadaan marah.

Selain tu syarat yang dibolehkan memukul isteri ialah bukan dibahagian muka dan pukulan tersebut tidak  meninggalkan kesan.



Sesempurna iman orang-orang mukmin ialah yang paling baik kelakuannya, dan yang paling lembut terhadap isterinya

- Riwayat Imam Al Bukhari dan Muslim-

Tapi macam mana kalau suami tak boleh kawal marah?? Satu tips untuk kaum lelaki.. Jika sedang marah digalak kan untuk mengubah posisi. Kalau sedang berdiri ,duduk la.. Kalau sedang di depan, bergerak la ke belakang.. Kalau sedang  didalam,baik lah keluar sekejap. Paling elok cepat2 beredar untuk ambil wuduk supaya kemarahan akan reda.

Setiap pasangan suami isteri perlulah lebih menjaga tuturkata dan tingkah laku. Jadi sebelum memukul isteri lebih baik berikan nasihat dan kata-kata yang melembutkan hati isteri. 


Catat Komen

6 Ulasan

  1. Pukul pun bukan sebarang pukul. Kena ada niat utk mendidik dan rasa kasih bukan amarah. Bukan juga dgn senjata dan buku lima yg keras. Kena guna yg lembut seperti dikatakan libas dengan hujung saputangan. Bayangkan lembut aje Dee... ini kalau sampai lebam-birat memang tak ada dalam ajaran Islam..

    Yg jadi isteri pun kenalah tahu jgn buat silap. Dosa besar buat marah suami.

    BalasPadam
  2. Dua2 kna brtolak ansur la kan, suami takkan mrh pukul istri tnpa sbb..mlainkn memg klau suami tu dayus.

    BalasPadam
  3. Pukulan manja... digalakkan,, ehe

    BalasPadam
  4. Tak boleh bayangkan jenis suami yang suka pukul isteri. Dan lagi tak terbayang, bila mana ada isteri yang sering dipukul tapi 'redha' aje. Kalau kita buat silap tu, tegurlah. Kalau dah tegur banyak kali masih lagi tak tahu nak berubah, bolehlah pukul manja-manja gitu suruh sedar diri. Kalau tak sedar diri juga, janganlah sampai lebam birat jadinya. Bagi jerk kata dua sudah, mesti takut punya!

    BalasPadam
  5. ada kes yang belum jadi suami pon sibuk nak pukul girlfren
    so sila la tinggalkan lelaki mcm tu

    BalasPadam

sila tinggalkan komen anda...:)