Advertisement

ads

DILEMA BERHARI RAYA

Assalamualaikum...



Dalam kita bersuka ria nak sambut raya ,
mesti ada antara kita yang tengah pening dengan bajet raya kali ni.
Ye la..semua benda naik harga..
Bab kain baju dan kasut raya je dah beratus2 ringgit..
Belum lagi bajet untuk kuih raya yang nak dibawak balik ke kampung nanti.
Sampai je kampung kena fikir pasal
nak kena beli daging,beli ayam,lemang..
Hari raya nanti duit raya kat budak2 pun nak kena bagi..
Boleh bengkok la..hahahha..

Setahun hanya sekali..
lagipun semua tu bukan kita buat untuk kita sahaja..
tapi untuk orang-orang yang kita sayang..
Kalau tak mampu buat yang mampu sahaja..
jangan la sampai berhutang dan meminjam..
takut lepas raya duit masih kering gara2 habis bayar hutang pulak..
untung kalau ada tabung..Masa ni la tabung buluh sangat
berjasa pada kita..macam dalam entry ni..
Rasa kelakar pulak sebab terpaksa pecah tabung



Bila ada lah antara adik beradik atau saudara kita
yang kita tengok agak kurang berkemampuan di tahun ni
untuk berbelanja mewah macam awak,
jangan lah sesekali awak pandang hina sangat kat sia..
Siap sindir2..berkira pulak tu..
"Kau tak bagi duit,kau jangan makan.."
"kau jangan cas enpon,kau tak bagi duit letrik.."
"kau mandi sikit je,duit air bukan kau yang bayar.."

Ingat tak de ke??memang ada tau..
kalau orang lain atau kawan2 nak minum segelas pun bagi..
kawan2 nak gagau ayam dalam pinggan nasik pun dia rela
Tapi..bila adik beradik,punya la berkira ya Allah..
sampai tak de sikit pun ikhlas kat hati..



Bagi saya la,dapat memberi dan berkongsi sedikit
dengan adik2 saya adalah perkara yang sangat mengembirakan hati saya.
Tak harap pun mereka membalas setiap duit ringgit saya..
cuma saya harap kami akan saling menjaga hati dan perasaan
Biar kasih sayang terus bersemi..saya sayang adik-adik saya..

#selalunyasayaberkiradenganorangyangberkiradengansaya

sekian..

Catat Komen

12 Ulasan

  1. tahun ni saya caras duit raya tapi lebihkan pada makanan macam bahan2 mentah, lemang dan kuih raya :)

    BalasPadam
  2. betui memang ada ... klu mmg tak mmapu di kata begitu mmg tak awajr .. klu terlebih mampu kereta besar ..brg kemas bini sarat marat ... tap duittak bg nk tolong mak beli brg nk raya tu memang melampau ...wajar dikata

    BalasPadam
  3. raya ni lebih kurang knduri kawen la kan...raya sakan hbis raya duit xda kenduri sakan hbis knduri mkn maggie

    BalasPadam
  4. pergh..yang ayat sindir last tu boleh tahan gak pedasnya. serius?

    BalasPadam
  5. sayangilah adik-adik, kakak-kakak, dan abang-abang. Jangan buang kasih sayang kerana duit. Sebab tali persaudaraan tak dapat dibeli dengan duit.

    BalasPadam
  6. Nani pun tahun ni ala kadar je membeli. Hihi

    BalasPadam
  7. Semoga hari raya merapatkan persaudaraan kita semua...

    BalasPadam
  8. Salam, mula2 pening juga pasal bajet, tp xpe..sbb sy xbeli baju raya, lebihkan kat rumah dan family je..hehe..yup betul, bab adik beradik tu yg sy selalu tgk berlaku pd makcik2 yg dah tua bangka, tapi masih nak mengira..hadoi, pening tgk..kecoh je lebih..berkira sungguh!!

    BalasPadam
  9. #inikanraya kenalah bergembira dan lebih mengeratkan silaturahim :)

    BalasPadam
  10. Berbelanja ikut poket sendiri bukan poket org.. Hehe

    BalasPadam
  11. memang terasa sgt skang ni..sume benda mahal bkn main..
    raya kali ni btl2 kene berjimat cermat..dh la gaji masuk lambat lagi..

    BalasPadam

sila tinggalkan komen anda...:)