Assalamualaikum...
Kedai buku ini terletak di Xinjiekou Street, Baixia, Nanjing,China.
Ianya hanya kedai yang kecil dan mempunyai hanya 4 rak buku.
dan terdapat 1500 buah buku di sini.
Uniknya kedai ini tidak dijaga oleh sesiapa malah tidak mempunyai
juruwang di bahagian kaunter bayaran.
Maknanya buku ni percuma ke???
Tak la..cuma pada sesiapa yang ingin membeli buku2
dikedai ini perlu memasuk kan wang bayaran ke dalam
kotak yang disediakan.
Ada ke orang yang jujur??
Sesuai la dengan nama kedai buku ini iaitu "Honesty Bookshop"..
Menurut pemilik kedai buku ini,
hari pertama kedai ini dibuka mereka mendapati
300 buah buku berjaya di jual dan
wang yang terdapat didalam kotak juga jumlah nya tepat dengan harga jualan buku2 tersebut.
Ini bermakna tiada unsur2 penipuan dari pembeli.
Kedai2 buku macam ni memang sesuai
untuk pencinta2 buku dan kedudukan nya di tepi jalan juga
mudah menarik pejalan kaki disekitarnya..
Kalau kat Malaysia buat macam ni
agak2 berjaya tak kedai buku nih..
saya percaya orang malaysia ramai yang jujur2..
hehehhe...
sekian..
10 Ulasan
Kalau nak buat dekat malaysia lg kena perbanyakkan sistem bas bergerak, library bergerak yg boleh jual buku mcm2 kan...seronok mcm ni...seboleh2nya kita boleh ajar generasi akan dtg ttg budaya jujur tu
BalasPadamPERKARA YG BAIK ELOK DICONTOHI NI,,,
BalasPadamerr org malaysia mmg jujur...tp foreigners yg duk mesia ni...krik krik >_<
BalasPadamBagus nya kalau semua orang didunia nhe jujur.. Saya juga akan buka kedai buku tanpa penjaga hoho entah 2 baru ditinggalkan seminit dah hilang semuanya kikiki
BalasPadamhahahhaa..dekat malaysia tak tau la apa jadi
BalasPadamkalau buat dekat malaysia....rasanya mcm err....hihi
BalasPadambagusnya menggalakkan rakyat membaca..buat kt malaysia..ermm..pasti boleh!!!:-)
BalasPadamPernah pergi kedai yg tiada penjaga kat Malaysia ni.. Kiosk kecil gitu... Kalau tak jujur, saya rembat je baju sy beli tu... Tapi sbb tau hukum hakam kan.. Cari melilau la siapa penjualnya...
BalasPadamSalam, wahhh begitu bagus sekali..hahahaha...sy pun nak percaya jugak, tapi...
BalasPadamsy penah cuba jual popcorn dgn meletakkannya di tangga kolej, sape nak beli masukkan duit dlm kotak yg disediakan..akhirnya, popcorn habis, tp duit pun habis..sy rase, org yg beli tu jujur bayar, cuma duitnya saje dicuri oleh org lain..siannnn saye...tp xpe, sy halalkan..
Harapnya ramailah orang kita yang jujur. Tapi apa yang saya seriau, kalau ada kedai buku macam ni letak kat tepi jalan di Malaysia ni, takut dengan rak-raknya sekali hilang! Nangis owner kedai buku jujur ni tau!
BalasPadamsila tinggalkan komen anda...:)