Advertisement

ads

BILA ARTIS BUKAN ISLAM BELAJAR BERPUASA...

Assalamualaikum...


Seronok betul bila saya tengok gambar2 kat
Ig artis bukan islam kat malaysia ni
yang dah belajar2 ikut berpuasa bersama
dengan rakan artis yang beragama islam.
Bagus la..kan??
Bukan sebab kita nak heret dia masuk agama kita..
tak..kalau jadi macam tu bagus la...
tapi benda ni tak boleh paksa2...

Cuma bila mereka belajar berpuasa..
sekurang-kurangnya mereka tahu macam mana rasanya berpuasa..
dan sekaligus mereka akan paham dan mula belajar menghormati kita..
Bila mereka rasa lapar dan dahaga tu
dapat la sekurang2 nya mereka paham tak boleh makan depan kita..
Mereka akan lebih menjaga perasaan kita dan sebagainya..


Tapi kan..saya terbaca jugak ada komen2 dari orang ramai ni'
yang kata mereka2 ni berpuasa sebab
nak ambik hati kekasih la..(kekasih orang islam)
ada yang kata sebab mereka tu nak berdiet je..
dan ada jugak yang kata mereka ni puasa depan rakan2 je..
kat belakang  semua bedal..heheheh..

Apa pun bagi saya kalau dia dapat tahan lapar dan dahaga depan kita
pun dah cukup bagus..
sekurang2 nya mereka tak teguk air sirap depan2 kita..
soal mereka nak makan nasik ,minum air belakang kita tu
terserah kat diaorang..lagipun kalau mereka nak puasa pun buat apa..
mereka bukan dah masuk islam pun..

kalau mereka bagitau mereka belajar berpuasa
sekurang-kurangnya rakan lain yang bukan islam pun
akan ikut2 jugak..Tak semua benda yang jadi ikut-ikutan ni tak bagus..kan??



Ada jugak yang berpuasa sebab nak rasa keseronokan waktu berbuka tu tau..
ha..macam kita rasa masa kecil2 dulu la..
siapa tak puasa tak boleh makan sama2..
Rugi nya tak dapat berbuka sama2..tak rasa kemeriahan tu..

Wajib baca!!>>>>..masih belum terlewat untuk anda buat persedian demi masa depan

sekian..


Catat Komen

15 Ulasan

  1. jadi pengajaran buat orang Islam yang taknak berpuasa tu kan

    BalasPadam
  2. SETUJU DGN TULISAN DIANA..SETIAP SESUATU YG BERLAKU ITU DGN KEHENDAK-NYA JUGA...FIKIR YG BAIK2 SAJA.

    BalasPadam
  3. org bukan islam pun boleh berpuasa. ini pun masih ada org islam yg tak berpuasa. tak malu ke kan ><

    BalasPadam
  4. Si keyboard warriors tu biasalah. Apa orang buat semuanya salah pada mereka. Sukahatilah kalau mereka nak puasa depan kita, belakang melantak macam-macam. Lagipun mereka bukan Islam.

    Elok juga kalau mereka belajar berpuasa, tak kiralah sebab apa. Puasa tu kan bagus. Macam Soo Wincci ni saya dengar dah 4 tahun dia ikut berpuasa. Hai, bilalah agaknya terbuka hatinya nak menganuti agama Islam ya! Moga mendapat hidayah cepat-cepat hendaknya ^_^

    BalasPadam
  5. Salam, yup...sy rasa benda ni positif dan mcm akak ckp, mgkin lepas dh tau rasa berpuasa, mereka lebih hormat dan xmakan depan2 kita..berbanding pempuan2 yg datang bulan ni, ada yg slumber badak je makan depan org yg berpuasa tanpa rasa segan mahupun hormat..itu lagi lah sengall..huh!

    BalasPadam
  6. tabik spring kat diorang ni...umat islam sndiri ramai yang kecundang kat kedai mamak bila bulan puasa. haha..

    mana tahu kot2 dia terbukak hati nak masuk islam kee.. kan?

    BalasPadam
  7. Yg komen bukan2 tu yg tak puasa... hehe

    BalasPadam
  8. bgus la kn mereka ni hormat agama kta tu dia pn turut berpuasa

    BalasPadam
  9. ada jugak akwan india nani yang puasa :)

    BalasPadam
  10. Bagus la... Sepatutnya kita sebagai orang Islam kena support.. Niat dia apa.. Itu lain citer la kan.. Tapi dia dah berusaha utk puasa..

    BalasPadam
  11. Bagus apa, kita fikir yang baik2 je kan.. ;)
    Mana tau terbuka hati dorang untuk mendalami ajaran Islam.

    BalasPadam
  12. ramai sgt yg suka pk negetif ok la tu ....... diorg yg bukan islam pun puasa...tp masih ramai org islam yg puasa yang yok ...malu la sikit tak sentap ke

    BalasPadam
  13. Stacy pun dah mula belajar puasa jugak.

    BalasPadam
  14. mereka blajar berpuasa pun dh cukup baik.. kita doakan yg baik2 jaa kt mereka ^^

    BalasPadam

sila tinggalkan komen anda...:)