Advertisement

ads

HARI-HARI HIDANG AYAM..

Assalamualaikum..

Masing2 dah beransur2 ke masjid nampak nya..
Yang tak ke masjid jemput lah baca entry2 blog saya ni..
Banyak yang saya tulis nih..heehhehe..

gambar google


Untuk berbuka saya masak rendang ayam hari ni..
Ayam goreng dan ikan goreng..
ada kuih karipap sardin dan air jagung.

Kat rumah saya ni wajib ada ayam setiap hari..
berbuka kena ada ayam..
bersahur pun ada ayam..
kalau makan kat luar pun wajib order ayam.

Nampak tak betapa penting nya ayam untuk keluarga kecil
berbadan besar saya ni??
kalau la tak de ayam,
mula la masing2 tak mau makan.
Tapi saya pulak tak de ayam pun tak pe..
yang penting ada ikan dan sambal belacan..hahaha

gambar google


Bayangkan kalau tak de ayam di hari raya..
Tak meriah la raya..daging tak de tak pe..jangan ayam yang tak de..heheh
Tapi saya pernah tau pergi beraya kat satu rumah ni..
dia hidang kari udang,rendang kerang..
katanya ayam tak de..tak sempat nak beli , dia pi pasar ayam dah habis..
terpaksa masak guna kerang je..
Tapi sedap tau rendang kerang dia.
teringat2 la sampai sekarang..

Bila entah nak dapat rasa rendang kerang lagi...
Penah masak rendang kerang tak??
meh resepi...

sekian




Catat Komen

16 Ulasan

  1. wah peminat ayam ni...kak suka ikan pulak.

    BalasPadam
  2. kalau takde ayam saya cuma terbayang suami saya mesti bagi dia satu malapetaka hahaha... asyik makan ayam jer. pantang nampak ayam.. tak kira la lalu depan kfc atau kat pasar malam.. mybe dia rasa bersalah kot kalau x beli

    BalasPadam
  3. Ayam bermacam ayam...hehehehe...tak sabar nak buat rendang ayam utk raya...

    BalasPadam
  4. Menu ayam dah seolah olah mesti ada kan..

    BalasPadam
  5. sama la kat sini, mesti ada ayam..xde ayam tak kenyang agaknya..
    btw, tak penah masak rendang kerang, penah makan je..renyah nak kopek kulit.kikiki

    BalasPadam
  6. sedapnya kalau makan brmacam jenis ayam..
    jemput join GA kad raya

    BalasPadam
  7. yui xkisah mkn apa pun..hihi..

    rendg kerang mmg sdp kak..fuhh.lama xmerasa..

    BalasPadam
  8. rendang kerang mmg mabeles...x caya boleh pegi ke taman serdang raya hahahaa...

    ramai jg yg mcm tu kak...x de ayam mmg x jalan laa 'tekak' family tu... ;-)

    BalasPadam
  9. bagus kelainan.. saya minat daging dan ikan.. tapi sesekali nak jugak ayam.. eh boleh kata semua saya suka lah.. cuma kerang saya tak boleh makan.. hehehe

    BalasPadam
  10. rendang kerang sedap jgk kak..tp klu xde ayam xdpt nk bayangkan sebab sy pun suke mkn ayam..xkesa ayam masak ape pun..

    BalasPadam
  11. Kalau dah selalu makan ayam jemu jugak DR. Yelah ayam kan semakin naik harga ......harus jugak tak de ayam Raya ni.
    Mak pun suka gak rendang kerang ni....

    BalasPadam
  12. hari hari tengok ayam jemu pulak..hihi

    BalasPadam
  13. Lya klau dlm seminggu msti da lauk ayam huhu

    BalasPadam
  14. ayam memang penting!
    kat umah aida ni ayam paling laku.
    ikan? x dpt sambutan hangat...

    BalasPadam
  15. Rumah saya pun sama. Kalau takda ayam, ada pulak yang kebulur tak makan. Saya ni kalau tengok ayam memang jeling aje sekarang ni. Dah hilang panduan nak masak apa lagi dengan ayam ni. Paling-paling senang, goreng ajelah. Hari ni goreng KFC, besok berempah, lusa berkari, tulat berlemon. Habislah kita kerjakan ayam tu!

    BalasPadam

sila tinggalkan komen anda...:)