RESEPI AYAM BAKAR MUDAH DAN SEDAP

Assalamualaikum...

Semalam berbuka puasa saya ada buat ayam bakar.
Maisara memang suka ayam bakar.Kebetulan dia pulak tak puasa sebab demam .
jadi saya buatkan lah ayam bakar ni banyak supaya banyak la dia makan dalam keadaan tak selera tu..
Dah habis berbuka puasa baru teringat nak ambil gambar..hahaha


nampak sangat betapa tak sabar nya nak makan tu..kan??
sampai tinggal 2 ketul je..heheh..sedap tau ayam bakar ni..
mak saya kata kalau nak bakar ayam , bahan perapan tu campur sikit dengan mayonis..
rasa lebih sedap dan cantik berkilat je ayam tu..
memang betul la..boleh pakai tips yang mak saya bagi..

nak tak resepi ringkas Ayam bakar yang simple dan sedap ni?
ok jom tengok bahan-bahan dan cara2 nya..

 Bahan-bahan nya:-

1/2 ekor ayam
3-5 ulas bawang putih
2 sudu sos tiram
1 sudu besar mayonis
1 sudu kecil serbuk lada hitam
1/2 sudu kecil serbuk jintan manis
1/2 sudu kecil serbuk jintan putih
1/2 sudu kcil garam

Cara-caranya:-

potong ayam ikut saiz yang awak nak.
bawang putih di tumbuk lumat
campur kan dengan bhan2 lain dan kemudian lumurkan pada ayam.
perap ayam dalam 30 minit  hingga 1 jam.
kemudian bakar.
ikut oven saya suhu 160 bakar selama 30 minit..
oven awak saya tak tahu la...heheh..

Boleh makan dengan sos saja kalau suka....
atau kalau rajin buat la air asam..anak2  saya suka makan dengan sos je..
petang ni cuba la buat untuk berbuka nanti..
selamat mencuba..

  sekian..

RESEPI AYAM BAKAR MUDAH DAN SEDAP RESEPI AYAM BAKAR MUDAH DAN SEDAP Reviewed by Diana Rashid on 16:00:00 Rating: 5

8 comments:

  1. Sedapnya, boleh buat utk berbuka nanti

    ReplyDelete
  2. Meleleh air liur tengok ayam bakar tu. Sedapnya. hehe. Makan dengan nasi panas2 sedap jugak tu.
    Salam ziarah dan salam lebaran

    ReplyDelete
  3. Saya dh cuba. Tp sya tak guna oven . guna non stick pan je.. Perapan tu mmg sedap, thanks bg resepi . next time confirm buat lg

    ReplyDelete
  4. Saya dh cuba. Tp sya tak guna oven . guna non stick pan je.. Perapan tu mmg sedap, thanks bg resepi . next time confirm buat lg

    ReplyDelete

sila tinggalkan komen anda...:)

Powered by Blogger.